Pengikut Setia

12 Januari 2015

Hari pertama sesi persekolahan 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari pertama

Alhamdulillah, hari ini 12 Januari 2015 merupakan hari pertama bagi sesi persekolahan bagi tahun 2015 setelah ditangguhkan selama seminggu. Anak-anak pastinya antara yang tidak sabar hendak ke sekolah. Setelah hampir 2 bulan bercuti.

Sempat juga dengar perbualan antara Dina dan Alif pagi tadi semasa bersiap. Dina kata "tak sabar nak jumpa kawan-kawan sekolah, rindu betul rasanya, macam manalah rupa mereka bila jumpa nanti". Alif pun tidak mahu kalah, katanya "abang, sebelum cuti sekolah dah jumpa semua kawan-kawan abang, tapi tak tahulah macam mana dengan kelas baru sebab ramai kawan-kawan abang tak naik kelas macam abang". Agaknya Alif bimbang nak jumpa kenalan baru dari kelas yang baru.

Tahun ini, sesi persekolahan sekolah kebangsaan (SKIP) dibahagi kepada dua. Tahun 1, 4, 5 & 6 sesi pagi dan tahun 2 & 3 sesi petang. Dina dan Alif sesi petang. Pagi masuk sekolah KAFA mulai jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Sekolah kebangsaan pula bermula jam 1.00 tgh hingg 6.45 petang. Agak lewat juga mereka balik rumah. Malam lepas maghrib nak mengaji Quran, bila ada kerja sekolah lambat pula tidurnya. Bila difikirkan macam tidak logik pula bila anak-anak terpaksa lalui semua ini. Tetapi itulah yang perlu mereka lalui untuk menuju ke alam berikutnya. Semoga mereka (anak-anak kita) mampu tempuhi setiap cabaran kehidupan dan tidak lari dari landasan akhlak Islam.

Tiada gambar untuk dirujukkan perasaan seorang umi terhadap kasih dan sayang kepada anaknya. Hanya satu harapan yang pastinya harapan setiap ibu adalah anaknya mampu menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat serta menjadi warga yang berbakti kepada agama bangsa dan negara. Jangan sampai menconteng arang dimuka kedua orang tua dan keluarga. Sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga.

Sekian. ~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

11 Januari 2015

Seminar Kenali Potensi Diri 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Seminar Kenali Potensi Diri 2015, bertempat di Kinta River Front, Ipoh, Perak.

Seperti kebiasaannya melalui seminar seperti ini kita dibawa belajar mengenali potensi diri. Belajar mengenali kelemahan diri, belajar memajukan diri bermula dengan perkara asas seperti kepatuhan dan ketaatan kepada suruhan dan larangan dalam Islam, kasih sayang sesama ahli keluarga sahabat handai dan sesama Islam. Termasuk juga cara berfikir yang positif dan menjaga kewangan peribadi.

Satu seminar yang amat bermanfaat kepada semua.

posted from Bloggeroid

Doa untuk hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Doa untuk hari ini





Ya Allah,
Jika hari ini ada di antara kami,
yang sedang sakit,
mohon angkatlah penyakitnya ya Allah.
Berikanlah kesembuhan untuknya,
Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan.

Ya Allah,
Jika hari ini ada di antara kami,
Yang kesulitan rezki,
Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah
Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki.

Ya Allah,
Jika hari ini ada di antara kami
yang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan menghadapi ujian-Mu.
Mohon kuatkanlah dia untuk mampu bertahan dan bersabar.
Dan hiburlah dia dengan penuh kurnia-Mu,
Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari,
Setelah kesusahan ada kesenangan dan kemudahan.

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang sedang ada benih-benih sakit hati dihatinya,
Sombong, iri hati, dengki dan dusta,
Mohon bersihkan dan sucikanlah hatinya ya Allah.

Ya Allah..
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami.
Pun jika sampai hari ini ada di antara kami, yang merasa disakiti dan dizalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengajaka, Bukakanlah pintu hatinya agar memaafkan kami.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami, dosa rakan rakan kami, dosa jiran jiran kami dan dosa kaum Muslimin dan muslimat.
Sesungguhnya Kau lah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.

.آمــين.آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِ


ْ

posted from Bloggeroid

Carian