Pengikut Setia

08 Mac 2013

T-Shirt Putih Oleh-oleh dari Singapura

As salam,

Tshirt Putih dari Singapura pemberian Denaihati
 Terima kasih tidak terhingga kepada  Denaihati atas pemberian yang sungguh bermakna ini.  Semoga dimurahkan rezeki dan dapatlah teman facebook atau rakan blogger merasa.

 
Asal usul boleh dapat baju ini adalah bermula dengan kunjungan bro Denaihati ke Singapura bersama Ustaz Azhar Idrus.  Sebagai penghargaan kepada rakan facebook yang bertuah, maka dipendekkan cerita (malas nak tulis panjang-panjang) ... aye antara tiga yang bertuah.  Alhamdulillah, syukur!!
 
 
Setelah dibentangkan ini lah rupa bajunya. Saiz L. Tambah lagi satu koleksi t-shirt luar negara. Walau bagaimanapun model yang memakainya tak sudi bergambar dengan bajunya... segan... tak per lah dapat tangkap gambar baju pun dah cukup. Putih bersih.
 
Baju ini sampainya petang semalam (7/3/2013, Khamis).  Terus buka tangkap gambar baju.  Baju ini nampaknya amat sesuai sangat dengan encik suami.  Nampak segak dan bergaya sangat. 
 
Tiba-tiba si anak bersuara.. "Ayah! ustazah kata tak boleh pakai ketat-ketat nanti nampak aurat".  Terkedu sekejap... ayah dengan selamba menjawab "Baju ni nampak elok jer tak ketat pun".  Semua diam seketika... hilang suara atau hilang idea atau malas nak bersoal jawab lagi...
 
 
 Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa. 
 
(*-*)
 

1 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian