Pengikut Setia

31 Oktober 2013

Fikir seketika

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


nasib sang semut.  gambar hiasan


Dua perkara yang memutuskanku dari menikmati kesenangan dunia : 

(1) mengingat kematian dan 

(2) memikirkan keadaanku saat berdiri di hadapan Allah untuk mempertanggungjawabkan amalanku ketika di dunia.

(Ibrahim at-Taimi)



suka duka pentas dunia



30 Oktober 2013

Antara kelalaian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Salah satu bentuk kelalaianmu terhadap dirimu sendiri adalah Anda berpaling dari Allah, yaitu saat Anda melihat sesuatu yang dimurkai oleh-Nya, lalu Anda berlalu begitu saja tanpa melakukan amar ma'ruf nahi munkar karena takut kepada orang yang tidak bisa memberikan manfaat maupun mudharat bagi Anda.
(Abu Abdurrahman al-'Umari az-Zahid)



suka duka pentas dunia



Antara menunggu dan terlewat

Assalamualaikum








Dalam keadaan tertentu menunggu menjadi sesuatu yang amat tidak disukai.

Dalam masa yang sama kita terlupa bahawa kita pernah membuat orang lain menunggu kita.

Bukan kerana denda tetapi untuk mengingatkan diri sendiri bahawa setiap detik yang berlalu penuh makna.

Lewat sedikit boleh dimaafkan asal langsung tak sampai tanpa alasan yang munasabah.


Suka duka pentas dunia

posted from Bloggeroid

Pemandangan pagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
























Gambar-gambar di atas bukan lukisan atau 'touch-up' ia adalah asal seperti mana yang dirakam.


suka duka pentas dunia


29 Oktober 2013

Gangguan semasa solat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sebagai manusia biasa... kita tidak lari dari gangguan.

Gangguan dalam solat.. bukan sahaja dari dalam diri iaitu hati yang caca marba tetapi juga gangguan dari luar.  Gangguan ini boleh menjadi sebab mengapa solat tidak khusyuk.  Sedangkan solat sendirian tanpa gangguan juga boleh tidak khusyuk.

Apa yang aye hendak kongsikan di sini adalah semasa solat di Surau Wanita sebentar tadi.  Surau boleh jadi juga tempat umum kerana ia tempat tumpuan orang yang hendak solat.  Ingat !!! Surau untuk Solat terutama waktu Solat.

Jadi... ketika orang sedang Solat kurangkan bercakap atau seboleh-bolehnya tidak bercakap langsung.  Memanglah butir bicara anda tidak orang ketahui tetapi bunyi suara itu bercampur dengan ketawa-hilai kecil boleh mengganggu konsentrasi.

Biarlah orang itu tidak khusyuk solat kerana dunianya sendiri... tak perlulah kita menjadi al-sebab atau 'nasi tambah' yang menambahkan lagi gangguan dalaman.


suka duka pentas dunia


27 Oktober 2013

Mereka dan aiskrim

Assalamualaikum


Tak sempat nak rakam gambar mereka empat beradik menikmati aiskrim.... sebabnya umi pun sibuk menikmati keenakan aiskrim potong kacang merah.

Nanti kita cari resepi ehhhh :)


Suka duka pentas dunia

posted from Bloggeroid

Dia pun tak lena tidur

Assalamualaikum






Dia pun tak lena tidur
Seperti memahami isi hati umi
Tidurnya sekejap saja
Tak sampai 30 minit dah jaga

Dia kelihatannya seperti memahami
Tetapi uminya tidak tahu apa yang dia rasa
Sesekali dia meragam dan seketika lain dia leka bermain
Lalu... apakah dia lapar atau dahaga atau dia kepanasan
Hanya dia yang tahu....


Suka duka pentas dunia

posted from Bloggeroid

Hari hari tanpa blogging

Assalamualaikum


Sudah beberapa hari tak dapat update blog dengan sempurna. Bukan kerana mood yang kedaung tetapi sebab itu yang menyebabkan mood ini kedaung :D

Apa khabar semua... maaf saya tidak menjengok blok rakan-rakan semua. Perkara ini akan di atasi setelah masalah network dan kesilapan teknikal pada laptop dapat diatasi.

Buat sementara ini hanya note smart ini yang menjadi penghubung.



Suka duka pentas dunia




posted from Bloggeroid

Apakah yang lebih sulit?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



gambar hiasan


Tidak ada sesuatu yang lebih sulit aku obati selain dari hawa nafsuku sendiri. Terkadang aku berhasil mengalahkannya, tapi di lain waktu ia berhasil mengalahkanku.
(Sufyan ats-Tsauri)


suka duka pentas dunia


26 Oktober 2013

Malam yang panjang siang yang terang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bayi ini memang tidul awal setiap malam, pertengahan malam dia akan berjaga dan ajak main sama-sama.  Gambar hiasan.


Malam itu panjang, maka jangan pendekkan dengan tidurmu dan siang itu begitu terang maka janganlah kau menjadikannya gelap dengan dosa-dosamu.
(Yahya bin Muadz)


suka duka pentas dunia



25 Oktober 2013

Renungan yang bermakna

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



gambar hiasan

Semoga Allah merahmati seorang hamba yang merenung sejenak sebelum melakukan suatu amalan. Jika niatnya adalah karena Allah, maka ia melakukannya. Tapi jika niatnya bukan karena Allah maka ia mengurungkannya.

(al-Hasan)



suka duka pentas dunia

24 Oktober 2013

Pembentangan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera






Terlambat sikit update maklumat terkini untuk hari ini. Memandangkan hari ini agak sibuk dgn bermacam tugas yang pelbagai dan entah apa-apa...

Petang ni pula ada pembentangan .... tapi tak dapat nak bagi tumpuan kerana tak puas hati.....

Macam-macamkan manusia nie... bila komen orang lain suka sangat-sangat ... Tetapi bila kena komen tak suka dan akan melenting....

Suka duka pentas dunia
posted from Bloggeroid

Antara manfaat, bahagia dan pujian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Hendaknya setiap mukmin memperoleh tiga macam perlakuan darimu; Jika kamu tidak dapat memberinya sesuatu manfaat maka janganlah membahayakannya, jika kamu tidak bisa membahagiakannya maka janganlah membuatnya sedih, dan jika kamu tidak memujinya maka janganlah mencelanya.
(Yahya bin Mu'adz)


suka duka pentas dunia



23 Oktober 2013

Bakal Angkasawan!?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Cita-citanya menjadi angkasawan 



suka duka pentas dunia


Giveaway Jom Menang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




KLIK
BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:
i) 1 set perfume bernilai RM120.00
ii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iv) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Keychain

Hadiah ditaja oleh Loveperfume & Yumida


TAMAT: 9 NOVEMBER 2013



suka duka pentas dunia

Nasi Lemak Milo Panas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




segelas milo panas



sebungkus nasi lemak



suka duka pentas dunia



Rezeki yang telah ditetapkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Corak ke-27, Abstrak cinta luna.  sekadar hiasan


Bertakwalah kepada Allah dan carilah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu dengan cara yang halal, karena sesungguhnya jika Anda mencarinya dengan cara yang tidak halal maka Anda tidak akan mendapatkan melebihi apa yang telah ditakdirkan untukmu.
(Muhammad bin Sirin)



suka duka pentas dunia



22 Oktober 2013

Kisah di sebalik Topi Keledar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Topi keledar ARC hak milik persendirian.

Apalah pulak duduk tak duduk buat cerita mengenai topi keledar pulak.

Entahlah... bukannya tak biasa tetapi dah selalu sangat pakai topi keledar.  Yer lah... bila naik motor atau bila bawa motor ke tempat kerja kenalah pakai topi keledar.

Kalau korang nak tahulah.... kalau tidak tak per silalah abaikan ... hehehe.  Pernah satu hari minggu, aye ke kedai di jalan depan rumah nak kata jauh tidaklah jauh sangat tapi kalau jalan kaki memang makan masa sejam lebih.  Pergi ke kedai tu nak beli daun sop jer pun, bawa anak mombonceng di hadapan (ngeee). 

Saja lah nak dijadikan cerita bawa motor tu tak pakai topi keledar ater dah dekat sangat.  Cuma nasib baik sebab lalu kot lorong belakang kedai... elok jer sampai ka simpang... jeng jeng jeng.. ternampak kereta peronda depan kedai makan.. alamak kecut perut nasib baik tak jadi nak pecut.... tapi ketar jugaklah kepada lutut ni, rasa macam nak terduduk (walaupun dah duduk atas motor ... heee).  Cepat-cepat patah balik ke rumah tak jadi beli daun sop.  Ater hari ni buat sop kosong jer lah... tak cukup rencah.

