Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
28 Oktober 2015
Ada apa dengan Bid'ah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Ada apa dengan Bid'ah
Tidaklah suatu kaum membuat suatu bid'ah di dalam agama mereka, melainkan Allah akan mencabut sebagian sunnah dari agama meraka sebanding dengan (bid'ah) yang mereka buat. Dan Allah tidak akan mengembalikannya lagi kepada mereka hingga hari kiamat. (Hassan bin Athiyyah)
Hiasan |
27 Oktober 2015
Kesan daripada penulisan dan teguran
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Kesan daripada penulisan dan teguran
Setiap hari kita menegur orang dan setiap kali juga kita ditegur. Teguran dalam bentuk tulisan dan juga dalam bentuk lisan. Kesan dari daripada teguran itu yang 'makan dalam' sehingga memakan diri sendiri atau juga boleh memberi kesan kepada orang sekeliling kita. Teguran secara lisan boleh lah kita kata umpama mencurah air di daun keladi atau masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Tetapi tidak semua orang begitu penerimaannya, ketika ditegur dia diam seperti tidak faham tetapi kesannya kepada diri orang yang ditegur itu kita tidak tahu sehinggalah dia bertindak diluar jangkaan kita.
Tidak semua orang mampu bertenang dengan baik apabila ditegur. Tambahan cara teguran yang mengguris hatinya.
Sebagai manusia normal kita harus ingat tidak semua orang mempunyai nasib yang sama seperti kita. Tidak semua orang mempunyai kebolehan dan keupayaan yang sama kerana setiap dari kita lahir pada masa dan tempat yang berlainan. Cara penerimaan dan kefahaman kita juga berbeza walaupun pada isu yang sama.
Bukannya YangBaik berhasrat untuk menolak teguran. Tetapi teguran yang diberikan itu biarlah berpada bukan secara paksaan. Kerana kesannya kita tidak tahu. Apa yang akan terjadi dan bagaimana pula penerimaan orang bila dipaksa. Tegurlah secara berhemah dan lemah lembut. Kita kan kaya dengan bahasa yang indah-indah.
Dalam keadaan tertekan bila ditegur secara kasar dan dipaksa tanpa kerelaan, ada ketika akal menjadi buntu dan bakal berakhir dengan jalan yang singkat... terjun bangunan dan sebagainya. Fahami situasi orang yang kita tegur.
Kita yang ditegur sudah pasti memerlukan masa yang panjang untuk berfikir dan bertindak. Memahami arahan dan teguran bukanlah sesuatu yang mudah ketika kita berada dalam saat genting antara mengawal emosi dan menurut 'arahan'.
Tabahlah dalam mengharungi ujian kehidupan. Biarkan ujian itu berlalu tanpa sebarang calar. Kerana setiap ujian yang menimpa kita itu adalah sesuai dengan tahap kekuatan kita.
Maaf seandainya tulisan ini mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati.
Tegurlah saya sekiranya tulisan ini menyakitkan hati dan perasaan anda.
Langgan:
Catatan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA