aqua diamond - corak hiasan |
Pengalaman bukan pertama kali sebenarnya menjadi penyambut tetamu. Bahkan dah banyak kali. Hanya yang berbeza adalah kali ini majlis agar besar dan berprestij dan berskala besar. Gah sangat bunyi nye kan.
Pengalaman menjadi penyambut tetamu kadang-kadang sebagai bidang terjun kerana di ambil secara tangkap muat dan mana sempat saja. Pernah juga menjadi penyambut tetamu tetapi untuk majlis yang biasa-biasa sahaja, tetapi tetap juga gementar dan suspen semacam.
Cuma tidak pernah dan tiada pengalaman menjadi penyambut tetamu di hotel.
Walau apa pun pengalaman dan majlis yang dimaksudkan tiada kaitan dengan corak di atas. Gambar corak di atas adalah sekadar hiasan.
Nak cerita lebih tunggu selepas majlis berlangsung itupun kalau sempat nak bercerita.
Tetapi kalau rasa macam tak nak bercerita tak payah lah... nanti menyusahkan saja pembaca nak meneka kan?
Okey lah... sekian dulu pemilik baju ini dalam proses nak membiasakan diri dengan tidur lewat semula.
Tiba-tiba mood tersentap sekejap... ada-ada ajelah
suka duka pentas dunia |
Assalamualaikum kak, sheila cuma pernah jadi relief staf dekat reseption office je. hehe tapi leceh kak, tak kena jiwa. nak angkat call, pastu kadang2 tak faham customer cakap apa. laju bebenor. hihi
BalasPadampernah juga jadi penyambut tetamu (usherettes) since sekolah lagi. seronok jugaklah, cuma penat berdiri n kena sentiasa senyum
BalasPadampenyambut tetamu kena sentiasa senyum walaupun dah perlu sangat ketandas...heee
BalasPadammoga dipermudahkan urusan nanti.