Pengikut Setia

30 Jun 2012

Catatan terakhir Jun buat pengikut

As salam,


Catatan terakhir untuk bulan Jun ini ditujukan khusus buat saudara Manan Qayyim.




Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat maya @yangbaik juga memberi komen.  Biarpun sepatah kata amat bermakna sekali.

Untuk lihat apa yang menarik di blog Manan Qayyim, jom klik sini http://www.mananqayyim.com/

p/s:  Manan Qayyim merupakan sahabat maya @yangbaik ke 452.  Kepada sahabat yang lain terima kasih kerana sudi bersahabat, @yangbaik tidak sempat tribute catatan buat kalian.  Insya di lain peluang akan keluar juga di blog yang tidak seberapa ini.  Terima kasih atas sokongan kalian.

Pagi Sabtu Terakhir di Bulan Jun

As salam,


gambar lama ... sekadar hiasan


Satu pagi yang indah dan damai, selesai menguruskan rumahtangga terlintas di hati hendak bersarapan di luar.  Maka bersiaplah seluruh ahli keluarga untuk keluar dengan segala jenis macam persiapan seperti botol susu, air masak, sapu tangan termasuk beg ben-10 diisi dengan kertas dan warna pensil 24 batang (macam nak jalan jauh jer) dan tidak lupa juga 'Big Green Bag', hari ini hari Sabtu.

Hasrat hati nak bersarapan di Warung Lesung Batu, disitu terdapat menu yang menarik kesukaan kami sekeluarga antaranya lontong, soto, nasi dagang sesekali ada nasi kerabu dan banyak lagi.  Sayangnya hari ini warung itu 'tertutup' pula.  Memang dah agak kerana kebiasaannya hari Sabtu warung itu ditutup tetapi pernah juga terjumpa warung itu dibuka.  Tak mengapa masih banyak tempat makan di Seri Iskandar.

Lalu bergerak pula kami ke Cafe Jhintan Manis.  Pernah singgah di situ sekali pada waktu petang.  Menunya menarik ada campuran barat dan tempatan dan yang paling menarik ada menu ubi kayu rebus... sukanya.  Namun agak mengecewakan kerana cafe itu juga ditutup.  Kenapa yer?

Agaknya pagi tadi masa keluar rumah semua orang mula dengan langkah kiri.  Huhuhu... bukan salah mereka ....banyak lagi tempat makan.

Seperti biasanya destinasi terakhir adalah Restoren D'mawi.  Menu biasa-biasa lontong, nasi impit, kuew teow goreng dan nasi lemak.  Boleh lah...

Selesai menjamu selera.... ayuh kita shopping!!!!!
Barang dapur jer.... itupun dah mencecah seratus lebih... belum penuh troli lagi, kalau penuh... mahu tiga ratus kot...

habis shopping.... balik lerrrr.

29 Jun 2012

Kenali warna diri

As salam,


Hampir seminggu lepas mengikuti kursus di UiTM Shah Alam.  Kursus yang penuh dengan pengetahuan dan pengalaman baru. 

Lalu di sini izinkan yangbaik berkongsi sedikit pengetahuan yang diperolehi.  Mungkin sudah ramai yang mengetahuinya, namun apa salahnya kita hayati semula. ;-)



Merah
Berani, agresif, tegas, cepat hilang sabar, suka menarik perhatian, sinis, perancang, "hamba abdi" kepada kerja, "saya", takutkan kegagalan.

Hitam
Ikut peraturan, skema, cerewer, mematuhi peraturan, terlalu teliti, SOP, Prosedur, Pekeliling

Putih
Kemas, pembersih, penyudah kerja, tabah, sabar

Kuning
Ceria, bersifat was-was, sentiasa bersangka baik, banyak bertanya, lambat buat keputusan

Hijau
Tenang, suka kerja bersendirian, tidak banyak kerenah, pendiam, "low profile", memendam perasaan

Biru
Romantik, pengasih, dedikasi, mudah mesra & mementingkan persahabatan, orang lain akan ambil kesempatan


~~~~~~~~~~

Jika tidak semua, salah satu daripada warna berkenaan pasti ada dalam diri .

warna yangbaik?   semua ada... hahahah

Ada apa dengan pilihan

As salam,



Sungguh benar rasa sedih dan terharu
Bukan kerana tiada pilihan
tetapi kerana pilihan yang ada membuatkan 'dia' keliru
keliru antara jalan yang dihadapan, kiri atau kanan

Wahai!
Tiada apa yang dapat dikatakan lagi
bila kerisauan itu menjadi nyata
biarpun orang berkata pilihan di tangan kita
namun mengapa mesti kita tersalah buat pilihan
adakah kerana banyak pilihan
atau kerana sukar membuat pilihan
lalu jalan yang gelap itu dipilih?

Aduhai!
Jalan gelap itu biarpun telah terpilih
Ia bisa diselusuri
biarpun dengan merangkak atau berjengket
kerana pasti di hujung jalan sana akan terjumpa sinar cahaya
namun bagaimana pula jika tersesat di jalan yang lurus?

Itu semua suratan
ada hikmah tersembunyi
biarpun terpalit seribu calar hitam
bersihkan ia dengan nur keinsafan
biarkan ia berlalu dan pergi
usah diulang sejarah silam
bangkit semula bersihkan nama

~~~~~~~~~~~~~~~~

entah mengapa hari ini tiba-tiba @yangbaik terasa begini sekali
sungguh sukar diungkapkan dengan erti yang sebenar
hanya monolog ini mampu berbicara
entah bila akan diingat semula peristiwa hari ini...

26 Jun 2012

Entah apa lah perasaannya

As salam,



Entah lah... tak pasti dari mana nak dimulakan
Adakah bermula dengan rasa gembira atau teruja
pertengahannya ada rasa geram, risau, nak marah, hairan, pelik atau bimbang
adakah ianya harus atau akan berakhir dengan rasa sedih atau kecewa

Walau apa pun situasi yang dihadapi
seharus kita bersedia dengan setiap kemungkinan
dan yang paling pasti reda dan pasrah dengan seadanya
dan menerima apa yang berlaku itu dengan berlapang dada dan hati yang terbuka

Setiap kejadian ada hikmahnya yang tersembunyi.

.....


25 Jun 2012

Saling mengingat

As salam


Umar bin Abdul Aziz biasa berkumpul bersama orang-orang fakir setiap malamnya. Mereka duduk bersama-sama saling mengingatkan tentang kematian, hari kiamat dan kehidupan akhirat. Mereka pun menangis di majelis tersebut seolah-olah jenazah ada di hadapan mereka saat itu.

('Atha)
 
 
gambar hiasan, sumber:  mppkuim (terima kasih)

24 Jun 2012

Siapalah kita

As salam


Siapalah kita
Bukan gagak di rimba mahupun merak di kayangan
Bukan juga pungguk yang merindukan bulan purnama
dan bukan juga sang rajuna tapa (erk!!!)

Kita sering berhadapan dengan bermacam-macam situasi
Dalam kita sedang berhadapan dengan situasi yang 'ok'
tiba-tiba datang gangguan
yang merobek emosi dan minda
lantas kita termelatah

Kita adalah manusia biasa
yang tak bisa menguasai orang lain mahupun diri kita sendiri
bila mana kita tidak bersedia untuk berhadapan dengan cabaran

Menurut pengamal NLP
kita mampu mengawal diri kita untuk menjadi insan yang baik
dan ... kita juga berupaya mengawal emosi insan disekeliling kita
andai kata kita ikhlas dalam perbuatan kita
dan... semua yang berlaku adalah dengan izinNya

23 Jun 2012

Menulis bila perlu?

As salam,




Pernah suatu hari seorang sahabat bertanya, apa hobi?  Jenuh juga berfikir apa hobi... ehhhh macam tak de hobi pulak.  Fikir punya fikir.. tidaklah lama sangat, dengan spontan yangbaik jawab hobi aye menulis.  Waaa... macam gah jer, awak tulis apa?  Saya tulis apa yang saya suka dan apa yang terlintas di minda.

Yangbaik tak punya ceritakan bahawa yangbaik ada blog.  Segan la pulak, nak perkenal blog yang tak seberapa nih.  Walau apa pun yangbaik tetap berbangga dengan blog ini kerana ia memberi peluang dan ruang kepada yangbaik untuk meluahkan apa yang terbuku di hati juga kisah suka duka insan sekeliling yangbaik. 

Maaflah bukan niat yangbaik nak jadikan sahabat yangbaik sebagai subjek untuk menulis.  Yangbaik hanya menulis bila perlu sahaja dan kebiasaanya tidaklah ditujukan terus kepada sesiapa yang berkenaan.  Kalau ada yang terkena tu secara kebetulan sahaja. 

Sekian.

Bukan kerana kempunan atau mengidam

As salam,



Dalam kesibukan...eh silap pada hujung minggu ni mana ada sibuk.  Kecuali sibuk dengan keluarga je.  Oleh kerana hari ini kerja lebih masa yang tak berapa nak rela, maka bila ada peluang balik awal sikit. 

