Pengikut Setia

31 Januari 2012

Malaysia Social Media Week 2012 | Upcoming Blogger of The Year

Sila klik pada gambar untuk mengundi

Sukar nak buat pemilihan dan undian kerana calonnya terlalu ramai.  Tetapi sekadar memenuhi ruang dan peluang yang ada maka diperturunkan cara dan gambar yang bakal ditemui.  Antaranya,

Setelah klik pada gambar di atas, akan tertera gambar di bawah:

dan seterusnya.... setelah diskrol ke bawah beberapa kali...jangan berputus asa, kerana akan keluar gambar ini pula:

sejurus selepas itu, klik pada perkataan 'Vote' dan ikutlah arahan seterusnya...
tidak susah cuma pastikan alamat e-mail anda adalah sah dan tidak penuh...

Itu saja.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk catatan ini.

Sekian.

Banyak bicara mati hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Cakap banyak atau banyak cakap kadang-kadang boleh membuatkan orang tidak suka.  Tambahan bila berhadapan dengan orang yang tak banyak cakap atau orang sombong.  Bercakap tentang itu, boleh lah nak dikatakan bahawa orang yang tak banyak cakap itu tidak semestinya sombong dan sebaliknya.  Orang yang tak banyak cakap kerana dia tiada idea nak cakap atau memang dia tak pandai bercakap.  Kalau istilah sekarang tak boleh pula disamakan dengan 'communication error'.

