Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Cara mengatasi perasaan yang lemau dan galau
Semoga hari ini dan hari esok adalah hari yang terbaik dan penuh dengan kebahagiaan. Kita sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam setiap langkah hidup kita. Namun segala halangan atau rintangan yang terjadi janganlah dianggap sebagai penghalang untuk kita hidup bahagia. 😊
Hari ini, tiba-tiba saja rasa down sangat-sangat. Akak sedang cari punca satu persatu... tetapi tidak ketemu jawapan yang pasti. Adakah kerana pagi tadi tak dapat sarapan tosei dan teh tarik? Tak kan lah kan... apa-apa pun yang kita makan asal ianya halal itu sudah cukup baik. Esok masih ada untuk dapatkan tosei idaman... In shaa Allah.
Okey, selesai satu perkara. Punca makan ke punca apa nih. Tetapi selepas saja menulis punca pertama tadi... perasaan lemau itu mula menghilang... Yes! dah dapat satu punca.
"Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya"
(Surah Al Mu'min, ayat 44)
Seterusnya, tengahari tadi... buka email. Dapat makluman dari affiliate, permohonan akak untuk renew tak diluluskan. Antara sebab yang diberi adalah kerana niche blog akak tidak sama dengan niche affiliate tu... penyedia perkhidmatan penginapan. Betul lah tu, blog akak ni mana ada buat cerita pasal pelancongan atau penginapan. Memang tak pernah pun, sebab akak tak sempat melancong jauh-jauh. Tambahan pula bila anak-anak masih kecil. Huish... alasan tak masuk akal langsung.
Dalam usia macam ni, nak handle anak-anak yang sedang membesar memang meletihkan. Pagi kita tegur, mereka okey kejap, petang satgi buat hal semula. Adeh, memang lah tak sempat nak fikir melancong ke mana-mana. Paling jauh pun melancong balik ke kampung... lebih kurang 1 jam perjalanan.
Dan, nak dipendekkan cerita, mood lemau ni tak usah dilayan sangat. Serahkan segala urusan itu kepada Allah. Kita laksanakan yang terbaik dan sehabis baik. Selebihnya tawakkal dan berdoa agar setiap urusan itu adalah pada landasan yang betul.
Itulah antara cara mengatasi perasaan yang lemau dan galau. Tulis saja apa yang rasa seperti tidak lengkap. Tetapi jangan sampai memburukkan orang lain. Kerana apa yang berlaku itu ada hikmahnya yang tersendiri. Kita gunakan akal untuk mentafsirkan dengan cara yang terbaik.
Akhir kata, terima kasih atas kesudian membaca entri ini,
Cara mengatasi perasaan yang lemau dan galau.
💖💖💖