Pada awalnya bila balik awal boleh le merayau-rayau dengan anak-anak kat TESCO ke ataupun di AEON.  Tetapi hasrat tak kesampaian kerana dah keletihan makanya makan dan tidur ajerlah.

Esok, ada peluang boleh le ambil alih angan-angan hari ni punya kan?

Petang-petang macam ni dapat makan eskrim mat kool bagus juga.  Maka jomlah kita ke kedai depan rumah sana... cari apa yang patut.

Tiada yang mustahil

As salam


Banyak perkara dan kejadian yang ada pada pandangan kita adalah mustahil akan berlaku.  Tetapi dalam masa yang sama kita harus bersedia dan menerima hakikat bahawa itu semua akan berlaku.  Andainya ia membawa kebaikan, kita pasti terima dengan hati yang terbuka.  Sebaliknya jika kejadian itu mendatangkan musibah atau keburukan sudah pasti kita tidak sanggup menghadapinya.

Baru-baru ini seorang sahabat yangbaik mengadu, bibiknya ada facebook.  Haaa... macam tak percaya kan?  Dalam kesibukan menjaga anak-anak dan membuat kerja rumah sempat lagi bibiknya berfacebook.  Siapa sangka. 

Katanya lagi dia terjumpa beberapa keping gambar anak-anaknya dalam FB bibiknya.  Tapi dah agak lama juga tak update.  Mungkin sibuk sangat kot. 

Apa akan jadi andainya habis semua rahsia rumah tangganya jadi bahan bualan.  Macam artis pule....

Siapa nak baca?

As salam



Siapa nak baca?
Pada kebiasaannya orang nak baca bahan yang ada kualiti
Bukan sahaja dari segi bentuk tulisan tetapi juga bahan tulisan

Andai kata blog ini tiada pembaca...
Tidak perlu dikesalkan


....

22 Jun 2012

Bukan hampas kelapa

As salam


Entah mengapa tanpa disedari... tiba-tiba jer mood kedaung pulak.  Minggu lepas kemain lain banyak nyer nak buat kijer.

Hari ni... tiba-tiba jadi tersentap.

18 Jun 2012

Dunia dalam hati

As salam




Islam sama sekali tidak melarang pemeluknya untuk memiliki dunia dan segala isinya. Akan tetapi, waspadalah! Jangan sampai dunia masuk ke dalam hatimu. Karena sesungguhnya, apabila dunia berada di tanganmu, maka Andalah yang menguasainya dan Anda akan menggunakannya sekehendakmu. Akan tetapi, apabila dunia telah masuk ke dalam hatimu, maka dialah yang menguasai Anda dan Anda yang akan menjadi budaknya. Dia akan mempekerjakan Anda sekehendaknya.

(Seorang ahli hikmah)

17 Jun 2012

Panas, Kebakaran Hutan dan Jerebu

As salam


Sekarang memang musim panas.  Dan, dimana-mana akan kelihatan kesan kebakaran kecil terutama di sekitar kawasan semak di tepi jalan raya.

Tetapi yang agak menghairankan ada juga pihak yang sanggup membakar rumput di padang permainan kanak-kanak.  Mungkin untuk memudahkan urusan dan tak perlu di mesin rumput atau lalang yang tumbuh. Kesannya... kelak pakaian anak-anak kita yang bermain di padang akan penuh dengan kesan arang hitam dan debu.  Satu kerja lagi pulak nak menyental baju kotor.

Kemungkinan juga dalam keadaan panas dan kering ini ada orang sanggup mengambil kesempatan untuk membakar semak samun yang tumbuh meliar di sekitar kawasan parit.  Atau secara kebetulan? 



entah tak taulah apa sebabnya tak dapat nak upload gambar asap berhampiran parit besar...
 

dan... masih juga tak dapat siarkan gambar ini...

...asap yang berkepul keluar dari pucuk pepohon getah....


Sebenarnya jerebu yang berlaku bukan sahaja sekitar kawasan Seri Iskandar tetapi juga hingga ke pekan Beruas.   Sepanjang jalan yang ditempuhi memang kelihatan kabur sahaja pemandangan tetapi tidak sekabur pemandangan di Kuala Lumpur seperti yang disiarkan di kaca TV.

Sekian

Tercapai sudah hasrat

As salam


Setelah sekian lama memendam rasa, menyimpan hasrat nak makan yang macam-macam.  Maklumlah orang hamil memang macam ni kot.  Cuma minta dijauhkan daripada mengidam benda yang bukan-bukan dan susah nak dapat.