Seringkali bila banyak sangat cakap boleh membawa kepada kesilapan dan boleh mendatangkan keburukan.  Contohlah, jika kanak-kanak memang suka banyak cakap, bila dah cakap banyak tiba-tiba lari tajuk pula sebab dah terlebih cakap mungkin tidak akan mendatangkan kesan yang buruk.   Tetapi bila orang dewasa yang cakap banyak kemudian tersalah cakap boleh merosakkan sesebuah hubungan dan mungkin juga boleh mendatangkan salah sangka atau keburukan kepada dirinya sendiri.


~~~~~~~~~~~~~~~~~
Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya. Barangsiapa yang banyak salahnya, maka sedikitlah rasa malunya. Barangsiapa yang sedikit malunya, maka sedikit pula sikap wara'nya. Dan barangsiapa sedikit sikap wara'nya, maka matilah hatinya.  (Umar Al Khatab)

*~~~~~~~~~~~~~~~~*

.

30 Januari 2012

Ikut musim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Musim di Malaysia memang banyak.  Ada musim buah, musim kenduri kahwin, musim peperiksaan, musim demam, musim penyakit, musim hujan, musim panas dan tidak dilupakan musim perayaan serta musim AJL atau musim ABPBH.  Tidak dilupakan juga musim HAJI.

Bagi blogger pula, seperti kelaziman dan dah jadi kebiasaan juga bila buat catatan akan mengikut musim-musim berkenaan.  Seperti yang sedang top sekarang cerita berkaitan blue carpet di AJL, Pemenang anugerah AJL, Penyanyi dan lagu popular.  Seperti kebiasaannya juga, tidak semua blogger bijak mengambil peluang ini.  Kerana tidak semua blogger itu mempunyai idea yang sama atau paling tidak sesuatu yang baru berkaitan sesuatu musim itu.

Musim apa lagi.  Sebenarnya sungguh menjadi sesuatu yang menarik kerana walaupun tajuk penulisan sama mengikut musim tetapi cara penyampaian agak berbeza.  Contohnya blogger Red Mummy (RM) (walaupun sedang dalam tempoh pantang) menceritakan secara bergambar berkaitan acara di Blue Carpet sempena AJL dan tidak ketinggalan juga blogger hiburan popular Beautiful Nara juga menceritakan cerita yang sama tetapi jalan cerita yang berbeza.  Penuh kebelbagaian. 

Hanya satu saja blogger yang masih lagi tidak mahir adalah .... sendiri tahulah... Sungguh penting untuk menjadikan blogger itu menarik adalah bergantung juga kepada pembacaan penulisnya berkaitan sesuatu isu yang hendak diutarakan.

Di sini Yangbaik bukanlah nak bertanding kehebatan, tetapi tulisan ini sekadar mengisi ruang yang ada dan kalau-kalau ada boleh tumpang juga populariti.


Makan minum dan tertawa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Rehat sebentar... semoga ada yang memberi manfaat.



Banyak orang gembira yang tertipu. Dia makan, minum dan tertawa, padahal telah jelas di dalam kitab Allah bahwa dia adalah bahan bakar neraka.  (Bilal bin Sa'ad)



.

29 Januari 2012

Tips berhadapan gangguan semasa hamil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

gambar hiasan:  sumber

Catatan Sensasi
Gangguan semasa hamil.  Pasti ramai yang terkejut bila Yangbaik menulis catatan begini.  Maklumlah kawan-kawan semua semuanya senantiasa menunggu berita sensasi walaupun Yangbaik bukanlah artis atau model terkenal (perasan jap).  Sebabnya berita berkaitan dengan kehamilan ni agak sensitif di kalangan kami.  Bukan nak menafikan kehamilan tetapi memang belum masanya lagi kan.  Jadi, sabarlah yer.

Gangguan emosi semasa hamil
Semasa hamil memang banyak gangguan.  Terutamanya gangguan emosi yang kadang-kadang di luar dugaan kita.  Gangguan emosi termasuklah perasaan tidak suka kepada bau-bauan seperti bau masakan, bau makanan, bau sabun mandi dan macam-macm lagi.  Ini semua sungguh memberi kesan kepada emosi.  Terpulang kepada kebijaksanaan kita untuk menanganinya.  Hanya satu yang dapat dikhabarkan adalah SABAR.  Sabar itu sungguh baik untuk keadaan dan emosi.

Yangbaik menulis di sini adalah sekadar untuk berkongsi pengalaman peribadi dan bukan sebagai penasihat atau pakar rujuk kerana Yangbaik bukanlah pakar perbidanan atau sakit puan.

Kekuatan mental semasa hamil
Sebelum berhadapan dengan sebarang gangguan, biasanya kita perlu bersedia dan bijak mentafsir bagaimana bentuk gangguan yang bakal tiba.  Namun tidak semua yang kita tafsir atau kita rasa itu akan terjadi.  Kadang-kadang yang terjadi adalah gangguan dalam bentuk yang lain.  Dari situ, kita perlu mempunyai kekuatan mental dan juga fizikal.  Kekuatan dari segi mental bermaksud kita tidak cepat mengalah atau cepat melatah dengan ujian atau gangguan yang tiba, sebaliknya terima kenyataan dan banyakkan beristighfar.  Dengan beristighfar dan mengingati Allah hati dan jiwa kita akan jadi tenang.

Membaca al-quran dan zikir
Penting juga untuk ibu yang hamil mempunyai pertahanan diri dan jiwa yang kuat.  Untuk itu Yangbaik biasanya semasa dalam tempoh kehamilan akan mengaji (dan biasanya akan khatam sebelum tempoh hamil berakhir).  Selain dari itu, banyakkan baca Surah Yassin, Surah Maryam, Surah Yusof, Surah at-Taubah dan Surah Luqman.  Ambillah peluang dan berusahalah untuk membaca surah-surah berkenaan pada setiap kali selepas solat.  Walaupun tidak dapat dihabis dengan sekali bacaan, berusahalah untuk habiskan setiap surah itu dalam satu hari.  Insya-Allah kita mampu.

Selain dari membaca surah-surah tertentu, cubalah berzikir dan bertasbih ketika masa-masa lapang dan juga ketika masa sibuk.

Pemakanan dan minuman semasa hamil
Pemakanan juga penting semasa tempoh kehamilan.  Sebaik mungkin berusahalah minum susu dan seeloknya susu kambing.  Sekarang ni dah banyak susu kambing segera yang terdapat di pasaran. 

Perkongsian
Yangbaik juga pernah berkongsi cerita mengenai kehamilan di blog ini.  Iaitu Petua ibu hamil bagi menghadapi anak demam kuning dan Petua nak hamil.

Sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

Sekian.


^-^

Bila semangat kembali

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Semangat yang hilang kerana bosan dengan blog
Namun semangat itu kembali semula kerana blog
Blog pemberi semangat

^_^


28 Januari 2012

Giveaway choco rerama biru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Giveaway pertama blog kakyong[dot]com© bagi tahun 2012.


Untuk dapatkan syarat-syarat give away ini sila klik SINI atau di Giveaway choco rerama biru.


Hadiah-hadiahnya sungguh menarik, lihatlah sendiri:


2 sachet botanical drinks + 1 sachet susu kambing + 1 sachet sphyru coffee untuk 3 pemenang




 
12 pcs chocolate ala-ala cake-pop untuk 1 pemenang





9 pcs chocolate untuk 1 pemenang



crotchet bookmark daisy untuk 1 pemenang


12 pcs chocolate untuk 1 pemenang

Jika ikut kiraan Yangbaik ada tujuh hadiah semuanya.   Mana satu lah agaknya nak sampai ke depan pintu rumah Yangbaik.  Insya Allah, jika sambutan menggalakkan, Kak Yong akan tambah hadiah. Kepada yang  sudi nak sponsor, boleh la contact kakyong72@gmail.com

Giveaway ini akan berlangsung dari 24 Jan 2012 sehingga 28 Februari 2012.  So kawan-kawan semua yang berminat apa tunggu-tunggu lagi masih ada masa neh... hadiah pun menarik juga.

Teruja sungguh dengan hadiah-hadiahnya yang ditawarkan.

^_^
.

Keperluan sebuah meja makan

Keperluan sebuah meja makan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Keperluan sebuah meja makan bagi sebuah keluarga bahagian dan harmoni.  Secara tak sengaja dan tiba-tiba teringat kisah mengenai keperluan meja makan bagi sebuah keluarga.  Walaupun pernah juga bahkan berkali-kali terfikirkan, zaman dahulu tiada pula meja makan dan duduk makan sambil bersila atau bertimpuh sahaja.  Selesa juga kan. 

Tetapi itu kisah zaman dahulu dan tidak jauh juga bezanya dengan zaman sekarang.  Bezanya sekarang kita sering didedahkan dengan penggunaan meja ketika makan dan pendedahan ini turut mempengaruhi pemikiran kita. 



(keterangan gambar:  meja makan 'jepun' yang dipelbagaikan penggunaan; meja tulis untuk anak-anak dan meja kerja untuk ummi atau ayah, selain dari itu digunakan juga meletakkan seketika bakul permainan)

Meja makan amat berguna sekali sebagai tempat perhimpunan keluarga, terutama pada waktu awal pagi semasa kesibukan persiapan anak-anak untuk kesekolah dan ibu bapa untuk bekerja.  Dengan adanya meja makan, semua keperluan sarapan pagi seperti roti bakar, mee goreng (favourite Diena), nasi lemak, roti canai mamak (favourite Alif), cucur opah ataupun karipap dan wadeh.  Tidak bermaksud semua makanan yang disebutkan tadi diletakkan serentak di atas meja, tetapi itulah menu 'standard' setiap pagi (bergiliran) sebelum pergi ke sekolah atau ke pejabat.

Hendak dikongsikan juga ketika kesibukan ini, dengan adanya meja makan ibu bapa dapat bermesra dengan anak-anak dan berkongsi setiap pengalaman atau peristiwa semalam dan merancang keperluan untuk masa depan.  Masa itu amat berharga sekali walau sekadar 5 - 10 minit.

Zaman sekarang, dengan keadaan kesihatan yang tidak berapa memuaskan dan kekalutan di pagi hari, jika masih lagi mengamalkan duduk bersila memang tidak sempat rasanya nak menjamah makanan.  Kalau sempat pun mungkin sekadar menghirup secangkir milo ais atau teh o.  Nak duduk bersila dan bertimpuh rasanya memerlukan ketertiban dan masa.  Bukan menolak budi pekerti dan keperluan untuk berlemah lembut tetapi memang  hakikat semua orang mengejar masa.  Lambat seminit punch-card dah merah takpun akan tertulis 'daily lateness' untuk sistem thumb-print. 

Ada sedikit kaitan dengan gaya hidup zaman sekarang kan?  Apa pula pandangan anda.

Sekian ^_^.  Terima kasih baca entri ini Keperluan sebuah meja makan.

Cintaku bukan kerana 1000 dinar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


OH!  Cintaku bukan kerana 1000 dinar.  Cintaku 100%, boleh percaya? Tak perlu kata apa-apa, senyum sajalah....



Sungguh, saya meneteskan setetes air mata karena takut kepada Allah, lebih saya cintai daripada bersedekah 1000 dinar.  (Abdullah ibn 'Amr)








Agak-agak tajuk kat atas tu sesuai ker?...

Konfius...

^-^

27 Januari 2012

Malaysia Social Media Week 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,

World Bloggers and Social Media Awards 2012.  Kemuncak acara akan diadakan di Putra World Trade Center (PWTC) pada 16 Februari 2012.

Yangbaik secara tidak sengaja sebenarnya telah terpanggil (entahlah... macam panggilan pulau pula) untuk ikut serta sebagai calon di dalam salah satu kategori yang dipertandingkan.  Secara tidak sengaja tu sebab teruja dengan tawaran rakan-rakan blogger untuk mengundi mereka. 

Blog Yangbaik?... terkejut jugalah sebab mana nak dapat lawan otai-otai blogger yang berada di seluruh pelusuk negara.  Blogger picisan ini mencalonkan 'dirinya' sendiri di dalam kategori Upcoming Blogger of The Year.  Silalah undi yangbaik. 


Sehingga catatan ini tertulis di sini, kedudukan Yangbaik tidak sebaik mana tetapi agak mengejutkan juga.  Jutaan terima kasih kepada yang telah mengundi.  Undi anda amatlah berharga.  Namun begitu tidaklah terlawan dengan blogger Ariffshah atau nurulainyassin dan terfaktab yang masing-masing ketika ini mengungguli tempat pertama, kedua dan ketiga dalam kategori yang sama.

Nak meraih undi bukanlah sesuatu yang mudah.  Sementelahan blog Yangbaik ini tidak sepopular blog Denaihati atau pun emilayusof.

Untuk itu, terimalah seadanya.  Kita harus berusaha untuk menjadi yang terbaik.



^-^
.

Hanya Dia yang tahu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Hanya Dia yang tahu
Apa yang tersirat di hati
apa yang tersembunyi di dalam hati
apa yang ada di depan mata

Hanya Dia yang tahu
kita insan ... tidak tahu
tidak tahu apa yang bakal terjadi
apa yang terjadi juga kita tidak tahu
tidak tahu mengapa terjadi
tidak mungkin sama sangkaan kita dengan hakikat sebenarnya
kita bisa menelah
kita mampu merancang
Buatlah perancangan rapi dan teliti
Buatlah telahan yang baik-baik

Hanya Dia yang tahu
mengapa catatan ini jadinya begini

Hanya Dia

26 Januari 2012

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.  Banyak kemahuan banyaklah jalannya.  Ada ketikanya kemahuan yang terlalu meluap-luap hingga menyekat semua laluan dan jalan yang ada juga seakan tertutup.  Keadaannya ini terjadi kerana tertutupnya pintu hati menuju ke jalan yang bertepatan.

Kemahuan manusia memang tidak terbatas, ada kemahuan untuk kebaikan seperti membantu orang susah atau miskin.  Sebaliknya kemahuan yang 'jahat' seperti hendak memusnahkan orang.  Kemahuan individu memang berbeza begitu juga dengan cara pemikiran untuk mencapai kemahuan juga berbeza.

Kemahuan hendak hidup bermewah-mewah terhasil kerana kesempitan hidup yang sedang dihadapi dan dalam masa yang sama disogokkan dengan drama kisah hidup orang berada.  Bagaimana jalannya?  Ada yang memilih jalan singkat dengan merompak, mencuri, mencopek, menipu dan menerima rasuah.  Banyak punca menjadikan kemahuan sebagai alasan untuk melakukan aktiviti yang salah.

Ada juga yang tidak pandai menggunakan kemudahan yang diberikan.  Antaranya bantuan BR1M kepada pelajar IPT sebanyak RM200.00 seorang.  Bagaimana boleh terfikir untuk menjual 'kemudahan' yang diberikan dengan harga yang murah.  Tidakkah ini bererti maruah diri pelajar juga rendah. 

Semua ini atas pendirian dan kefahaman individu mengenai masa depan hidupnya dan peluang yang diberikan.  Sukar untuk mengatakan 'terpulang' kepada individu untuk membuat pilihan kerana pendidikan dan pengajaran harus diberikan kepada individu yang hendak membuat pilihan.  Pilihan hidup seakan semakin sukar kerana kos sara hidup yang semakin tinggi.

Ape?  Entah!


^_^


.


25 Januari 2012

Pengalaman cabut gigi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pengalaman cabut gigi.  Gambar sebelah tiada kaitan dengan jalan cerita atau tajuk cerita buat masa ini tetapi ada kaitan dengan penulis cerita ini. 

Semasa kecil gigi dijaga dengan elok, berus gigi rajin paling kurang 2 kali sehari pagi dan malam, lepas makan gula-gula atau aiskrim berkumur-kumur untuk hilangkan gula yang melekat pada gigi.  Sayangnya sketsa ini hanyalah berlaku ketika usia muda.  Bila dah dewasa sikit semakin berat (malas jaga gigi).

