Rambut anak lelaki sudah panjang
Sudah agak lama juga YB tidak bercerita mengenai anak-anak. Bukan kerana tiada cerita mengenai mereka tetapi tidak tahu apa yang nak diceritakan. Tidak pasti juga dengan apa yang hendak dituliskan. Seperti tajuk untuk entri ini.
Di mana letaknya SEO pada tajuk atau pada entri tidak tahulah. Sekarang tiada pula cerita sensasi berkaitan dengan rambut atau anak lelaki. Kalau cerita mengenai drama "Tundukkan Playboy Itu" adalah. Belum tengok lagi pun drama tu, dah berapa episod pun tak tahu. :P
Entahkah sesuai atau tidak dengan selera YB... Anak-anak memanglah tidak layan lansung drama Melayu, yang dilayan hanyalah cerita kartun Upin Ipin, Hagemaru, Robocar Poli atau Ultraman. Semua cerita berkaitan dengan minat anak lelaki saja. Cerita yang mak minat pula... ikut sajalah citarasa anak-anak. Lama-lama mak pun dah ikut macam watak mak dalam kartun... hehehe
Okeylah panjang sangat intronya, tiada kaitan lansung dengan rambut anak lelaki YB yang sudah panjang.
Ni ha... anak lelaki yang dimaksudkan. Kiranya anak bongsu lah nie :P. Rambutnya dah panjang hampir menutup telinga dan dah sampai ke leher.
Alahai Anak bila diminta bergambar untuk kenang-kenangan begini pula lagaknya. Abid memang suka pergi ke kedai gunting rambut. Bila saja ayahnya cakap nak gunting rambut... oooih melompat-lompat teruja sangat. Tetapi bukan sekarang, tunggu hujung minggu yer. Sekarang ni memang tak sempat, umi dan ayah balik kerja pun dah petang sangat.
Dah nak bergambar dengan teddy pula.
Dah masuk dalam perancangan dan cadangannya hujung minggu ni bolehlah gunting rambut Abid dan Alif. Anak lelaki tak elok rambut panjang. Terutama anak lelaki yang sudah bersekolah. Kalau anak perempuan senang jer umi guntingkan. Selamat bajet.
Dalam cerita ni tiada pula gambar anak lelaki yang sudah sekolah tu. Memang susah nak bergambar sekarang ni. Merajuk kot sebab umi tak nak tangkap gambar lukisan dia. :D
Layan kerenah anak-anak memang macam-macam.
Okeylah nak beransur dulu. Kalau sempat kita cerita pula mengenai pengalaman di kedai gunting rambut. Itupun kalau YB rajin nak post entri.
Terima kasih sudi membaca entri Rambut anak lelaki sudah panjang