Bukannya tak boleh pergi semula pakai topi keledar tetapi disebabkan semangat yang semakin hilang.. kusss semangat, dah malas pulak... gementar tuuu tak hilang lagi.

Dan, selepas itu setiap kali keluar dengan motor mesti nak pakai topi keledar tak kiralah walaupun sekadar beli nasi lemak di jalan depan rumah pun... 

Kira jadi pengajaran buat diri sendiri jugak kan.

Topi keledar warna hitam
Dipakai oleh nak dara jelita 
Jangan pakai baju hitam
Kelak tidak kelihatan dilanggar kereta

Boleh lah... 

suka duka pentas dunia

Akibat menunda perbuatan baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


corak ke-12.  Gambar hiasan


Menunda-nunda perbuatan baik adalah salah satu tentara diantara bala tentara Iblis yang telah berhasil membinasakan orang banyak.

(Abu al-Jald)



suka duka pentas dunia





21 Oktober 2013

FIRST GIVEAWAY FROM NEW BLOGGER

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Salam perkenalan kepada blogger baru Risha Melon.

Berikut adalah banner giveaway.  Sila klik pada banner untuk berkenalan dengan Risha Melon.



Selamat maju jaya kepada semua.


suka duka pentas dunia



Setelah setahun berlalu kini tiba giliran suntikan MMR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Suntikan MMR


MMR? Itulah nama suntikan yang akan diberikan kepada Muhammad Abid dan mana-mana bayi sejurus berusia 12 bulan atau lebih mudah 1 tahun.

Berikut adalah petikan dari Wikipedia (Bahasa Indonesia):
Vaksin MMR adalah campuran dari tiga jenis virus yang dilemahkan yang disuntik untuk imunisasi melawan demam campakbeguk dan rubela. Berdasarkan rekomendasi Ikatan Dokter Indonesia, imunisasi MMR umumnya diberikan kepada anak-anak yang berumur 12 - 18 bulan, dengan dosis penguat diberikan sebelum memasuki umur sekolah (sekitar umur 5 atau 6 tahun). Di Amerika Serikat, vaksin MMR diijinkan pada tahun 1963 dan penguatnya dimulai pada pertengahan tahun 1990-an. Vaksin MMR digunakan secara luas di seluruh dunia sejak diperkenalkan pada awal 1970-an. Vaksin MMR dijual oleh Merck dengan merek M-M-R II, GlaxoSmithKline Biologicals dengan Priorix, Serum Institute of Indiadengan Tresivac, dan sanofi pasteur dengan 
Trimovax.

Imunisasi MMR



Sebelum ini bukannya tiada anak yang mendapat suntikan MMR. Sudah tiga orang anak. Lazimnya penerimaan antara 3 orang itu tidak jauh beza. Kesemuanya boleh dikatakan mendapat demam ringan.

Persediaan suntikan MMR


Sebagai persediaan masih ingat lagi ketika Muhammad Alif (anak pertama) mendapat suntikan MMR, kami dibekalkan dengan ubat demam oleh 'Misi' yang bertugas ketika itu. Ubat demam ini diberikan apabila sampai di rumah bagi mengelakkan anak mendapat demam mengejut.  Alhamdulillah, demam adalah sikit tetapi tidaklah melarat sangat...

Begitu juga anak kedua Irdina Huda, masih lagi dibekalkan dengan ubat demam.

Hanya anak ketiga iaitu Inas Insyirah,  kami tidak dibekalkan dengan ubat demam.  Menurut 'Misi' yang bertugas katanya baby tidak akan demam.  Kalau demam ambil ubat di mana-mana klinik yang berhampiran. Lantas aye terfikir ini mungkin juga satu daripada penambahbaikan sistem perubatan atau sebagai langkah berjimat cermat.  Tak mengapa, oleh kerana tidak berpuas hati, sejurus keluar dari klinik setelah suntikan diberikan kami terus ke farmasi berhampiran untuk membeli ubat demam.