Gigi yang cantik memang idaman semua orang tak kira tua atau muda.  Semasa gigi sihat semua benda boleh dimakan tidak kira manis, panas atau sejuk.  Enak sungguh.  Bila gigi dah sakit baru terasa betapa hebatnya nikmat yang indah-indah itu sudah mula diambil semula.  Oleh itu semasa gigi masih elok, jagalah ia sebaiknya.

Cabut gigi.  Tidak semua orang berani jumpa doktor gigi (dentist).  Macamlah doktor gigi tu makan orang tak pun ada gigi taring yang tajam macam dinasour.  Bukan sahaja kanak-kanak malahan orang dewasa juga ada yang takut jumpa doktor gigi.

Cabut gigi memang menyakitkan.  Tetapi dengan segala kemudahan yang ada seperti ubat bius dan ubat tahan sakit, kesakitan cabut gigi tidaklah terasa sangat.  Doktor gigi juga manusia biasa yang punya perasaan simpati dan kasihan.  Sudah tentu doktor gigi itu juga pernah merasai sakit gigi.  Rasa sangat mustahil jika ada manusia normal yang tidak pernah sakit gigi.  Cuma tahap kesakitan dan daya tahan saja yang agak berbeza mengikut pengalaman dan usia masing-masing.

Petua ketika sakit gigi
Ketika sakit gigi, Yangbaik hendak berkongsi petua tradisional.  Petua ini kalau tak silap ramai yang dah tahu, jadi Yangbaik sekadar mengingatkan kembali.  Caranya adalah ketika sedang sakit gigi, gigitlah bunga cengkih, sekuntum saja sudah mencukupi.  Memang mujarab, kesakitannya mampu menghilang.  Namun kadar kesakitan tidak semestinya terus hilang sekiranya gigi dah memang perlu dicabut.  Terpulang kepada penerimaan masing-masing.

Sekian saja catatan untuk kali ini.



^-^
.

Wordless Wednesday #5: Cerita Bergambar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pada hari rabu tanpa kata biarkan foto berbicara bagi sebuah pencarian yang tidak penghujungnya






graf menurun






sila klik untuk sebahagian entry berkaitan muslimah solehah mujahidah


sebahagian daripada contoh nota impian hidup


Festival Bunga Kebangsaan Malaysia belum sampai lagi tetapi gambar di atas ada kaitan


sekian.

24 Januari 2012

Bukan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Bukan kerana terpaksa
Bukan kerana marah
Bukan kerana suka
Bukan kerana benci
Bukan kerana rindu
Bukan kerana dia
Bukan kerana hati
Bukan kerana awak
Bukan kerana aye
Bukan kerana sayang
Bukan kerana mereka

Bukan kerana semua itu
Tetapi kerana takdir
Terimalah seadanya
Kenanglah seketika ....

Bukan kerana apa-apa
Tetapi saatnya telah tiba
Catatan ini tercatat di sini ketika ini...

^-^
.

Cerita Dunia Merah




Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Cerita dunia merah! 

Begitulah tidak berapa lama dulu pernah juga Yangbaik terpaut dan terpikat dengan warna merah.  Sehinggakan blog juga bertemakan warna merah.  Agak menarik dengan warnanya yang terserlah dan membara sehingga berbara di mata dan berapi di jiwa.  Erk..

Namun minat itu tidak bertahan lama kerana jiwa Yangbaik tidak kepada merah, memang ada sedikit minat tetapi tidak menyeluruh.  Sesekali terasa macam terpengaruh dengan bakal blogger jutawan Redmummy.com.  Walaupun sebenarnya tidak sama sekali.

Sekian dulu cerita dunia merah yang sempat mewarnai dunia blog yangbaik.blogspot.com


23 Januari 2012

Tiga yang utama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Tiga perkara yang utama, terasa seperti ingin dibiarkan saja ungkapan itu kerana yangbaik tidaklah hebat dalam membuat huraian.  Sekiranya dibuat huraian bimbang disalah tafsir pula. 

Jadi, terima lah seadanya semoga memberi kefahaman dan pengertian buat semua.

Tiga amal yang lebih utama: sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang dijalan Allah.(HR Bukhari)






.

22 Januari 2012

Cerita hebat di Pagi Tahun Baru Cina

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




sumber gambar dari SINI yang diambil kira-kira setahun yang lepas, sempena Tahun Baru Cina

Yang sebenar-benarnya tiadalah kisah atau cerita hebat sangat yang nak diceritakan.  Manakah tidak puan blog nie dalam mood kedaung nak cari bahan cerita, memang kedaung sungguh.  Tetapi nak juga bercerita. 

Hajat hati jika ada kelapangan nak ambil gambar untuk masuk pertandingan foto anjuran Petronas sempena Tahun Baru Cina.  Yangbaiknya foto untuk penyertaan boleh termasuk juga yang diambil melalui handphone... walla Nokia N95 la jawabnye, Nokia C1 pun boleh jugak kan... InsyaAllah ... ada jalannya. eh... ada kaitan ke ayat nie...

Sekian dulu, nak cari idea jap.. petang ni baru boleh keluar jenjalan... balik kampung...


Naskah Cinta Puisi Rindu




Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,

melastik ke ombak rindu yang berlalu sayu

