corak35 sekadar hiasan, corak ini tiada nama.
Manusia yang efektif. Tidak tahulah apa kaitannya Manusia yang efektif dengan gambar corak di atas. Yang pastinya corak padanan warna nama macam serasi. eh eh... puji sendiri pulak.
Nak memulakan cerita memang sesuatu yang sukar. Tambahan pula dengan tajuk yang macamlah 'killer' sangat. Pandai-pandai jer buat tajuk macam tu. Dah dapat tajuk tak tahu pula nak tulis apa.
Bagaimana tajuk Manusia yang efektif diperolehi?
Sudah agak lama sebenarnya kedengaran tajuk sebegitu... selalunya ahli motivasi sering menggunakan petikan perkataan berkenaan. Dan dalam sebulan dua ini kedengaran lagi ungkapan itu sehinggalah ke hari ini. Kalau dahulunya memang suka dengan ungkapan itu. Tetapi sekarang tidak berapa suka dengan perkaitan antara ungkapan itu dengan suasana kerja sekarang.
Pernah ditanya kepada seseorang yang turut seringkali mengeluarkan kata-kata dan ungkapan itu. Mengapa dikatakan manusia itu manusia yang efektif?
Jawabnya ringkas saja. Manusia yang efektif adalah manusia yang bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang tanpa membawa kerja balik ke rumah dan tidak balik ke rumah lewat dari jam 5.00 petang.
Kalian setuju ke dengan penerangan di atas? Kalau setuju memang respect habislah. Boleh kasi tabik spring gitu... nak bagi tabik search tak boleh la sebab tak jumpa lagi kat mana-mana.
gambar kasut sekolah Alif yang dibeli pada awal tahun 2013. Motif? Jom ke sekolah!!!
Layan lah sekejap zaman sekolah dulu-dulu. Boleh jer balik awal waktu. Cukup masa balik... semua balik. Kalau tak sempat buat kerja kat sekolah sambung pula di rumah... efektif ke masa zaman sekolah dulu?
Alam pekerjaan sekarang tidak tahulah sejauh mana efektifnya ungkapan sedemikian. Ungkapan apa? Manusia yang efektif adalah manusia yang mampu balik rumah sebaik saja jam 5.00 petang (selepas tamat waktu kerja rasmi).
Boleh la balik jam 5.00 petang kalau semua dah siap. Habis kita yang kerja datang berjela-jela tak henti-henti ni. Boleh balik jam 5.00 petang? Alamatnya esok bertimbun semula la.
Kalau sesekali balik kerja awal (ikut waktu kerja sebenar) memang cukup bagus janji longgokan kerja atas meja sudah siap. Jadinya!!! Tolonglah tidak semua orang boleh bekerja 8 jam saja sehari... kadang-kadang kena lebih sejam setengah... supaya tiada backdate. Betulke istilah ni.
Saja la kan nak lepas tension jap. Bukan apa jeles juga bila tengok ofismate balik ikut waktunya.
Sesekali mengukir rasa di kanvas maya ini lega sikit. Tiada orang bacapun tidak mengapa asalkan aye bahagia. :P
gambar hiasan lagi... hasil kerjatangan Alif.
Suka duka pentas dunia.
Assalamualaikum kak, heeeeeeee. sheila suka siapkan kerja harian on time. kalau tertangguh, boleh naik tensi ohhh. hehheheeeeee
BalasPadamShiela,
Padamakak juga suka siapkan kerja on time... :D
macam susah je nak jadi pekerja effectif....heeee.
BalasPadamto Denaihati,
Padambetul! nampak jer macam senang tapi susah...