Seluar batik
Seluar batik. Sudah hampir 2 tahun rasanya kain batik ini berada dalam simpanan. Tidak ingat pula sama ada kain ini diberi oleh arwah ibu atau dibeli. Dua helai dengan corak yang sama tetapi warna yang sedikit berlainan.
Setelah siap dijahit barulah encik suami mengakui bahawa sudah lama sebenarnya dia idamkan hendak memakai seluar batik.
Eh eh... teringin sangat pulak... kalau macam tu kenapa tak cakap awal-awal semasa dapat kain batik ni. Tetapi elok juga lambat siap lambat rosak... kan? Korang jangan nak tambah apa-apa lagi... banyak sangat maksud tersirat bila seluar ni dah siap... biar saya simpan dalam kotak ingatan sehingga luput atau kalau tak boleh luput saya akan pastikan ia akan pudar... hehehehe
Seluar pelikat
Seluar Pelikat |
Walaupun berkali-kali entri dengan tajuk yang hampir sama saya tidak jemu untuk bercerita. Kerana pengisiannya pasti berbeza. Pada anteri seluar batik yang terdahulu ia dibuat untuk anak-anak tetapi untuk entri kali ini... seluar batik ini dibuat untuk ayah dan lebihan kain dibuat untuk anaknya pula.
Puas hati kerana dapat berbakti kepada encik suami dan anak-anak. Apatah lagi apabila karya ini mendapat pujian san sanjungan daripada encik suami... senyum jangan marah ahhh.
p/s: Seluar batik pakai di hari raya pun okey jugak kan? :P
Pandai YB buat sendiri, mudah dan jimat. Kalau beli ni...mahal juga tuuu! Berkenan pula tengok seluar batik tu, mungkin kerana corak dan warnanya yang sangat sesuai utk dijadikan seluar. Satu kelainan dan unik kalau dipakai dihari Raya!
BalasPadamBoleh lah untuk pakai sendiri... kalau beli duit jugak kan... so kena pandai meniru untuk hidup kan?
Padambuat sendiri?... tutorial lah sikittt
BalasPadamokey... nanti saya carikan masa yang sesuai untuk buat tutorial pulak. terima kasih ye :D
Padam