Mungkin juga pengamal perubatan kanak-kanak/bayi tidak menggalakkan pemberian ubat demam kepada anak-anak kecil.  Tetapi kami tidak sanggup berhadapan dengan situasi anak demam dan kami tidak dapat bekerja dengan baik.  Kesihatan anak amatlah penting bagi memastikan kami dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada organisasi.  Tidak semua anak-anak mempunyai daya tahan yang tinggi.

Simpati juga kepada kawan-kawan apabila anak diberikan suntikan, sejurus itu anak mereka demam dan berpanjangan.  Keadaan ini menyebabkan tumpuan mereka terhadap tugas terganggu dan secara tidak langsung menjatuh prestasi kerja mereka.

Betullah nasih ibu bapa juga tidak sama.  Kita bernasib baik kerana mendapat saranan dan nasihat yang berguna untuk dijadikan amalan.  Tetapi ada sesetengahnya langsung tidak mendapat maklumat yang berkesan.  Atau ada juga yang langsung tidak ambil peduli mengenai nasihat atau panduan yang diberikan.

Pengalaman masa silam


Sekadar berkongsi pengalaman dari masa silam.  Pernah juga gemulah ibu aye mencadangkan bila anak disuntik cepat-cepat sapu minyak angin.  Ada pula yang mencadangkan agar disapu minyak cap kapak dan lagi menarik disapu dengan getah bawang merah.  Menarik kan?  Terpulang kepada kita untuk mencuba mana satu asalkan tidak bersalahan dengan peraturan kesihatan.


Muhammad Abid, hari ini umurnya sudah melepasi 1 tahun.  Oleh itu hari ini dia akan mendapat suntikan MMR.  Semoga Abid tabah dan kuat semangat.

Abid! Abid! Abid! 
Itulah antara kata-kata semangat yang sering diberikan oleh abang dan kakak-kakaknya.  Semoga Abid memahaminya dan dijadikan sebagai penguat semangat.

Hairan yer kenapa aye tulis macam tu.  Anak-anak bila kena cucuk memang berlainan.  Tiga-tiga yang terdahulu bila dicucuk tidak banyak ragam... kalau tak silap hanya Inas sahaja yang kuat raungannya... tetapi sekejap sahaja.

Menunggu giliran di KKIA


Menunggu giliran untuk dipanggil pula satu hal.  Dibuatnya orang ramai... jenuhlah menunggu.  Kali ini biarlah berlaku penambahbaikan dalam sistem giliran di KKIA.  Tak sanggup tunggu lama-lama dengan anak kecil yang sangat aktif nie... lenguh tangan mana nak dukung lagi bila dah tak nak dukung meronta-ronta pula minta dilepaskan.

Gelagat anak-anak semasa kecil... kena biasa-biasakan.


suka duka pentas dunia



Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 21 Oktober 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...



suka duka pentas dunia

Ada apa dengan harta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Harta memiliki tiga tabiat. 

  1. Jika seseorang selamat dari satu tabiat, maka belum tentu ia selamat dari dua tabiat lainnya. 
  2. Dan jika ia selamat dari dua tabiat, maka belum tentu ia selamat dari tabiat ke tiga. 
  3. Harta haruslah berasal dari sumber yang baik. 
  4. Siapa diantara kalian yang pekerjaannya selamat dari dosa, sehingga ia tidak mendapatkan penghasilan selain dari yang baik? 
  5. Apabila seseorang selamat dari tabiat ini, maka ia harus menunaikan hak-hak yang ada di dalam harta. 
  6. Dan apabila ia juga selamat dari tabiat ini, maka ia tidak boleh membelanjakanya dengan boros ataupun terlalu kikir.
(Maimun bin Mahran)



suka duka pentas dunia





20 Oktober 2013

GA October by Emas Putih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Masih juga nak menyibukkan diri dengan menyertai GA.

Okey, kali ini mari kita lihat pula GA anjuran Emas Putih, seperti gambar berikut:


Hadiah :
Top Referral : Cash RM50 dan 40 hadiah untuk dimenangi

Giveaway October by Emas Putih di anjurkan oleh Emas Putih 
dan di sponser oleh:

Wow!... ramainya sponsor... jom berkenalan dengan mereka pula :D

Ada yang berminat... sila klik gambar di atas untuk menyertai...

Selamat maju jaya buat semua.


suka duka pentas dunia



Giliran Olay pula dikreditkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sudah menjadi adat resam segala yang bermula akan berakhir.  Yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti.  Walaupun sukar untuk ditelan tetapi diluah juga andainya itu yang terbaik

Entah apa-apa jer kan intro kat atas tu.... pelik betul!

Entri kali ini adalah untuk menceritakan mengenai iklan CPUV Nuffnang yang pertama bagi bulan September 2013 iaitu Olay JAS Bundle telah dikreditkan.  Kira-kira sebulan bertapak di blog ini, menari-nari dan melompat sesekali menghilang... kini tempoh pengiklanan sudahpun tamat.


Olay JAS Bundle.  CPUV Pertama September 2013.


Terima kasih kepada Olay dan Nuffnang.

Dan, semestinya tidak dilupakan terima kasih kepada anda semua yang terus memberi sokongan.


suka duka pentas dunia


Sebahagian CPUV September 2013 telah dikreditkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sudah banyak hari catatan ini terbiar dalam draf.
Tak sempat nak keluarkan.
Antara alasan lain adalah kerana terkedu dan terkejut kerana masa yang diberikan agak singkat.
Namun masih percaya tempoh pengiklanan telahpun tamat.


Senheng / Sen Q dan Nescafe Cans antara iklan CPUV yang telah dikreditkan.  Jika tidak silap perkiraan iklan ini telah dikredit antara 17 atau 18 Oktober 2013.


Terima kasih kepada Senheng dan Nescafe serta Nuffnang atas kerjasama dan iklan yang disiarkan.

Terima kasih juga kepada anda semua atas sokongan yang diberikan.

Lepas ini adalah lagi iklan yang dikreditkan... tunggulah iklan apa pula :D


suka duka pentas dunia


Dosa pertama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Subhanallah.  Indahnya pemandangan langit malam dihiasi taburan bintang bergemerlapan.  Gambar hiasan.


Jauhilah kesombongan, karena sesungguhnya kesombongan adalah dosa yang pertama yang membuat makhluk bermaksiat kepada Allah.
(Aun bin Abdullah)



suka duka pentas dunia


19 Oktober 2013

Karikatur Giveaway By Zaza, Ruang Monolog dan Sheila Salim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sementera masih ada masa dan berkesempatan sambil-sambil kita zikir ... meh kita ramai-ramai luangkan masa menyertai giveaway hebat ini.


karikatur giveaway oleh Ruang Monolog, Zaza Zehra dan Sheila Salim

Giveaway ini menawarkan hadiah seperti berikut:
  1. karikatur by ruang monolog ( gambar anda ) x 2orang - (pemilihan pemenang 1 lelaki 1 perempuan )
  2. shawl x 2 orang pemenang (  zaza )
  3. 3biji keychain  x 1 orang pemenang (  zaza )
  4. RM10.00 topup x 2orang pemenang (sheila salim )
  5. Fridget Magnet x 2 orang ( faziedasite )

Di atas adalah contoh karikatur by Ruang Monolog dan keychain mirrow ( belakang ada cermin boleh tilik-tilik ) dan keychain beg yang kiut ... comel sangat-sangat

Selamat mencuba

Giveaway ini akan tamat pada : 23 Oktober 2013

Sila klik pada banner di atas untuk mendapatkan lebih maklumat dan cara menyertai.

Terima kasih di atas sokongan semua.

(*-*)

suka duka pentas dunia


Antara dermawan dan kedekut!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Beg comel.  gambar hiasan


Sesungguhnya orang yang paling dermawan di dunia adalah orang yang menunaikan hak-hak Allah, walaupun orang lain melihatnya sebagai orang kikir dalam hal lain. Dan sesungguhnya orang yang paling kikir di dunia adalah orang yang kikir terhadap hak-hak Allah, walaupun orang lain melihatnya sebagai orang yang dermawan dalam hal lain.
(Wahab bin Munabbih)

suka duka pentas dunia



18 Oktober 2013

Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

Assalamualaikum, peace upon you.




Dengan ini shida wakil dari www.reddelima.com menganjurkan Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 15.10.2013 bersamaan Hari Raya Aidiladha dan akan tamat pada 29.10.2013. Pengumuman pemenang akan diumumkan selepas Part 2 Giveaway dijalankan pada 30.10.2013 dan akan tamat 12.11.2013 (2 weeks). Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :

syarat-syarat wajib : 

  1. Like dan Add Facebook Sponsors :  

  2. Like dan Follow Blog Shida :

  3. Buat satu entri bertajuk :  Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

  4. Copy dan paste kod dalam entri korang

  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini




CPUV ke lima Oktober 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sekali lagi ... cepat-cepat siapa sedang mencari jam canggih dan menarik yang super sangat-sangat.  Wah wah!! gaya bahasa nampak sungguh caca marba.