~~~~~~~~~~~~~

Naskah cinta berlagu rindu
Notanya padat umpama madu
Rindu membara membakar kalbu
Jiwa nan lara enggan berlalu


Rindu nan satu kian membara
Membakar kalbu jiwa terseksa
Naskah berdebu tanpa suara
Berlagu rindu diam bertapa

Seksa jiwa rindu di mana
Terseksa lara menanti berita
Biar berlalu diam menyapa
Naskah nan satu kian menjelma

Biar berdebu naskah membisu
Dalam diam naskah berlagu
Membisik kata rindu berlalu
Membara sukma menanti tamu

Tersingkap tabir naskah menjelma
Gelodak jiwa menanti waktu
Masa bertamu diam bertapa
Kelopak mata diam terpaku

Naskah rindu isinya dua
Walau dua hakikatnya satu
Namun jiwa rasa terseksa
Kerana hati kian membatu

Naskah rindu bak sutera
Bukan khayalan bukan mantera
Pusaka berzaman bukan berkala
Penyembuh luka jiwa yang lara

Damai jiwa terubat rindu
Naskah nan satu jadi penawar
Usah derita jiwa nan satu
Naskah ini membawa khabar

Selami ia walau sesaat
Mukjizatnya lebih bukan kepalang
Gelora di jiwa bisa terubat
Naskah rindu bukan sebarang

Naskah rindu jadi penawar
Di hujung kalimah usah tersasar
Walau seketika usah terbiar
Kerana rindu tidak berpagar

Mengapa derita jua sengsara
Menjadi sarat kian melarat
Hati nan suci kita berkarat
Ambil berkat walau sesaat

Naskah rindu buat pengubat
Usah hidup sesat melarat
Kembali bertamu bawa bertaubat
Bekal ke sana penuh berkat



^_^  nukilan peribadi:  yb19012012

21 Januari 2012

Akhlak yang baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


sekali lagi berkongsi catatan...




Sesuatu yang paling banyak memasukkan orang ke dalam surga adalah taqwa kepada Allah dan akhlaq yang baik.(HR Tirmidzi)




.

20 Januari 2012

Antara zalim dan kikir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

berkongsi lagi...


Waspadalah terhadap perbuatan kezaliman karena kezaliman adalah kegelapan di hari kiamat. Jauhilah kekikiran karena kekikiran telah membinasakan orang-orang sebelum kamu, mengantarkan mereka kepada pertumpahan darah di antara mereka dan menghalalkan segala cara.  (HR Muslim)

SELAMAT BERCUTI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Selamat bercuti panjang lagi... empat hari tu... Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa.  Bukan boleh selalu dapat peluang keemasan ini.  So dalam kesempatan bercuti tu ambil peluang dan gunakan peluang sebaik-baiknya. 


agak-agak la, cuti panjang ni nak pi makan angin kat mana dengan Lamborghini yer...


tak pun jalan-jalan sekitar kawasan rumah ... selain dari pi tengok rumah contoh di Puncak Iskandar (tak habis2 lagi... hehehe)


jalan-jalan juga, tapi ingat-ingat yer... kalau dah empat hari cuti... kerja pun tertangguh untuk 4 hari juga...

spoil jer kan... dok hepi-hepi tiba2 ingat kerja pulak...

...

agak-agak jugak la kan... 4 hari ni dapat tak nak update blog... nak buat auto publish pun jenoh gak nak perah otak....


Ducati di RHB Bank

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Sebelum berceloteh panjang, tentu ramai yang tidak percaya termasuk Yangbaik sendiri, bawa sekarang ni RHB bank menawarkan Ducati kepada pelanggannya.  Ada yang berminat?  Ducati memang motor yang hebat sehebat namanya dan tidak kurang hebat juga adalah RHB Bank.

(gambar hiasan, sumber yahoo.com)


Hendak bercerita penuh dalam Bahasa Malaysia, Yangbaik kurang bijak sebab Yangbaik sendiri pun copy jer ayat-ayat di bawah ni dari laman web RHB.  Tak salah kan... untuk tujuan promosi jugak...

Just get to the point, here the story behind the Ducati dan RHB:


gambar hiasan - Ducati Monster 795 (sumber:  yahoo.com)
1.  Race for a Ducati.  RHB are giving away 3 Ducati Monster 795, 7 consolation prizes and 10 weekly prizes for 8 weeks!


(gambar hiasan, contoh penggunaan Android)

2.  RHB Now Available on Android.  Banking right here, right now with our new Android App

3.  Zakat Payment Online Promotion.  From now until 21 January 2012

4.  RHB Now Exclusive Deals. Enjoy additional discount on selected deals @ GoodDeals2u.com

5.  Win the 24" Toshiba LCD TV.  Fast and convenient, there is no better way to transfer money than with Western Union® via RHB Now (Internet Banking only).

