Pengikut Setia

26 Januari 2012

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.  Banyak kemahuan banyaklah jalannya.  Ada ketikanya kemahuan yang terlalu meluap-luap hingga menyekat semua laluan dan jalan yang ada juga seakan tertutup.  Keadaannya ini terjadi kerana tertutupnya pintu hati menuju ke jalan yang bertepatan.

Kemahuan manusia memang tidak terbatas, ada kemahuan untuk kebaikan seperti membantu orang susah atau miskin.  Sebaliknya kemahuan yang 'jahat' seperti hendak memusnahkan orang.  Kemahuan individu memang berbeza begitu juga dengan cara pemikiran untuk mencapai kemahuan juga berbeza.

Kemahuan hendak hidup bermewah-mewah terhasil kerana kesempitan hidup yang sedang dihadapi dan dalam masa yang sama disogokkan dengan drama kisah hidup orang berada.  Bagaimana jalannya?  Ada yang memilih jalan singkat dengan merompak, mencuri, mencopek, menipu dan menerima rasuah.  Banyak punca menjadikan kemahuan sebagai alasan untuk melakukan aktiviti yang salah.

Ada juga yang tidak pandai menggunakan kemudahan yang diberikan.  Antaranya bantuan BR1M kepada pelajar IPT sebanyak RM200.00 seorang.  Bagaimana boleh terfikir untuk menjual 'kemudahan' yang diberikan dengan harga yang murah.  Tidakkah ini bererti maruah diri pelajar juga rendah. 

Semua ini atas pendirian dan kefahaman individu mengenai masa depan hidupnya dan peluang yang diberikan.  Sukar untuk mengatakan 'terpulang' kepada individu untuk membuat pilihan kerana pendidikan dan pengajaran harus diberikan kepada individu yang hendak membuat pilihan.  Pilihan hidup seakan semakin sukar kerana kos sara hidup yang semakin tinggi.

Ape?  Entah!


^_^


.


1 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian