Pengikut Setia

14 Oktober 2014

Fitnah dalam agama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Fitnah dalam agama

Banyak kali berlaku.
Semoga ia tidak terus menular di kalangan ahli keluarga kita.
Pilihlah jalan yang betul semoga kita tidak tersasar dari landasan.


gambar hiasan

Tidaklah suatu kaum membuat suatu bid'ah di dalam agama mereka, melainkan Allah akan mencabut sebagian sunnah dari agama meraka sebanding dengan (bid'ah) yang mereka buat. Dan Allah tidak akan mengembalikannya lagi kepada mereka hingga hari kiamat.

(Hassan bin Athiyyah)


(*-*)

Hari lahir Muhammad Abid ke-2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat ulang tahun kelahiran ke-2 buat Muhammad Abid




Muhammad Abid anak ke-4 daripada 4 orang adik beradik.  Dua lelaki dan dua perempuan. Dilahirkan di Klinik Bersalin Yasmin, Lumut, Perak pada 14 Oktober 2012.  Sejurus dilahirkan Muhammad Abid dipindahkan ke SCM Hospital Seri Manjung kerana disyaki lahir tidak cukup bulan dan kurang berat badan.

Seminggu berada di SCM ditemani umi yang turut sama berpantang di sana.  Bermacam-macam peristiwa yang ditempuhi.  Berpeluang berjumpa dengan ramai pakar perubatan kanak-kanak dan juga pelajar perubatan yang datang melawat.

Kepulangannya di rumah disambut meriah oleh abang dan kakak-kakaknya yang setia menunggu ketibaan adik bongsu.

Serba ringkas catatan mengenai anak bongsu yang dinamakan sempena dengan nama pilihan ayahnya yang diambil bersempena nama eorang Ustaz yang dikenali.

Semoga Muhammad Abid menjadi anak yang soleh serta dipanjangkan umur dalam kesihatan yang baik dan diberkati Allah.


13 Oktober 2014

Zikir penenang hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Zikir penenang hati.
Hidup kits tidak lari dari rasa resah dan gelisah.
Banyak sebab dan punca mengapa kita rasa tidak selesa lalu mendatangkan bermacam rasa dalam jiwa.
Sebagai mengubat hati iaitu untuk mententeramkam jiwa yang resah dan gelisah... Kembalikanlah ingatan kita kepadaNya Yang Maha Besar.

Berzikirlah.

posted from Bloggeroid

Carian