For more story behind... click HERE.

~~~
catatan suka-suka dari Yangbaik untuk nuffnang dan RHB Bank.

^_^

19 Januari 2012

Ungkapan Kaya dan Berjaya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Ungkapan "Aku Kaya dan Berjaya" sudah pasti biasa didengar sekiranya anda pernah mengikuti program Dr. Azizan Osman iaitu Program Hidup Luar Biasa.  Sudah semestinya semua orang mahu hidupnya kaya dan berjaya, terutama untuk kesejahteraan keluarga.

Kehadiran Yangbiak ke mini Seminar Hidup Luar Biasa pada tahun lepas sungguh memberi makna dan erti.  Walaupun tidak mengikuti program berkenaan sepenuhnya (kerana ada siri penuh yang lebih menggegarkan), kesannya kepada cara hidup dan cara berfikir cukup memberi erti yang amat luar biasa.  Sebelum ini, motivasi diri (jati diri) mengenai cabaran hidup bekerja agak rendah.  Tetapi setelah setengah hari mengikuti program Hidup Luar Biasa, secara tidak langsung kami di ajar untuk berfikir secara luar biasa tambahan dengan slogan "saya kaya dan berjaya" dan "awak kaya dan berjaya".

Seperti juga kata-kata Dr. Azizan Osman, tidak semestinya peserta Seminar Hidup Luar Biasa akan beralih arah ke bidang perniagaan sepenuhnya, tetapi berupaya mendidik diri untuk lebih maju dan berjaya dalam kerjaya sedia ada.  Sungguh! Yangbaik amat sayang dengan kerjaya sekarang dan jika diberi peluang "saya kaya dan berjaya!".

Secebis memori dan ingatan serta penguat semangat diri.


18 Januari 2012

Wordless Wednesday #4/2012 : Tiga beradik beraksi lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

'action' mereka lagi

Bersedia untuk apa saja


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Bersedia untuk apa saja
Sentiasa bersedia untuk menerima tanggungjawab
Bersedia untuk bertanggungjawab
Bersedia untuk memberi tanggungjawab
Bersedia untuk diri sendiri
Persiapkan diri untuk menerima tanggungjawab
Persiapkan diri untuk memberi tanggungjawab
Persiapkan diri untuk bertanggungjawab

Bersediakah anda???

^-^


Wordless Wednesday #3/2012 : Aksi 3 Beradik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Aksi 3 beradik di penghujung tahun 2011
(Irdina, Inas, Alif)


^_^


.

17 Januari 2012

Bual bicara jangan seenaknya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Orang yang paling aku (Rasulullah) benci dan yang paling jauh majelisnya dari aku pada hari kiamat adalah orang yang banyak omong, yang membual dan bicara seenaknya, serta yang menyombongkan diri (angkuh).  (HR Ahmad)

.

16 Januari 2012

Keliru dengan status

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Keliru dengan status diri sendiri atau dengan status blog.  Kekeliruan ini membuatkan kita sukar membuat pilihan dan paling menyakitkan apabilla kita tidak dapat menjelaskan dengan tepat apa status sebenar.

Namun begitu, sentiasa bersyukur dengan kemudahan yang ada disamping terus berusaha meningkatkan kemahiran dan keupayaan diri dalam membuat keputusan dan memberi penjelasan.

Ada nama besar yang memainkan peranan penting dalam membuat keputusan dan nama besar itu hanya ada dalam diri ...


 

Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.  (QS Ibrahim :7)


><

15 Januari 2012

Jalan-jalan terserempak Volkswagen Polo





Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Volkswagen Polo

Sebentar tadi, ketika dalam perjalanan pulang dari Seri Manjung ke Seri Iskandar Yangbaik terserempak dengan lori panjang mengandungi 3 unit kereta merah seperti di atas.  Ke manalah hendak dihantar Volkswagen Polo tu.  Tak sempat nak siasat sebab Yangbaik memang segera nak balik ke rumah.  Jika tidak kemungkinan besar misi menyiasat lokasi kereta itu ditempatkan akan dilaksanakan.

Seperti yang dimaklumkan di dalam laman web Nuffnang, terdapat beberapa siri Volkswagen untuk dipandu uji.  Dan jika tak silap tarikh pandu uji adalah pada 14/1/2012 di Car Park 2, Desa Park City.  Teringin juga nak pandu uji VW Polo, walaupun Yangbaik belum lagi mahir memandu tetapi partner Yangbaik pasti teruja jika dapat peluang pandu uji VW Polo kerana memang hobinya memandu. Walau apapun jika ada peluang untuk pandu uji di Ipoh atau Seri Manjung peluang itu pasti direbut segera.

Antara siri VW yang terbaru yang hebat-hebat adalah • Polo 1.2 TSI, • Golf 1.4 TSI, • Passat CC 2.0 TSI, • Jetta 1.4, • Passat 1.8 dan  • Polo GTI

Volkswagen Polo kereta yang hebat
Warna merah kelihatan menawan
Jika benar bagai dilihat
Sungguh hati ini sudah tertawan

.

14 Januari 2012

Saya Mahu Wang Kertas Malaysia Siri Baharu dari Eyriqazz.Com





Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Di atas adalah wang kertas Malaysia Siri Baharu yang baru saja dilancarkan oleh Bank Negara, bernilai RM300.00.  Gambar ini dicedok dari blog Eyriqazz.com

Syarat pertama: SIAP


Memang bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.  Maaflah kenyataan tadi tiada kaitan langsung dengan give away Eyriqazz.com, tetapi terbabas sekejap sebab tersentap sebentar tadi kerana telah 'dilanggar lari' oleh anak-anak yang meragam nak tidur tapi dok main mata pulak... Mana tidak tersentapnya, dah ditidurkan anak-anak, Yangbaik pun mula lah berlegar di alamanda alam maya lalu terlintas nak join give away ini... dan tiba-tiba pula si bolat tu meragam dah nak kena ulik semula... hilang idea jap... okey sambung semula.

Syarat kedua: SIAP

Buat masa ini entry terbaik di blog Yangbaik adalah "Jom Tengok Rumah di Puncak Iskandar".  Entri INI saya rasakan entri terbaik saya kerana ia ditulis dengan idea sendiri tanpa paksaan oleh mana-mana pihak.  Selain dari itu penulisannya bersahaja dan ramai juga yang singgah baca walaupun sekadar 'pembaca senyap' (tiada komen).  Tidak ketinggalan juga tujuan entry ini dikeluarkan merupakan satu memori yang indah kerana ia dibuat secara spontan.

Syarat ketiga:  oleh kerana TIDAK WAJIB, maka Yangbaik tidak buat... hehehe

Syarat keempat:
sila anggap telah dibuat setelah entry ini siap. 
: )

Syarat kelima:  oleh kerana entry ini dibuat sebelum 31 Januari 2012, maka ia juga telah SIAP.

Sekian, adanya.

Sungguh!  Yangbaik ketandusan idea kerana asyik berkejaran dengan anak-anak yang nak tidur tapi tak berapa lena. 

Tinggi sungguh Banjaran Titiwangsa
Tinggi lagi Gunung Kinabalu
Tinggi sungguh harapan hamba
Semoga tercapai hasrat di kalbu

Sungguh cantik rantai mutiara
Mutiara Sabah jadi taruhan
Sungguh cantik wang Malaysia
Wang kertas baharu menjadi impian

*.*

*

Kehidupan blog yang bosan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bosan dengan blog bila kehidupan di blog kelihatan membosankan.  Apa sebenarnya kehidupan seorang blogger dan bagaimana boleh dipanggil sebagai blogger?  Adakah kerana adanya blog maka seseorang itu layak dipanggil blogger.

Penulisan atau apa saja yang direkod di blog adalah atas minat dan kecenderungan blogger itu sendiri.  Namun akan jadi membosankan bilamana ditanya "apa yang menarik dengan blog awak?".  Bagi seorang blogger apa saja yang tercatit di blognya adalah menarik.  Jika ditanya apa yang menarik, memang sukar untuk diceritakan atau digambarkan. 

Untuk itu, jika nak tahu apa yang menarik atau tidak menarik di blog ini... berilah komen.  Andainya komen itu mampu dijadikan sandaran untuk menambahbaik lagi blog picisan ini.





.

Selalu berdoa | Mintalah yang baik-baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




berdoa juga baik untuk mengubat hati..


"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasannya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran"  (QS. Al Baqarah: 186)


.

13 Januari 2012

Bila kempen bertambah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Nampaknya kehangatan bara kempen semakin terasa.  Maklumlah dah agak lama dengan pilihan yang telah dibuat.  Namun dalam penantian menanti kempen baru, kempen lama sedia ada masih lagi belum berganjak.  Tiada tanda yang menunjukkan akan berlakunya penambahan bonus atau pendapatan.


Nama kempen yang tertera juga hampir sama walaupun pada blog yang berlainan.  Hakikatnya bimbang juga untuk mengeluarkan catatan berkaitan kempen nuffnang yang sedang berlangsung di blog Yangbaik.  Ini adalah kerana setiap kali senarai kempen dikeluarkan sejurus selepas itu kempen berkenaan akan terkeluar.  Hairan juga kerana tidak berlaku pertambahan kempen atau bonus.  Adakah kerana isi kandungan blog ini tidak berfaedah atau tidak mendatangkan keuntungan kepada Nuffnang. 

Walau apa pun yang berlaku kelansungan blog ini akan diteruskan dengan catatan terkini mengenai kehidupan suka duka pentas dunia.  Biarpun sesekali catatan di blog ini agak membosankan.

Terima kasih tidak terhingga kepada anda yang sudi lepak-lepak di blog ini.  Semoga ada sedikit menfaat buat anda.

.

Semangat masih belum bersedia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Masih belum bersedia
Bimbang belum bersedia
Bukan nak bercerita
Tetapi sekadar catatan

Perlu kumpul kekuatan
Bukan kerana tidak kuat
Cuma semangat belum bersedia
Perlu kumpul kekuatan semangat dan minda
Mind Power!

Spirit power too

???

Carian