Pengikut Setia

29 Oktober 2010

Apa yang sulit dengan hawa nafsu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kita memang tak kuat, cuma kadang-kadang kita jer yang rasa kita kuat, apa lagi kekuatan yang kita ada, terutama kaum wanita... kuat menangis!!!! yer.... tak caya, opppsss.... nanti ada yang kena gam nih...

~~~~
Tidak ada sesuatu yang lebih sulit aku obati selain dari hawa nafsuku sendiri. Terkadang aku berhasil mengalahkannya, tapi di lain waktu ia berhasil mengalahkanku.


(Sufyan ats-Tsauri)

28 Oktober 2010

aku keliru bila kau kunci pagar itu...

Assalam,

nak tulis ringkas jer, hari ini hari bermulanya kekeliruan aye, kekeliruan yang terasa amat sangat menikam dalam sanubari dan jiwa raga serta terbenam dalam dasar hati, semakin bertambah detik dan waktu itu, semakin aye keliru.... :-((

mengapa aye keliru, biarpun keputusan itu telah dibuat dan semua telah tahu apa ceritanya, datang pula cerita lain, yang perlu aye beri perhatian dan menambah perit dan keliru, aye nak ikut atau tidak, jika aye ikut aye kena banne (), kalau tak ikut pun kena jugak....

dah keliru, aye ikut keputusan itu, tapi datang lagi keputusan lain yang menyebabkan sebak di dada semakin membukam... tak tahu mana nak luah.... nantilah... akan aye adukan keliru ini kerana kunci kepada keliru itu ada di sana......

di mana?

kat




mana lagi....


kalau bukan di tikar....



opss. sejadah la.... akan aye adukan.... mohon diberi petunjuk dan kekuatan untuk hadapi kekeliruan ini semoga terlerai yang kusut itu....


..

sehari sebiji epal makan bersama cik epal dan Dr Rozmey

Assalamualaikum dan salam sejahtera

sehari sebiji epal. yang biasa kita jumpa epal hijau dan epal merah. ada sesiapa pernah jumpal epal yang berwarna selain dari hijau ata merah... tunjukkan!... ada satu lagi nih, agak2 aye lah mungkin sebab dia suka makan epal kot maka adalah dok sibuk-sibuk sekarang nih.... sampaikan sharinginfoz pun buat citer tentag dia gak... nak tau siapa?... atau apa?

jom layan dulu gambar2 nih....



adakah ianya epal merah?.... (sumber gambar dari mr google lagik.... tak der lagi gambar koleksi sendiri)
 




atau epal hijau?  (sumber gambar dari en. google jugak)

 
bukan jugak....ia adalah....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
taraaa....
*
*
*
*
*
*


nih.... haaa. cikepal... eh eh cik epal.... huhuhuu.... sori yek... pinjam sat header blog mike...
 
betul aye tak tipu bukan saja2 buat catatan nih... weh betapa berat mata membaca berat lagi tangan nak menaip dan beratlah jugak nak memerah otak cari idea untuk buat catatan ... tiba2 keluar pulak citer nih... tentang Cik Epal...dari Sharinginfoz dan beberapa blog lagik... yang tak sempat aye nak catatkan kat sini... hehehehe sori lagi...

baca juga jawapan dari Cik Epal mengapa lama menghilangkan atau kenapa cik epal privatekan blognye.  suka tak?

....
dah la... nak buat catatan yang paling panjang nih... memang tak pernah dibuat rajin cam ni...
oleh kerana semua orang suka makan epal apa kata hari ni kita cuba pula selusuri pula khasiat epal.  Catatan ni aye dapatkan dari Dr Rozmey.  ala... Datuk Dr Rozmey... pengasas Herba Prima dan sekarang nih nampaknya dah mula bergiat dalam dunia perfileman pulak...okeh okeh itu citer la pulak....

sekarang meh kita layan apa apa kelebihan dan khasiat epal hijau:

1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Membantu kesihatan membran paru-paru.

4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

6. Membantu mengekalkan berat badan.

7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.

8. Mengurangkan risiko barah.

9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

sekian adanya.... terima kasih...



Carian