Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2010 telah lama diumumkan. Ada yang mendapat keputusan cemerlang dan sebagainya. Kepada yang berjaya dengan 'warna yang cemerlang' tahniah diucapkan. Sesungguhnya usaha kamu semua siang dan malam berbalas jua. Kepada yang kurang berjaya janganlah berputus asa, kalau rajin dan masih berkemampuan dari segi ekonomi usahalah untuk mengulang semula subjek yang kurang memuaskan terutama Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Matapelajaran lain penting juga tetapi tak kan lah banyak sangat yang gagal nye kan? Sikit-sikit udahler...
Okeh di sini ada beberapa cadangan.... terpulang nak terima atau tidak. Oleh kerana kemasukan ke Universiti bagi pengambilan Mei 2011 untuk peringkat pengajian Diploma telahpun ditutup dan sementara menunggu pengambilan akan datang. Apa kata buat masa ini kepada yang terlewat atau kurang bernasib baik buatlah pengajian sambilan seperti belajar komputer, belajar menaip dan sebagainya. Dan lagi mudah juga belajar di Pusat Giat MARA atau mana pusat pengajian swasta yang menawarkan pengajian singkat. Mana tahu ada peluang boleh sambung belajar di IPTA pula.
Dan kepada yang berpeluang melanjutkan pengajian ke IPTA, sejurus mendapat surat tawaran, teruskan saja mengisi borang PTPTN secara online, senang cerita kan?... jangan tunggu dah masuk baru nak isi, kesian mak bapak nak kena keluarkan duit banyak nak kena pinjam saudara mara lagi.
Kepada adik-adik yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2011, berusaha sungguh-sungguh dan rajin-rajinlah mengulangkaji pelajaran. Semoga berjaya.
Sekian.