Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
(gambar hiasan: hidangan nasi lemak syarat wajib setiap kali mesyuarat atau perjumpaan)
Nilai yang sama. Gambar di atas bukanlah gambaran bagi pemandangan di Nilai 3 Negeri Sembilan atau mana-mana nilai yang lain. Ini adalah kerana Nilai 3 di Negeri Sembilan selalunya digambarkan dengan kain pasang yang cantik dan murah serta bermacam ragam lagi. Aye nak cerita banyak tentang Nilai 3 bukanlah pandai sangat sebabnya tak pernah sampai lagi ke sana. Kalau setakat Seremban atau Port Dickson pernahlah sampai, tapi itu dah lama dulu hampir-hampir 5 tahun atau lebih.
Tapi, apa kaitan pula Nilai 3 dengan dengan nilai yang sama, tajuk catatan nih?
Jawapannya: TIADA KAITAN LANGSUNG. tak kiralah secara ulangan atau siaran tergendala. huhuhuu... merapu kan.
Sebenarnya, tadi baru lepas belek-belek kain pasang yang lama tak terusik. Ingat nak potong buat baju anak-anak tapi mood tak mai lagi. Takut pulak nanti rosak kain. So, simpan semula dalam beg plastik dan masuk bakul. Rasa-rasanya nak beli ajer kot... nak hantar kedai atai tailor mungkin dah tak terima. Cari lah dulu kat mana-mana.
Nak cari gambar-gambar kain yang bergantungan kat deretan kedai. Esok pi jalan-jalan kat pasaraya Sakan ke tak pun pi Arked Man kat Teluk Intan, tangkap gambar kain yang bergantungan... cantik jugak... boleh buat koleksi.
Simpan gambar untuk diri sendiri jer...
*.*