Pengikut Setia

29 Disember 2010

Kemuncak debaran Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia buat 1Dunia,

Debaran perlawanan separuh masa pertama selesai sudah.  Malaysia dan Indonesia masih terikat dengan 0-0.  Tetapi awas, perlawanan separuh masa kedua masa belum selesai... perjuangan yang belum selesai.

Ops... wah dah golll.... no. 10 memang gah.... gol pertama untuk Malaysia... adakah ia benar?... nantikan keputusan akhirnya... ewahhhhhh akak tak pandai nak mengulas sukan sebab akak bukannya Hasbullah Awang... yang dah memang expert...

RIBUAN penyokong Indonesia di luar Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta menjelang perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 antara pasukan tuan rumah dan Malaysia. Malaysia bertandang ke tempat lawan berbekalkan kelebihan tiga gol selepas menang di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu. - Foto Osman Adnan

Dec 29, 2010 5:32 pm

(Sumber gambar:  Berita Harian Online)

Ada apa dengan angin di klinik kesihatan dan Gelora Bung Karno

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Malam ni jangan lupa Malaysia jumpa Indonesia dalam penentuan dan perlawanan akhir Piala Suzuki 2010.  Biar apapun rintangan dan gelora yang melanda, Malaysia mampu menang sebagai hadiah tahun 2010... dan buat saudara dari Indonesia kita kan dari satu rumpun bangsa yang sama, mengapa harus ribut-ributan...

Dah beberapa hari tak merekod dan merapu kat sini...

Angin apa yang menyerang entah lah... pembawa budak kot... dah maleh semacam jer... nak marah tak marah, nak bengang pun tak berfaedah... so diamkan diri....

Tiba-tiba dapat juga BE dari Nuffnang... terima kasih.... tambah lagi sikit... angin push push tu pergi la ...

hehehe... memang dasar ...

nanti nak buat cerita sikit tentang apa yang anda perlu bawa ke klinik kesihatan, especially semasa menunggu giliran untuk dipanggil doktor... tunggu malam skit... itu pun tengok angin jugak.... dah tak larat nak berjaga malam bukan apa, alif dok sibuk nak tengok ultraman kat youtube, si dina huda pulak nak tengok cerita princess... kena tunggu depa tidok dulu... hui ngantuk le... ni yang buat angin rajin tidur dulu...

27 Disember 2010

Yang baik tentang pohon kurma dan Suzuki Cup 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bahagia dan teruja juga nampaknya di penghujung bulan untuk tahun 2010 ini, walaupun kita sering digembarkan dengan berita-berita sedih tentang kemalangan jalan raya yang menyayat hati dan pelbagai kisah duka lain, terselit juga berita gembira yang tidak kurang hebatnya.

Setelah sekian lama Malaysia sering dibayangi berita duka tentang bolasepak.  Namun berita gembira bagi seluruh rakyat Malaysia pastinya apabila berjaya menewaskan Indonesia 3 0 pada perlawanan akhir pusingan pertama.  Sudah tentu menjadi harapan seluruh warga Malaysia agar kemenangan itu akan dibawa terus ke perlawanan seterusnya. 

sumber gambar
Memang mengejutkan, dalam perlawanan awal Malaysia sering tewas dan menang dengan kemenangan yang agak tipis... Seperti hero dalam drama pulak, kalah awal kemudian menang di hujung cerita.  Semoga pasukan bolasepak Malaysia tidak sebegitu... TERUSKAN KEMENANGAN UNTUK NEGARA.

Pada pendapat aye, kesudian YAM Sultan Pahang mencemar duli turun ke padang pada malam itu amat bermakna dan memberi suntikan semangat kepada pasukan Malaysia barangkali.  Sekadar pendapat saja... nak cakap lebih-lebih kurang sesuai pulak dengan aye yang bukanlah peminat tegar bolasepak.  Tetapi aye menulis cerita ini sekadar untuk meluah rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Permisalan seorang mukmin adalah seperti pohon kurma, menyerap (mengambil) yang baik dan menghasilkan yang baik pula".  Ibnu 'Amr

Carian