Pengikut Setia

19 Februari 2014

Menilai semula hati dan perasaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



kesibukan tugas yang kadang-kadang membosankan

Sudah lewat malam begini baru berkesempatan update blog.  Memang agak lewat berbanding sebelum ini masa untuk untuk menulis dalam blog memang awal.  Paling lewatpun biasanya sekitar jam 9.00 malam.  Hampir-hampir juga tadi tidak jadi nak menulis kerana menantikan anak-anak tidur.  Selagi mereka tidak lelap mata jarang sangat dapat menulis dengan tenang.  Bukan kerana gangguan ...
biasalah kerenah anak-anak apa saja yang mereka buat nak ditunjukkan... jadilah kenalah layan sekejap.

Siang tadi urusan kerja di pejabat memang mendesak sangat.  Walaupun sudah ditulis perancangan tugas hari ini... masih lagi tidak sempat menyiapkan dengan sempurna.  Mungkin tidak sampat 50% daripada senarai tugas yang berjaya disiapkan.  Asyik masuk kerja yang mendesak dan tiba-tiba.  Bukan tidak suka tetapi bila dah banyak sangat gangguan memang menyesakkan nafas.  Mana nak layan tetamu lagi... dengan beban tugas yang tidak seberapa ini nampak seperti mudah tetapi yang menyesakkan adalah bila kerja yang sedikit dan bermusim itu datang serentak.

Tak tahulah apa bos akan kata bila terbaca entri ini.  Ehhh !!! bos baca ke blog aye nie?  Malu pulak.  Maaf boss bukan merungut tetapi meluahkan rasa hati dan perasaan saja.  Kerja apapun memang tidak akan pernah selesai selagi namanya kita bekerja.  Bila dah pencen ... agak-agak sibuk pula nak cari kerja lain ... apa sajalah


Puas mencari akhirnya terjumpa buku ini petang tadi.
Semoga bemanfaat

Pada asalnya tidak tahu nak letak tajuk apa untuk catatan kali ini.  Dah sampai ke perenggan ini baru terfikir.  Mungkin tepat juga dengan catatan ini memandangkan banyak cerita tetapi diringkaskan kepada dua cerita utama.

Dalam keadaan tertentu kita akan rasa serba salah.  Sedikit atau banyak pasti akan menghantui kita pada ketika perasaan itu menerpa di pintu hati.

Dalam sesuatu perhubungan dan kehidupan seharian banyak hati dan perasaan yang perlu kita jaga.  Dalam masa yang sama kita juga perlu menjaga hati dan perasaan sendir untuk meneruskan hidup dengan bahagia.

Ketika terdetik rasa bersalah atau rasa yang kita sendiri sukar gambarkan... sebaiknya segeralah beristigfar... semoga kesilapan itu bukan kerana dosa kita atau dosa orang lain.  Doakan semoga semuanya berjalan dengan baik dan sempurna tanpa ada hati yang terguris.

Dalam mencari erti kehidupan kita tidak seharusnya bersikap pentingkan diri sendiri tetapi hendaklah difikirkan juga perasaan orang lain.  Atau paling tidak fikirkan bagaimana perasaan kita bila kita berada di tempat itu.  Tidaklah susah sangat yang penting bertolak ansur dan bertimbang rasa perlu ada dalam diri kita untuk memastikan kita tidak melukakan hati mana-mana pihak.  Tambahan di saat kita diperlukan.  Elakkan mengambil kesempatan di atas kekurangan orang lain tetapi bantulah dengan penuh ikhlas.

Pernyataan di atas bunyi macam hipokrit kan?  

Begitulah sebenarnya yang terjadi dalam kehidupan kita.  Ambil kesempatan atas kelemahan dan kekurangan orang lain.  Na'uzubillah.  Semoga dijauhkan dari sikap sedemikian.

Hidup ini mesti diteruskan atas landasan mahabbah.


suka duka pentas dunia


$$$

1 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian