Pengikut Setia

18 April 2011

Jangan pernah berhenti mengharap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Jangan pernah berhenti mengharap, kerana rahmat Allah itu amat luas.

Cerita-ceriti tentang beberapa pengharapan terdapat dalam bentuk monolog dan bersambung di sini.

Lanjutan itu walau dalam keadaan sukar mana sekalipun serahkan segala pengharapan itu kepada yang Satu.


Kehidupan seorang tawanan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sesuatu yang amat mengejutkan bahkan bagi sebilangan orang mungkin perkara ini sudah biasa.  Apa yang mengejutkan dan apa pula yang biasa?  Memang menakutkan untuk menceritakan dan tidak tahu bagaimana nak memulakan cerita ini.

Semasa pencarian di yahoo.com mengenai gambar berkaitan 'tawanan', jumpaannya amat mengejutkan kerana terdapat suatu istilah di mana 'wanita hasil dari tawanan perang boleh diperkosa'???? Nauzubillahhi minzalik.  Apa nie... mengapa jadi begini?  Ini semua adalah dakyah kaum yang kafir dan hendak merosakkan pemikiran orang Islam terutama yang tak cukup kuat imannya.

Nak tulis atau ulas panjang lebar mengenainya bukanlah kepandaian aye.... Namun bacalah mutiara tersebut di bawah untuk panduan dan ingatan.

Seorang mukmin hidup di dunia bagaikan seorang tawanan yang sedang berusaha membebaskan dirinya dari penawanan dan ia tidak akan merasa aman kecuali apabila ia telah berjumpa dengan Allah Subhanahu wata'ala.  (al-Hasan al-Bashri)

17 April 2011

Zaman dah berubah manusia semakin maju

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Zaman dah berubah dan manusia sekarang dah semakin maju walaupun pada sesetengah bahagian nampak seperti semakin mundur.  Contohnya Malaysia menuju alaf baru dan dalam usaha menjadi warga kelas pertama tetapi dalam masa yang sama masih terdapat segelintir rakyatnya yang membuang sampah sesuka hati dan tak tahu guna tandas awam sekalipun tandas rumah sendiri.

Dek kemajuan dan perubahan masa semua dari kita sudah semakin seperti kesuntukan masa dan 24 jam yang dikurniakan itu adakalanya seperti tidak pernah cukup.  Terutama bila bos bagi kerja last minit. 

Protokol dan adab juga sudah tak diikuti... sekadar protokol pada majlis rasmi sahaja...


...........ops... sambung lagi... gangguan siaran

Carian