Baru-baru ini (petang tadi sebenarnya), berjaya juga menjejakkan kaki ke Restoran Salim Kari Kepala Ikan di Siputeh.  Bukan makan kari kepala ikan dan bukan jejakkan kaki ke dalam restoren pun.  Tunggu di dalam kereta jer. 

Nak masuk dalam restoren... maaf cakaplah bukan semua restoren patuh kepada larangan merokok malahan siap diletakkan 'astray' lagi atas meja seolah menggalakkan pengunjung merokok.  Nak salahkan siapa?  Tak perlu lah bertekak di sini kita ambil jalan tengah biar hubby jer yang order kita tunggu dalam kereta, balik di rumah lagi selesa.

Lari topik sekejap, sebenarnya yangbaik dah agak lama tak makan roti nan tandoori.  Jadi bila dah dapat peluang gunakan sepenuhnya. 

sebahagian roti nan yang masih tinggal berserta sambal hijau.  Jika masih ada peluang boleh sambung lagi sikit malam ni.


dan... inila rupa ayam tandoori yang tak berapa nak ada rupa sebab sebahagiannya telahpun dimakan.

Yangbaik hanya makan roti nan bersama sambal hijau (yang sungguh sedap) dan ayam tandoori sahaja. Kuah lain seperti dal dan kari tak berapa nak berkenan pulak.

Tercapai sudah hasrat hati....syukur Alhamdulillah.

Isra' Mikraj dan Hari Bapa

As salam


Selamat menyambut Isra' Mikraj.  Hari ini 27 Rejab 1433 Hijrah bersamaan 17 Jun 2012.  27 Rejab adalah hari Isra' Mikraj. 

Dan, berkebetulan pula hari ini adalah 17 Jun merupakan hari bapa.  Selamat Hari Bapa. 

Cuma tidak kelihatan atau yangbaik tidak perasan, tidak kelihatan pula promo mengenai hari Isra'Mikraj di kaca TV yang ada hanyalah promo Hari Bapa.

.

Jerebu di mana-mana

As salam


Al kisah mengenai jerebu ni bukan sahaja baru berlaku tetapi sudah lama dan ianya berulang kembali.  Dan kisah jerebu ini bukan sahaja berada di sekitar Kuala Lumpur atau Pulau Pinang atau Ipoh malahan di Seri Iskandar juga.

Sejak lebih sebulan lalu, terdapat pembakaran sisa pokok hutan yang dilakukan secara terbuka.  Tetapi kesannya lebih ketara dalam seminggu dua ini kerana telah banyak asap pembakaran yang terkepung di atmosfera Seri Iskandar. 

Ada cerita mengatakan hutan dibelakang kawasan perumahan SIDEC diterangkan untuk penanaman semula kelapa sawit.  Ada pula mitos menyatakan kawasan berkenaan bakal dimajukan untuk sesuatu projek besar.  Entahlah mana satu, tetapi yang pastinya kesan daripada penebangan hutan dan diikuti dengan pembakaran secara terbuka telah memenuhkan klinik-klinik di Seri Iskandar dengan pesakit batuk dan selsema juga mengakibatkan ubat-ubatan berkaitan selsema dan batuk di farmasi juga semakin berkurangan.

Saban hari akan kelihatan kepulan asap keluar dari kawasan pembakaran berkenaan dan mengakibatkan langit yang biru semakin perang dan matahari juga semakin sakit (tiada lagi cahaya oren tetapi yang ada hanyalah cahaya keperangan).  Sudah semakin tenat nampaknya.

Simpati juga kepada pelajar sekolah rendah berhampiran kerana kebakaran itu sepertinya berlaku juga berhampiran kawasan sekolah.  Kesan kebakaran kecil juga kelihatan di sana sini.

Adalah menjadi harapan pihak Jabatan Alam Sekitar dapat melakukan sesuatu dalam kes ini.

Sekian.

16 Jun 2012

Madu tidak semestinya manis

As salam


Sekali lagi nak berkongsi cerita dan pengalaman.  Yangbaik ni... hari memang dah kemaruk menulis maklumlah dah lama tak menulis... jadi tiab-tiba ideanya datang mencurah-curah pulak.


Beginilah, kita biasa diajukan dengan situasi bahawa yang ada madu itu manis.  Eh, tak semua yer.  Tak per.

Ceritanya macam ni, sekarang ni memang musim mengidam makan nangka kot.  Asal jumpa jer nangka mesti beli tambahan kalau nangka madu.  Tadi yangbaik terserempak dengan nangka madu... belilah.

Balik rumah, terus basuh.  Ingat nak makan dalam kereta... tapi tak basuh lagi... kot2 tercemar pulak.  Sabar jerlah... Lepas basuh terus makan.... Eh.... nangka madu tapi rasanya tawar pulak berbanding nangka biasa yang lebih manis...

Macam mana tu...?  tak per asal dapat makan nangka jadilah... bila dah bersalin kelak kan ke lama tak boleh makan nangka, so sementara boleh makan ni makan jer.  Bila masa nak minum air gula kelak... berhenti dulu makan manis... hikhikhik

Sudah maju jangan sombong

As salam


Sesaja nak bercerita dan nak bertanya sikit, pernah anda berjumpa dengan seseorang yang dahulunya dia adalah biasa-biasa saja tetapi sekarang ni dia sudah berjaya dan perniagaannya kelihatan maju.  Dahulunya dia masih mampu senyum pada kita dan mampu bertegur dengan kita walaupun kelihatannya sibuk.  Tetapi kini, setelah beberapa lama perniagaannya dah semakin maju... nak senyum pun dah tak mampu... mungkin juga keletihan... ataupun dia tak kenal kita.

Tetapi... yelah kalau kita tak kenalkan diri kita mana dia nak kenal...

Saja bagi panas sikit...

Sekian.

EURO 2012

As salam



sumber gambar  euro2012media.com



Mana nak cerita yerk?

Yangbaik bukanlah kaki bola,

Dan tiada pula sindrom makan bola, tidur bola, mimpi bola atau minum pun bola jugak...

Cuma saja nak kongsi cerita mengenai pengalaman ofis mate lelaki.... kerana minat sangat dengan bola... bawa kereta pun sampai terbabas... berhati-hati yer semasa memandu...

Yangbaik Nak Minum Coca Cola... mana tau dapat menang tiket... hehehe ye la sangat tu...

Alexa Rank dan PageRank hari ini

As salam,


Sekadar untuk rekod pada hari ini 16 Jun 2012, kedudukan blog yangbaik dalam Rank Alexa adalah 3,130,983 dalam Links 126.

Itulah sebabnya yang terjadi. Oleh kerana yangbaik telah membiarkan blog ini bersawang lebih sebulan. 
Atas sebab-sebab yang tertentu... nak dapatkan mood dan kekuatan itu agak sukar walaupun hampir malap tetapi masih ada sinar...banyak lah madah pula...

Semoga selepas ini Rank akan berubah ke tempat yang lebih baik... dan harap-harap juga PageRank tidak merudum... dapat kekal di tangga ke dua pun sudah cukup baik... Bukan senang nak maintain nie...

Sekian...

Panas atau sejuk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tak sempat capture gambar

Tadi memang janji nak pi pasar tani kan? tapi yangbaik tak pergi pun.... jenguk dari tingkap kancil jer... panas sangat lah... hubby jer yang pergi meninjau apa yang boleh dibeli


Ada pasar tani ... tetapi tiada penjual ikan daging ayam atau pun sayur.  Adakah kerana mereka mogok? Yang ada hanyalah penjual kerepek, bawang, kueh dan jajan.

Langkah terakhir adalah ke TESCO.  Apa nak buat lagi... nak tunggu sayur dah tengahari tak der, ikan pun tak mandang.

EH... dalam TESCO tak boleh tangkap gambar ker... tak perasan pulak... tapi memang yangbaik tak capture pun gambar ikan dan sayur tu... balik rumah jer terus dibersihkan... tak sempat lagi.  Untuk hari ini (Sabtu) pergi TESCO kena bawa beg plastik sendiri yer... nasib baik dalam kancil tu ada beg strawberry orang kampung...heheheh

Lagi satu... di TESCO juga rupanya stafnya tak 'siang' ikan kecil macam ikan selar kuning... walaupun beli banyak... ala bukannya nak suruh basuh bagai, nak buang perut jer... balik rumah terus basuh tak der la busuk tong sampah nak tunggu hari Isnin baru MDPT datang angkut...

macam-macam...tapi tajuk nya macam tak der kaitan pulak... sebenarnya nakcerita lain tapi jadi lain pula...kira okeylah... pasar tani tu tempatnya panas, TESCO pulak sejuk.. :)

Sekian.

Bertemu semula

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



(gambar hiasan)

Setelah sekian lama menyepi kini yangbaik kembali semula ke persada maya ini.

Memang lama sangat menyepi... mencari kekuatan diri dan semangat baru disamping mendapatkan semula mood untuk mula menulis semula....

Sekian dahulu...untuk seketika waktu.... nak pergi pasar tani kejap... cari bahan-bahan untuk masakan untuk tengahari ini,    pssst... nampaknya mood untuk memasak juga telah kembali.... heheheh

Carian