Pengikut Setia

21 Mei 2010

Soal Kerja atau Soal Hati? Teguhkan iman

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seluruh muslimin dan muslimat.  Semoga di hari yang penuh keberkatan ini kita berupaya perolehi seribu rahmat dari Ilahi.


Soal Kerja atau Soal Hati?

Setiap kerja yang dipohon sudah tentu menjadi idaman hati atau paling kurang kerana kita mempunyai kelayakan untuk kerja itu... mungkin juga ada kerja yang terpaksa dipohon kerana tiada pilihan lain. Namun setiap kerja yang ditawar dan kita terima harusnya menjadi satu titik tolak kepada satu kehidupan atau suasana baru yang harus kita terima dengan seadanya dan berusaha untuk melaksanakan yang terbaik.

Bergelar staf baru di sesuatu organisasi, sememangnya kita diperhatikan. Dari segi apa?... Kebiasaannya selain dari aspek kebolehan, kecekapan dan kualiti kerja yang sentiasa dipantau oleh bos atau staf yang senior anda juga mungkin diperhatikan oleh lelaki bujang hatta suami orang juga.

Sebagai seorang muslimah, anda harus sentiasa ingat kepada batas-batas agama dalam apa jua perkara yang anda lakukan seperti tatacara berpakaian dan penampilan diri. Sebagai staf baru, soal hati seharusnya ditolak ke tepi sebaliknya berikan tumpuan dan fokus kepada soal kerja dan tanggungjawab bagi memahirkan diri dalam tugas yang telah diterima.

Apa yang penting berikan masa untuk memahami bidang kerja dan menyesuaikan diri dengan suasana kerja yang baru. Harus bijak menilai mana yang positif dan negatif. Seorang muslimah sewajibnya memelihara peribadi bagi mengelakkan sebarang fitnah yang boleh membawa kerosakan.

Perkara utama yang harus diberi perhatian pada bila-bila masa adalah:

1. Meningkatkan keyakinan diri. Tidak bermakna hingga menimbulkan riak dan bangga dengan kebolehan diri sebaliknya bersyukur di atas bakat dan akal yang telah Allah kurniakan. Dalam masa yang sama harus juga ada rasa rendah diri dan bersederhanalah dalam setiap perlakuan.

2. Penjenamaan diri. Menjaga penampilan dan imej diri disamping mempunyai nilai peribadi yang unggul seperti rajin, amanah, jujur, bertanggungjawab, bekerjasama dan berdisiplin. Selain dari itu dengan adanya prinsip diri yang jelas akan menjelaskan lagi jati diri seorang Muslimah yang sejati.

3. Menjana semangat diri. Niat utama melangkahkan kaki ke tempat kerja adalah untuk mendapatkan rezeki yang halal dan kerana Allah. Dari sini akan menimbulkan keikhlasan untuk bekerja disamping meneguhkan minat dan mengelak daripada merungut terhadap kerja yang diamanahkan.

4. Meminta bantuan. Sebagai staf baru sudah tentu tidak banyak yang kita ketahui tentang sesuatu perkara. Adalah tidak menjadi kesalahan kalau bertanya kepada staf yang lebih senior asalkan tatasusila sebagai muslimah tetap terpelihara. Dalam masa yang sama elakkan diri dari menjadi bahan fitnah terutama apabila berurusan dengan staf lelaki.

5. Prestasi kerja. Adalah tidak mustahil prestasi kerja akan merosot apabila soal hati mula diberi perhatian dan melupakan niat asal semasa memperolehi kerja. Kawal perasaan kerana tidak mustahil ada ketika hal-hal peribadi akan bercampur dengan urusan kerja, seperti melayan panggilan telefon, sms atau keluar makan.

6. Perkembangan kerjaya. Semasa melangkah kaki ke dunia pekerjaan, sudah pasti setiap dari kita mempunyai perancangan tersendiri untuk memajukan diri dalam kerjaya. Apabila soal hati dan perasaan dicampur adukkan, tidak mustahil akan timbul rasa cemburu dikalangan staf yang lain. Secara tidak langsung akan menjejaskan tumpuan dalam pekerjaan dan akan menyekat peluang untuk meningkatkan diri dalam kerjaya.