Bukan apa dah tak tahu nak tulis macam mana nak buat entry mengenai CPUV ke lima bagi bulan Oktober 2013 iaitu Guess Watches Q4.  

Boleh dikatakan sudah lama juga aye mengikut perkembangan Guess terutamanya jamnya memang dasyat.. tak kiralah harga atau rekabentuk... memang menarik sangat.  Kononya ikuti perkembangan tetapi tidaklah tahu sangat mengenai asal-usul Guess nie... :P



aye suka jam ini nampak cantik bergaya.  Trendy juga :D

Sila klik pada gambar di atas untuk melihat lebih banyak jam dan lokasi yang berdekatan.

Terima kasih Nuffnang dan GUESS.

OH.... ya sudah tentu terima kasih juga kepada anda semua yang sentiasa memberi sokongan.


suka duka pentas dunia


Di antara dua kebaikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Anak-anak buah hati umi.  Gambar hiasan.


Wahai Anakku, apabila Engkau akan mengerjakan shalat, maka shalatlah seperti shalatnya orang yang akan meninggalkan dunia ini, janganlah Engkau mengira bahwa Engkau akan kembali lagi ke dunia ini. Dan ketahuilah Wahai Anakku, sesungguhnya seorang mukmin itu meninggal dunia diantara dua kebaikan ; kebaikan yang telah ia kerjakan dan kebaikan yang akan ia kerjakan.
(Muadz bin Jabal)



suka duka pentas dunia





17 Oktober 2013

CPUV ketiga dan keempat Oktober 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Sekali lagi terlewat pun tak mengapa.  Biar terlewat dari tidak berbuat apa-apa langsung kan?

Okeylah sekali lagi terlewat mewar-warkan mengenai CPUV bagi bulan Oktober.  Harap-harap Nuffnang dan pengiklan tidak berkecil hati.


Pengiklan kali ini yang memberi ruang iklan dalam CPUV di Nuffnang adalah Project Durian bagi CPUV ketiga dan Nestle Drumstick CPUV keempat.  Masing-masing masih lagi berlangsung (on going).


Berkenaan iklan Project Durian yang mula beroperasi mulai 11 Oktober 2013, aye belum jumpa lagi iklannya menari-nari di blog ini... tetapi point dah bertambah.  Terima kasih kepada kalian yang memberi sokongan... sangat-sangat menghargainya.  Pernah juga cari di Google perkataan Project Durian... dah jumpa tetapi tidak pasti pula adakah projek durian berkenaan yang dimaksudkan.  Okey ... aye rasa perlu tunggu iklan itu menari dan bergedik-gedik dulu di blog ini baru boleh buat cerita... cepatlah timbul!!!

Kembali kepada iklan Nestle Drumstick.  Iklan ini mula beroperasi pada 12 Oktober 2013, ... suka sangat-sangat baru jer menikmatinya bersama anak-anak pada hujung minggu lepas.

Nestle Drumstick - Most Adventurous Challenge.  Iklan dah jumpa di dua tempat... tak sempat nak copy link.  Bila jumpa nanti akan cepat-cepat copy... sabar yer.

Sehingga di sini dulu, terima kasih kepada Nuffnang, Projek Durian dan Nestle Drumstick.  Tidak lupa juga kepada kalian semua yang terus menerus memberi sokongan kepada blog picisan ini...

Selamat maju jaya buat semua.  Terima kasih.


suka duka pentas dunia


Ucapan untuk semua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


pensil digunakan untuk menulis ucapan.  gambar hiasan.


Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.
(QS. Al Ahzab: 70)


suka duka pentas dunia


Sebelum dan selepas yang dramatik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Nak buat tajuk cerita kena ada daya tarikan... baru ada orang nak baca.  Tapi aye buat tajuk macam di atas tu, tak tahulah siapa yang tertarik nak baca.

Apa-apa pun kalau tak ramai nak baca... dapat sikit pun jadi lah buat ubat pelepas malas... setelah sekian lama dok buat entry melalui note smart jer.  Jadi hari ni rasa besar sikit semangat sebab baru berpeluang buat entry melalui pc (komputer).

Sebagai permulaan cerita untuk hari ini al kisah semalam adalah hari yang teramat baru buat Muhammad Abid.  Ini adalah kerana semalam juga umi dan aya teramatlah gigih dan bersemangat sekali untuk menukar penampilan Abid.  Juga bersempena dengan Aidiladha.


Ini adalah penampilan Abid beberapa hari yang lepas dan gambar ini pun pernah disiarkan di sini.  Nak letak gambar terbaru sebelum semalam tak berapa kena pula dengan wajah sekarang.

Abid bukannlah besar sangat budaknya.  Saiznya kecil saja sesuai dengan berat semasa lahirnya iaitu 2.2 kg.  Kalau nak diceritakan al sebab sejurus kelahirannya memang tak sanggup.  Kalau tak silap pernah juga beberapa kali buat intro mengenai sejarah kelahirannya tetapi tak berapa nak jadi juga... sebab terlalu terharu.



Dan... ini adalah penampilan Abid yang terbaru selepas operasi petang semalam.  Maka semakin terserlah semangat dan kepintarannya dalam setiap pergerakan.  

Apa lagi... selepas operasi cukur kepala besar-besaran petang semalam.. cepat-cepat bagi minum ubat selsema dan demam.  Sebagai persediaan dan peringatan sebab dah jenuh jugalah semalam berendam air... kesejukanlah Abid.

Kakak dan Abangnya asyik mengejek... Siaplah korang bila Abid besar nanti. 

Hahahaha

Sekian adanya.


suka duka pentas dunia


15 Oktober 2013

Aidiladha dan ulangtahun yang terlepas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sekali update cerita melalui note smart.  Cerita ini pada asalnya telahpun direkod pada tengahari tadi tetapi atas kekhilafan sendiri... cerita itu terpadam atau mungkin juga terawang awang entah di mana.

Sila abaikan cerita di atas kiranya ia terlalu skema atau menjengkelkan.

Selamat menyambut Aidiladha.  Semoga Aidiladha ini memberi erti yang mendalam dan amat bermakna.  Sesungguhnya Aidiladha merupakan hari kemenangan bagi umat Islam. Terutamanya di Malaysia sehari sebelum 10 Zulhijjah 1434, penggunaan kalimah Allah telah diputuskan dengan rasminya adalah hak ekslusif umat Islam.

Semalam juga iaitu 14 Oktober, merupakan ulangtahun kelahiran yang pertama Muhammad Abid.  

Semoga Abid dikurniakan kesihatan yang berkekalan dan diberkati.

Suka dunia pentas dunia

Keletihan dan mengantuk

Assalamualaikum

Letih sungguh hari ini.  Sudahlah malam tadi tidur lewat, pagi ini bangun awal.

Setelah siap semua orang hari ini sarapan lemang dengan rendang dan minum pula Milo.... tersangatla mengantuknya sekarang ni

Shhhhhh.... Abid nak tidur!

:)

13 Oktober 2013

Pujian dari ilmu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Semua pujian di dalam al-Qur'an yang ditujukan kepada seorang hamba, maka itu semua berasal dari buah ilmu. Dan semua celaan di dalam al-Qur'an yang ditujukan kepada seorang hamba, maka itu semua berasal dari buah kebodohan.
(Ibnul Qayyim)


suka duka pentas dunia





12 Oktober 2013

Bicara kita berbeza

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Buku-buku bukan sekadar untuk disimpan tetapi untuk diselami isi kandungan dan maksud yang tersirat.  Gambar hiasan


Mereka (kaum salafushshalih) berbicara untuk kejayaan Islam, keselamatan jiwa dan ridha Allah Yang Maha Pengasih. Sedangkan kita berbicara untuk kejayaan diri sendiri, mencari dunia dan penerimaan makhluk
(Hamdun bin Ahmad)




suka duka pentas dunia



Penyebab hati menjadi sakit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera






Janganlah Anda duduk-duduk (bermajelis) bersama para pengikut hawa nafsu, karena sesungguhnya duduk-duduk bersama mereka akan membuat hati menjadi sakit.
(Ibnu 'Abbas)


suka duka pentas dunia


Carian