Pengikut Setia

22 Januari 2015

Gelora sepi berantakan di jiwa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Sepi sendiri menyimpan dan menanggung gelora. Gambar hiasan ini rasanya dapat grup wasap tetapi tidak pasti grup mana.

Gelora sepi berantakan di jiwa ╭(╯^╰)╮

Di saat ini saya sebenarnya keliru dengan status dia
Keliru mengenangkan nasib dan keadaannya
Belum sempat berkenalan lebih erat
Belum sempat mengenali erti hati budinya
Belum sempat bermesra dengannya
Juga belum sempat memberi peluang kepadanya untuk lebih mesra dengan saya
Juga memberi peluang kepada diri ini untuk lebih memahami jiwanya
Sehingga hari terakhir itu, saya masih tidak mampu memahami gelora di jiwanya

Banyak cerita yang didengar dari rakan lain
Terasa terlalu ringkas atau padat sukar digambarkan keadaannya yang sebenar
Statusnya kini sungguh menyesakkan nafas menghilang selera menggugat suasana
Tidak tahu tidak pasti situasinya yang sebenar
Dia tinggalkan kami disaat kemesraan mula berputik
Akukah yang terlewat mengenali takdirnya atau itukah suratan buat dirinya

Mengenalinya dalam masa yang singkat tidak cukup untuk belajar erti kesepian di dalam diri
Zahirnya nampak gembira namun tersembunyi sesuatu yang belum sempat difahami

Dia pada zahirnya terlalu naif
Kenaifan padanya menambah pengertian dalam hidup saya, mengajar
Erti kejujuran
Erti kesabaran
Erti ketaatan
Erti kesetiaan
Erti keberanian
Juga beribu pengertian lagi

Mengenangkan keadaannya ketika ini
Hati ini menjadi sebak
Sedih
Pilu
Juga keliru
Mengapa
Apakah aku yang bersalah kerana lewat mengenalinya
Apakah aku yang tertewas dengan sikapku sendiri

Apapun situasi dia ketika ini
Aku mengharapkan dia bahagia, tenang menjalani kehidupan barunya
Semoga yang terbaik sentiasa mengiringi jejak langkah hidupnya.

Sehingga itu
Jauh di sudut hati ini mengharapkan dia akan muncul semula dalam keadaan baik dan bahagia


Nukilan ini khusus buat insan yang pergi tanpa pesan...bukan kekasih tetapi sahabat yang belum sempat didendang

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

9 ulasan:

  1. anda menang dalam segmen shahril . jom tngok senarai pemenang disini !

    http://muhammadshahril97.blogspot.com/2015/01/senarai-pemenang-bagi-segmen-jom-masuk.html

    BalasPadam
  2. Semoga semuanya baik-baik belaka...

    Mintak tolong VOTED saya kat sini boleh? Klik voted sahaja. Terima kasih :)

    http://bit.ly/ambankamir

    BalasPadam
  3. ayat luahan ni...hihi
    singgah disini n salam perkenalan..=)

    BalasPadam
  4. TERIMA KASIH tinggalkan link anda di page blog syira lokman :D nantikan blog siapa yang bertuah untuk memenangi tapak iklan PERCUMA !
    jawapannya akan diumumkan di page blog syira lokman tidak lama lagi !
    tunggu ~~~ jgn lupa ajak kawan join giveaway syira ..hehee

    BalasPadam
  5. mudah2an kawan tu dapat membaca dan me'reply' sebaiknya

    salam kenal dan salam singgah

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian