Pengikut Setia

02 Februari 2010

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ...ada apa dengan entri pilihan anda ?

Contest Hidup Berani Untuk Gagal adalah anjuran denaihati denaihati.  Contest telah berlangsung dari bulan Disember 2009 hingga Januari 2010 boleh kira macam penutup tahun 2009 dan pembuka tahun 2010.  Aye telah menyertai contest ini  dan tanpa diduga (walaupun ada sedikit mengharap) penyertaan entri aye bagi contest tersebut telah tersenarai dalam 28 entri terbaik. 

Penganjur (denaihati) berhasrat untuk memilih 5 entri yang terbaik dan setiap entri yang menang bakal menerima RM50.00. 
Jadinye, di sini aye nak kempen la sikit... cam pilihanraya plak... :-).  So sesiapa yang nak mengundi (Undilah aye!!!), caranya klik di sini dan tinggalkan pesanan di ruang komen dan bahawa anda mengundi no. 3 (aye lah tu) serta 4 nombor lain lagi yang dirasakan yang disukai.  Itu saja tak susah.


untuk itu... selamat mengundi...terima kasih kepada yang telah mengundi aye...
~~~~~~~~~
p/s:  nak bagi tau ke? next entri aye preview blog yang telah mengundi aye... okey
~~~~~~~~~~

kenyataan yang ringkas tetapi penuh makna

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seisi alam.
Semoga hari ini dari hari-hari seterusnya dipenuhi dengan aktiviti dan suasana yang indah dan ceria. 

Walau apapun yang terjadi... suka atau duka... kehidupan mesti diteruskan.  Dalam kehidupan di dunia mahupun untuk di alam akhirat, pastinya kita mengharapkan yang terbaik.  Mudah-mudahan apa yang diimpikan menjadi kenyataan.... Namun ingat... bukan senang nak senang dan tidak susah untuk susah... hm...

Untuk itu, apa juga pengharapan kita biarlah kepada Allah... kerana hanya Dia yang Maha Berkuasa atas sesuatu... tidak akan jadi sesuatu perkara tanpa keizinanNya.

Untuk itu juga, pesanan ini adalah ingatan ini untuk diri sendiri dan kepada sesiapa juga yang mahu mengingati....
1.  Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
2.  Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
3.  Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
4.  Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, InsyaALLAH.

~~~~~~~~~~~~

29 Januari 2010

sakit mata... jiwa sengsara... apa orang kata ... pedulikah kita?

(tiada gambar)

Pandai-pandailah nak hidup... itu sering orang kata
Sebelum bersuara... fikirkan dulu
...sempatkah berfikir kalau bercakap ikut suka hati... ikut suka mulut... melulu
Dah fikir dah... tapi fikir untuk cakap jer... tak fikir pun kesan dan akibatnya

Macam mana dengan perasaan orang lain?
Adakah hatinya terguris... terluka... kecil hati...
Mau fikir hati orang lain?... hati kita siapa jaga?... siapa fikir?

sakitnya mata... jiwa sengsara
mata nampak... jiwa menanggung.. derita........
Jiwa risau?... memikirkan apa kata orang kelak
Orang kata?... kenapa risau?
Ada orang kata... 'pedulikan apa kata orang'
tahukah kita?... ada orang tetap ambil peduli... apa orang lain kata
kerana... dia ada maruah... bila ada orang berkata-kata... tergugat maruahnya
Maruah ?.... dunia sekarang ... sikit sangat yang fikir maruah... atau harga diri

celupar sungguh mulut bicara...
andai betul... pada fikiran... memang betul pun...
lapiklah sikit... tapis-tapis sikit... nak cakap tu... guna tonasi suara yang betul
Boleh?

Bicara biar molek... kelak... budi bahasa dipandang mulia

Andai lancar mulut bicara
pasti juga... ada hati terluka
luka di mulut... nampak lukanya
luka di hati?... sarat menanggung derita

***~~~~~~~~~***
ingatan buat diri agar molek pekerti...
***~~~~~~~~~~***

Carian