Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Istilah antara ujian dan bala sering di salah anggap. Kerana kekurangan ilmu dan mungkin juga kerana sikap ego yang ada. Nauzubillah.
Ujian itu datang juga walaupun kita telah berusaha. Datangnya untuk menguji kesabaran kita. Untuk kita ambil iktibar mana yang perlu. Kemungkinan kesilapan kita di masa lalu yang kita tidak sedar. Sebenarnya memang perit untuk kita terima hakikat itu. Untuk itu sentiasa beristighfar dapat menguatkan hati dan semangat kita.
Bala itu datangnya kerana kelalain kita yang nyata dan jelas. Antaranya memandu dengan laju boleh membahayakan keselamatan.
Semoga kita sentiasa bersangka baik. Ambil iktibar atas apa yang berlaku.
Sekian.
posted from Bloggeroid