Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dalam kesibukan mengejar dateline kerja dan due date yang semakin dekat, sedaya upaya aye cuba jugak buat entry dan kemaskini sikit blog nih...cuma mungkin juga entry sekarang nih, semenjak sehari dua atau seminggu dua nih agak kurang berkualiti kerana kesibukan dan kesedihan dan segala macam ujian serta cubaan yang sedang cuba diatasi dengan sebaik mungkin bak menarik rambut dalam tepung... rambut tak putus tepung tak berselerak... sesuai ke pepatah nih dengan cerita aye... layan jer.
siapa orang yang beruntung:
Menurut al-Quran (Firman Allah), orang-orang yang beruntung adalah
1. orang yang khusyu' dalam solat (sembahyang)
2. orang yang menjauhkan diri dari perbuatan yang lagha (sia-sia/tidak berguna)
"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna". (QS. Al Mu'min: 1-3)
untuk itu sentiasalah kita perbaiki solat dan bersegeralah solat bila masuk waktunya serta jauhkan diri kita sejauh-jauhnya dari perbuatan yang sia-sia
nak ulas panjang-panjang, rasanya semua orang tau apa dia perbuatan yang sia-sia.
Entri ini sekadar ingatan untuk diri ini yang selalu alpa dan leka. Semoga kita tidaklah tergolong dalam kumpulan orang-orang yang rugi. Siapa pula yang rugi?... tunggu nexk entry.
Sekian adanya. Wassalam.