Walau apapun situasi yang timbul, sebagai muslimah yang sejati janganlah mudah terpengaruh dengan hasutan duniawi yang akan menjerumuskan diri ke lembah yang hina. Sebaliknya sentiasalah berwaspada dan mohonlah bantuan dari Allah apabila menghadapi kesukaran dalam membuat pilihan.

Sumber: Hari Pertama – Fokus kerja berbanding soal hati; Majalah Nur, Mei 2010.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Catatan:  sebagai motivasi dan ingatan buat diri yang sering alpa

20 Mei 2010

alahai ceplos ke air buah...

Assalamualakum dan salam sejahtera

Berbelah bagi jugak nak bagi salam ke tidak untuk entry kali ini
sebabnya bukanlah nak buat cerita yang menarik tapi berkaitan ceplos...

apa itu ceplos?... hmmm aye pun tak tahu
pernah juga tengok cerita tu... kat TV9
tapi tak lah kisah sangat... anak2 pun tengok juga...
bila tiba bab gaduh2 ... masing2 mula menyempit... nak menyorok... takut...
budak-budak...
walaupun kisahnya dah berakhir... taklah lama sangat...
tapi ingatan mereka masih kuat...
dan kata orang-orang tua budak2 boleh nampak apa yang kita tak nampak...

nak dijadikan cerita ... satu petang lepas waktu pejabat kami sekeluarga keluar ... kononnya sekadar nak jalan-jalan makan angin jer... nak makan ... semuanya baru lepas makan...tiba-tiba anak sulung (Alif) nak kador hajat (buang air kecil)... kat sekolah cikgu ajar cakap nak kador hajat... so Alif pun cakaplah... tak kisah...benda baik kan..
berbalik kepada cerita asal, oleh kerana dah nak kador sangat tak sempat nak sampai rumah so... kami singgah kat satu tandas awam... berdekatan dengan tempat makan (medan selera la...) alif dan ayahnya pergi ke tandas... aye dan Diena tunggu jer dalam kereta.. mata dok melilau cari tempat makan plak... (hmmm perut dah rasa lapar... huhuhu)

keluar dari tandas alif kata nampak ceplos... ha... terkejut juga... tapi buat selamba jer..ceeee... ikuti perbualan kami (sepanjang perjalanan menuju ke tempat makan)

alif:  umi, dalam tandas tadi alif jumpa ceplos..
umi:  betulke, ayah?
ayah:  betul la tu... (selamba)
umi:  ceplos buat apa?
alif:  ceplos ada 2, satu jahat satu baik...
umi: (hairan lagi)... ceplos jahat buat apa?
alif:  ceplos jahat tu kacau alif... pastu ceplos baik... diam jer
ayah:  lain kali kalu jumpa ceplos ke hantu ke... kalau dia kacau alif.. cakap kat dia jangan kacau alif...
alif:  (angguk kepala)
umi:  ceplos tu besar mana?
alif:  kecik dari alif... kecik lagi dari adik (Diena)
ayah:  hmmm.... toyol la tuh...
umi:  dah la... nak makan la nih...

sampai meja makan, alif awal2 lagi order air buah... ingatkan nak fresh oren ke ... rupanya laici kang... huhhh... tinggi seleranya... habis semangkuk.

sepanjang masa makan, tak pulak disebut apa2 tentang ceplos tu... cuma balik rumah alif sambung cerita pulak kat bibik... risau juga kot-kot tidur malam mengigau ... ye lah dah kena sakat dengan ceplos... tapi Alhamdulillah... tak der apa plak...ceplos ceplos....

sempurna separuh jalan

Assalamualaikum, selamat sejahtara dan selamatlah semuanya

Pagi-pagi nih ... belum ada idea lagi... so nak kongsi sepatah dua kata dari email yang diterima

"Mendapat isteri ibarah telah sempurna separuh daripada perjalanan agama dan yang separuh lagi perlulah dicari bukan berdiam diri menikmati keseronokan suami/isteri"

Hmmm.... ada faham ka?

Carian