Cakap banyak atau banyak cakap kadang-kadang boleh membuatkan orang tidak suka. Tambahan bila berhadapan dengan orang yang tak banyak cakap atau orang sombong. Bercakap tentang itu, boleh lah nak dikatakan bahawa orang yang tak banyak cakap itu tidak semestinya sombong dan sebaliknya. Orang yang tak banyak cakap kerana dia tiada idea nak cakap atau memang dia tak pandai bercakap. Kalau istilah sekarang tak boleh pula disamakan dengan 'communication error'.
Seringkali bila banyak sangat cakap boleh membawa kepada kesilapan dan boleh mendatangkan keburukan. Contohlah, jika kanak-kanak memang suka banyak cakap, bila dah cakap banyak tiba-tiba lari tajuk pula sebab dah terlebih cakap mungkin tidak akan mendatangkan kesan yang buruk. Tetapi bila orang dewasa yang cakap banyak kemudian tersalah cakap boleh merosakkan sesebuah hubungan dan mungkin juga boleh mendatangkan salah sangka atau keburukan kepada dirinya sendiri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya. Barangsiapa yang banyak salahnya, maka sedikitlah rasa malunya. Barangsiapa yang sedikit malunya, maka sedikit pula sikap wara'nya. Dan barangsiapa sedikit sikap wara'nya, maka matilah hatinya. (Umar Al Khatab)
*~~~~~~~~~~~~~~~~*
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.