Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
|
corak dan motif hiasan | rona merah jambu bersempena hari Selasa |
Terlepas bukan kerana melepaskan. Tajuk entri kali ini agak klise sikit. Ia adalah sebenarnya berkaitan dengan entri yang dikeluarkan
pagi tadi dan juga
malam tadi.
|
sumber gambar dari rakan FB |
Iaitu berkaitan Wacana Kepimpinan Isu Semasa: Sebelum Senja Berlabuh. Wacana berkenaan dapat diikuti secara langsung pagi tadi. Atas sebab-sebab tertentu aye tidak dapat ikuti wacana itu. Sungguh rasa kerugian kerana terlepas sebuah program ilmu yang sudah pastinya banyak manfaat.
Bukan dengan sengaja melepaskan peluang keemasan itu, sebaliknya kerana ada aral melintang yang sukar dinafikan. Datangnya dengan tiba-tiba tanpa disangka-sangka.
|
kitar semula gambar sedia ada... chak!!! |
Inas Insyirah dengan tidak semena-mena dari awal pagi tadi muntah-muntah. Pagi tadi bawa ke Poliklinik Dr Azhar, doktor mengkhabarkan ianya berkaitan dengan pemakanan dan bukan kerana jangkitan virus memandangkan badannya tidak panas. Dibekalkan ubat untuk menahan muntah dan juga ubat cirit-birit. Entahlah, apa yang dimakan kurang pasti dan tidak dapat dikenalpasti lagi.
|
bukan gambar terkini |
Selain dari Inas, Muhammad Abid pula telah diberikan suntikan imunisasi semalam (15/4/2013) sempena umurnya 6 bulan. Pihak KKIA tidak bekalkan ubat demam tidak seperti Klinik Desa dulu-dulu. Mungkin juga kerana polisi telah berubah... mana lah tahu. Hari ini badan Abid terasa panas sikit sepertinya mahu demam... bergegas pula ke Klinik Zakaria dapatkan ubat demam untuk Abid.
Dan, tengahari pula sekembalinya Muhammad Alif dari SKSI dikhabarkan demam juga. Badannya memang panas lalu diberikan ubat sirup panadol untuk kanak-kanak. Punca Alif demam lagi lah ummi tak dapat nak kenalpasti memandangkan semalam Alif sihat jer.
Satu-satunya berita gembira untuk hari ini dibawa oleh Irdina Huda. Dapat nombor satu dalam Ujian Pengesanan yang dibuat oleh PASTI. Tahniah sayang... Tanya mana surat, katanya Ustazah simpan. Okey.
Bukan sahaja Wacana - Sebelum Senja Berlabuh yang terlepas tetapi ada beberapa tugasan penting lain yang tertinggal untuk hari ini dan esok dan esok-esok lagi. Terima kasih tidak terhingga kepada Seri dan juga Maiza dan juga sahabat lainnya yang sudi membantu dari jauh, hanya telefon pengganti diri dalam komunikasi untuk laksanakan tugas pada hari ini.
Mudah-mudahan kesihatan anak-anak tidak menjejaskan tugas ummi di pejabat. Semoga permata hati ummi segera sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.
(^-^)