Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Gelaran yang tercemar. Itulah tajuk entri pada kali ini. Mengapa diberi tajuk sedemikian. Sebab ia ada kaitan dengan isi cerita pada kali ini dan juga ada kaitan dengan drama di TV9 malam tadi 'Dia Al-Amin'.
Kita sebagai blogger mungkin akan dianggap oleh sesetengah pihak sekadar hendak mencari publisiti atau suka merapu dan mereka cerita. Kerana dari sekecil-kecil benda hingga ke isu yang terbesar sekalipun kita boleh buat cerita. Ya! ini baru intro belum masuk kepada jalan cerita dan mengapa 'Gelaran yang tercemar' terhasil.
Sebagai orang beragama Islam, sudah tentu kita mengenali siapa itu 'Al-Amin'. Satu gelaran terpuji yang diberikan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Bukan calang-calang nama kerana nama itu ada kaitan dengan sifat dan peribadi Rasulullah yang jujur dan amanah. Tetapi malam tadi, melalui drama di TV9 gelaran itu telah tercalar dan tercemar. Bagaimana pada awalnya watak 'Al Amin' digambarkan dengan sikap dan perilaku kasar dan ganas. Sungguh jauh sekali dengan peribadi Rasulullah seperti yang digambarkan di dalam Al-Quran. Mengapa???
Bukan salah aye sebagai ibu tidak memberi peluang kepada anak-anak untuk melihat drama tersebut sehingga habis. Ini adalah kerana baru saja bermula dan penuh dengan keganasan dan tidak sesuai ditonton oleh anak-anak yang baru berusia 3, 6 dan 7 tahun. Mudah-mudahan mereka tidak terpengaruh atau meniru aksi yang dipaparkan. Tidak lama menonton terus tutup tv. Seperti biasalah drama ini akan bermula dengan keganasan dan akhirnya... akhir sekali dah nak mati atau dah nak habis drama baru watak tadi jadi baik atau paling tidak menyesal kerana tidak sempat berbuat baik... drama pun dah habis. Kan???
Musykil juga mengapa setiap drama mesti ada watak ganas dan keras??? Sedangkan watak baik dan sopan seringkali di kesampingkan atau disisih. Yang lebih diutamakan adalah watak jahat. OHHH... sudah mereka akan menjawab kalau tiada watak jahat mana nak ada watak baik. Jadi adakah sewajibnya hidup kita ini dikelilingi oleh watak-watak jahat? Tidak bolehkah terus dengan watak baik.
Wahai.... berhentilah promosi watak jahat. Bukan sedikit watak baik dalam dunia ni. Berhentilah memburukkan nama-nama baik Rasulullah. Memang dalam dunia realiti perkara itu mungkin terjadi, tetapi tidakkah kita berkewajipan menonjolkan kebaikan disebalik kejahatan. Lebihkahlah promosi watak baik. Sudah-sudahlah tonjolkan watak jahat dan ganas, kerana watak itu adalah watak sampingan bukan watak utama.
Semoga belum terlambat kepada kita semua untuk terus promosikan watak-watak baik.
Semoga yang terbaik untuk semua orang.
Saya pilih kebahagiaan.
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
09 Mei 2013
08 Mei 2013
07 Mei 2013
Jemputan ke Program Team Building
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Biasakan dengar atau baca perihal Team Building atau Pembangunan Kumpulan. Ia merupakan sebahagian daripada program atau aspek penting untuk pembangunan insan dalam sesebuah organisasi.
Nak dipanjangkan cerita lagi, pada hujung minggu lepas aye dapat email jemputan ke Program Team Building.
Sudah agak lama sebenarnya aye tidak mengikuti program Team Building, semenjak bertugas di tempat sekarang. Kalau tidak silap hitung lebih kurang 5 tahun. Epppp... jangan silap untuk program Team Building saja tidak termasuk kursus atau program lain. Lagipun program Team Building ni tak berapa elok sangat ikut selalu nanti cuak pulak.
Program ini bakal di adakan pada 10 - 12 Mei 2013 di Nube Training Centre dan antara objektif program adalah untuk Memupuk semangat kerjasama dan kesepakatan di kalangan staf, Membangunkan kecemerlangan diri dan kemantapan kerjaya dan Membentuk sikap positif dan menanamkan keyakinan diri.
Sesekali elok juga hadir program macam ni, secara tidak langsung dapat mengeratkan ukhuwwah sesama staf dalam satu jabatan.
Paling bagus sekali dapat mengenali lebih dekat kekuatan yang ada pada setiap rakan sekerja.
Secara tidak langsung dapat meningatkan prestasi kerja dan semangat juang yang tinggi untuk kecemerlangan kerjaya.
Kalau diikutkan hati tak nak pergi sebab terpaksa tinggalkan permata hati hampir 3 hari. Tetapi atas dorongan dan pandangan rakan setugas terutama encik suami... maka diringankan juga hati untuk hadir ke program ini.
Lepas ni nak fikir pulak persiapan dan keperluan untuk program berkenaan. Persiapan fizikal dan mental serta spiritual.
Lain kali lah kongsi persiapan tu ... ini kali baru cerita mengenai jemputan.
Ohhh... semangat !!!!
sumber |

gambar hiasan |

Langgan:
Catatan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA