Pengikut Setia

22 Januari 2010

Amalan Terbaik Dalam Hidup (Siri 3)

Salam sejahtera buat seisi alam semoga di hari yang mulia ini beroleh rahmat dan hidayah dari Allah.

Tak tau nak tulis apa lagi... cuma teringat ada senarai amalan dalam simpanan yang masih belum dikeluarkan..untuk itu di sini aye turunkan sebahagian lagi dari siri amalan yang dimaksudkan, semoga dapatlah dijadikan amalan kita juga paling tidak pun sekadar membaca dan menambah pengetahuan.

...sambungan

21. Nabi sering beristinsyaq air ke dalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun (astagfirullahalazim) tiga kali. 
Riwayat Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan.  Riwayat Al-Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah.

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Sebelum tidur, Nabi membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh (mohon perlindunganNYA).  Riwayat  Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH.

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.

29. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan.

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat).  Riwayat Bukhari.

**~~~~~~~~~~~~~~~~**

21 Januari 2010

Ada apa dengan pintu itu, apa kaitannya dengan pantang orang tua-tua


Suka-suka jer buat tajuk entri nih...
Yang sebenarnya sebentar tadi laluan aye terganggu kerana ada 2-3 orang berdiri depan pintu masuk... macam buat perbincangan atau mesyuarat plak...
Aye nak cepat nih...masa aye menunggu mereka selesaikan 'mesyuarat' tu, sempat lagi aye terpikir... tu la sebabnya mengapa orang tua-tua tak bagi berdiri depan pintu.  Macam-macam cerita dibuat... tak dapat kahwin le...lambat kahwin le....
tu semua ada sebab...

Kenapa suka berdiri depan pintu?  Cuba jawab...
Dah la... orang nak masuk buat kerje pun dah terganggu...
lagi satu kalo ada tangga... suka sangat sembang kat atas tangga tu... jatuh kang baru tau.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

20 Januari 2010

Amalan Terbaik Dalam Hidup (2)


(Sekadar gambar hiasan:  Lunch bersama Pendaftar UiTM bagi penerima Anugerah Staf Cemerlang Bulanan 2009 di Hotel UiTM pada 17/12/2009)



Salam, berikut adalah sambungan senarai amalan terbaik dalam hidup:

11.  Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari (ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
~~~
sumber:  mazmi807@perak.uitm.edu.my.  Terima kasih

Carian