As salam,
Walaupun dah lama berbloging kadang-kadang mati kutu juga dibuatnya bila idea dah menghilang. Aye sendiri pun tak tahu bagaimana boleh sampai ke tahap ni.
Mood dan situasi semasa memang mempengaruhi mood untuk berbloging terutama bagi blog ala-ala anti sosial seperti yangbaik.
Sesekali baca blog
ini datang kembali semangat untuk berbloging. Macam-macam cerita ada termasuk juga kepada sesiapa yang berminat nak buat bisness online.
Tetapi yang bagusnya kalau dapat berbloging macam blogger handal macam blog
ini. Entah di mana kekuatan yang datang untuk menulis. Sudah pasti dari ilmu pengetahuan serta usaha dan kerajinan. Dan yang pasti sekali tiada gangguan mood atau perasaan.
|
Mungkinkah kecewa kerana tidak dapat mendengar
secara langsung nyanyian Aizat semasa AJL malam kelmarin.
Lagu hot tu. |
Stop di sini dulu celotehnya... Mood aye memang dah kedaung. Awal pagi lagi dah diganggu oleh bermacam-macam perkara dan isu yang tak pernah lekang... dan tib-tiba datang pula isu baru yang tidak harus diungkit-ungkit.... rasa bebal semacam jer.