Hari ini 30 Disember 2012 bersamaan 4 Safar 1433, hari Jumaat terakhir dalam minggu terakhir untuk tahun 2011. Selang beberapa hari lagi Insya-Allah dimurahkan rezeki dan diizinkan kita akan melangkah ke tahun 2012 bermula dengan hari Ahad.
Masih belum terlewat untuk perbaiki kesilapan dan kesalahan. Langkah pertama yang diambil akan memberi seribu erti kepada langkah-langkah seterusnya.
“Apabila datang hari Jumaat, maka setiap pintu masjid ada Malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutannya. Apabila imam telah duduk (di atas mimbar), para Malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengarkan zikir (khutbah). Perumpamaan orang yang hadir ke masjid lebih awal adalah bagaikan orang yang menyembelih hadyi (korban) seekor unta, kemudian seperti menyembelih seekor sapi, kemudian seperti menyembelih seekor kambing, kemudian seperti menyembelih seekor ayam, kemudian seperti orang yang memberikan sedekah sebiji telur”. (HR Muslim)
- sekian -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.