Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label tudung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tudung. Papar semua catatan

17 Jun 2014

Jahit tudung sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Jahit tudung sendiri

Gambar ini telah dimuat-turun ke akaun facebook.

Hari minggu lepas tercapai hasrat di hati yang terpendam sekian lama.  
Hasrat untuk memilik tudung hitam... Rasanya tiada dalam koleksi sendiri... yang ada dulu telahpun dihadiahkan kepada orang lain atas sebab-sebab tertentu.
Dan... kini teringin memiliki tudung hitam dan hasil dari tangan sendiri.

Bukan tidak boleh beli yang sudah siap atau jahit dengan mesin (masih guna tangan jugak kan?)  Tetapi disebabkan mesin sudah uzur dan mengambil masa untuk dibaik-pulih, maka jahit sendiri adalah lebih afdal dan jalan yang terbaik ... buat masa ini.

Kain berkenaan adalah kain hitam dari jenis apa .... maaf saya kurang arif sangat dengan nama kain.  Jenis kain yang saya tahu kain cotton, lycra, satin, sutera dan kain batik (hehehehe).


Keronsang kecil menghiasi tudung polos hitam bagi
menambahkan sedikit kelainan dan tambah seri

Pengalaman menjahit tudung sendiri ini saya perolehi ketika bertugas sebagai guru tadika Islam di Ipoh selepas tamat SPM.  Sekarang skill  (kemahiran) itu sedikit pudar tetapi ditambahbaik dengan pembacaan dan pengalaman sendiri.

Hasrat untuk memliliki tudung hitam ini suatu ketika dulu pernah timbul tetapi pudar kerana teguran oleh pekerja kedai tudung.  Katanya saya tidak sesuai pakai tudung hitam... nampak gelap dan sebagainya.

Setelah sekian lama... baru-baru ini timbul semula hasrat itu.  Dan kini hasrat telah tercapai.

Inshaa Allah akan berkongsi cara menjahit tudung sendiri sekiranya ada kelapangan serta ada yang berminat untuk mengetahuinya.

Hitam lah hitam  sitampuk manggis
Sungguhpun hitam dipandang manis

23 Februari 2014

Segmen Saya Nak Tudung Syria Superb

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari minggu yang santai... sementara menunggu idea datang mencurah-curah apa kata layan dulu segmen tudung Syria yang dianjurkan oleh Nabila Biela.

Superb!!!

Nak menyertai senang sangat... klik bada banner di bawah. 


!Assalamualaikum!





segmen ni berlangsung selama 3 hari sahaja...dan pada hari Selasa ni akan diumumkan pemenang, tolong promote abis-abisan untuk menang 2 helai tudung excusive ini!!





suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com


$$$

24 Februari 2012

10 persoalan berkaitan tudung dan legging

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,





1.  Baru belajar nak pakai tudung, senget sikit nampak jambul boleh tak?

2.  Pakai tudung kepala kena pakai jubah juga ker?

3.  Pakai tudung hanya di kepala jer, kalau pakai kain singkat atau seluar ketat tak boleh ker?

4.  Mengapa mesti pakai tudung kalau hati dah baik?  Kan orang baik masuk syurga.

5.  Awak pakai tudung tu kira baik sangat ker,  kalau dok ngumpat sana sini.

6.  Eh!  Saya tak kacau awak kenapa nak tegur saya pulak... ikut suka hati saya lah.

7.  Ada ker saya pernah suruh awak pakai tudung kepala? tak pernah kan, so jangan nak suruh saya pula... buat macam-macam.

8.  Saya dah pakai tudung kepala, pakai seluar panjang (ketat) baju pun dah besar (jarang), salah lagi ker?

9.  Sudah-sudah lah kutuk orang tak pakai tudung ni.

10.  Say tak heran pun awak pakai tudung macam tu, kenapa awak nak heran dengan saya yang pakai tudung macam ni.

(^-^)

Carian