Orang memberi kita merasa
Orang berbudi kita berbahasa
Bukan pantun dua kerat tetapi lebih kepada peribahasa Melayu lama yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Pada hematnya amalan memberi dan berbudi bahasa masih lagi diamalkan tetapi tidaklah diwar-warkan dan tidak pula digossipkan.
Menceceh pula.
Gambar hiasan |
Pagi tadi semasa minum di Kedai Mak Haji bersama sahabat ada situasi menarik di situ. Seorang Pakcik dari Bota Kiri (mungkin betul atau silap =) kurang pasti pula) membawa bahan jualannya seperti kerepek pisang, rempeyek kacang, tumpi dan keropok ubi diletakkan di Kedai Mak Haji. Jarang sangat berjumpa dengan pakcik tadi mungkin juga pernah jumpa tetapi tidak perasan.
Hari ini, pakcik tadi asyik menegur pengunjung kedai yang duduk makan disitu. Ada yang buat tidak peduli ada juga yang melayan kerenah pakcik (mmaf lah tak tahu nama pakcik tu sebab tak bertanya). Diceritakan oleh pakcik tadi bagaimana usahanya membuat kerepek berkenaan serta bagaimana mendapatkan stok untuk membuat kerepek pisang. Kami hanya mampu tersengih sambil menarik kerusi untuk duduk makan. Sambil makan seronok juga ada penglipurlara... rindu celoteh gemulah ayah terubat juga :D
Sambil bercerita pakcik meletakkan sebungkus kerepek pisang atas meja kami. Terima kasih! Sempat lagi pakcik menceritakan lagi jenis-jenis kerepek pisang yang ada. Kami tersenyum.
Pakcik beralih pula ke meja sebelah ada ibu dan anak kecil sedang menikmati hidangan di situ. Pakcik meletakkan sebungkus keropok untuk anak kecil itu dan sebungkus kerepek pisang lagi. Sejurus itu pakcik bercerita lagi mengenai jenis-jenis kerepek yang ada antaranya kerepek kacang dan kerepek dal. Kakak tadi mengatakan beliau suka kerepek kacang, lalu diletakkan sebungkus kerepek kacang atas meja itu. Kakak terkejut lalu menghulurkan sejumlah wang kepada pakcik tadi... mungkin agak segan lalu pakcik memberi sebiji buah kuinin.
Pakcik kemudiannya beralih ke meja kami dan bertanya kerepek apa yang sedap. Sejurus saja sahabat YB mengatakan kerepek kesukaanya, diletakkan lagi sebungkus kerepek kacang di atas meja. Agak terkejut juga lalu sahabat tukar cerita mengenai kuinin dan mengagak buah kuinin itu dari kebun. Lalu pakcik mengatakan buah kuinin itu dari pokok depan rumah kutip pagi tadi. Kemudian diletakkan sebiji atas meja kami... dan sebiji lagi (mungkin juga kerana kami berdua di meja itu)... Terima kasih pakcik.
Kerepek dan kuinin pemberian pakcik tadi di panjangkan pula kepada sahabat di ofis. Berkongsi rezeki kami pada hari ini...
Kuinin yang tinggal. Kerepek pisang dan rempeyek kacang telahpun 'difaraidkan' sesama ofis-mate.
suka duka pentas dunia