Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label PKPP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PKPP. Papar semua catatan

29 Julai 2020

Apa lagi pesanan Abah untuk hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Apa lagi pesanan Abah untuk hari ini


Kemunculan yang sentiasa ditunggu dalam debar bahkan penuh pengharapan.




Pengumuman Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar
29 Julai 2020, 3.00 petang

Semoga kemunculan Abah pada petang ini membawa khabar gembira untuk semua.

Menunggu dalam debar... Apa lagi pesanan Abah untuk hari ini

27 Julai 2020

Topeng muka kain buat sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Topeng muka kain buat sendiri



Minggu lepas, 22 Julai 2020 hari Rabu bermulanya sesi persekolahan bagi sekolah rendah untuk pelajar darjah 1, 2, 3 dan 4.  Seminggu sebelumnya bermula sesi sekolah untuk pelajar sekolah menengah.  Amat terasa sungguh sesi yang agak kelam kabut, manakan tidak hampir 3 bulan anak-anal berehat panjang di rumah.  Yang anehnya, ibu pula yang terasa gusar dan gelisah bila sesi persekolah bermula.  Perasaan anak-anak?  Nampak seperti gembira, mungkin diluaran sahaja dan tidak menampakkan dalamannya.  Masing-masing ada perasaan dan kebimbangan tersendiri.  Tiada siapa yang dapat menggambarkan dengan terang dan jelas.

Tidak mengapa.  Layankan sahaja perasaan masing-masing.  Kerana kehidupan mesti diteruskan dalam apa jua keadaan dan situasi.  Yang penting kita patuhi tatacara operasi standard (standard operating procedure - SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.

Hendak dijadikan cerita, topeng muka untuk anak sekolah menengah telah dibelikan terlebih dahulu.  Ada topeng muka pakai buang dan juga topeng muka kain.  Terlupa pula anak-anak yang bersekolah rendah belum disediakan lagi. Saiz topeng muka untuk anak-anak bersekolah rendah tidak sama dengan topeng muka orang dewasa, malahan tidak banyak pilihan pula.  Maka ibu pun dengan gigihnya menguatkan semangat untuk menjahit sendiri topeng muka untuk anak-anak sekolah rendah.  


Topeng muka kain
Topeng muka kain buat sendiri

Alhamdulillah, berjaya juga menyiapkan 4 set topeng muka jahit sendiri.  Ada 2 jenis, sangkut di telinga untuk anak lelaki dan tali keliling untuk anak perempuan kerana memakai tudung.  

Telah dipesan kepada anak-anak cara memakai dan setiap kali pulang sekolah mesti basuh.  Pesan juga cara membuka dan menyimpan.  Disediakan juga topeng tambahan berserta beg plastik untuk menyimpan topeng sekiranya topeng yang dipakai ini kotor.

Banyak juga SOP yang mesti dipatuhi.  Semoga anak-anak dapat hadam dengan norma baharu ini.

#kitajagakita

Selamat sudah Topeng muka kain buat sendiri.

16 Julai 2020

PKPP : Task Force Operasi Pematuhan SOP PKPP

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera 


PKPP : Task Force Operasi Pematuhan SOP PKPP


Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (16 Julai 2020)

PKPP : TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN SOP PKPP
PKPP : TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN SOP PKPP


1. Task Force Operasi Pematuhan


- 14,301 anggota telah membuat 67,938 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP

-  3,950 pasar raya, 5,494 restoran serta 1,453 penjaja, 1,347 kilang, dan 2,035 pasar awam/tani telah diperiksa. Turut diperiksa, 3,849 tempat ibadah serta 1,493 tempat riadah

- PDRM menahan 68 individu atas kesalahan ingkar PKPP. 14 daripadanya direman & 54 dikenakan kompaun

- Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti dalam pub/kelab malam (28) & aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yg menyukarkan penjarakan sosial (40)
- Kerajaan berharap rakyat dapat menjadi mata dan telinga pihak berkuasa untuk melaporkan tindakan yg melanggar SOP


2. Kawalan Sempadan Negara


- Dari 1 Mei sehingga 15 Julai 2020, seramai 1,623 PATI, 526 tekong dan 110 penyeludup telah ditahan menerusi Operasi Benteng. Juga ditahan 59 bot/kapal serta 161 kenderaan

- Semalam, PDRM telah membuat 67 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng dan memeriksa 39,183 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus

- PDRM telah berjaya menahan 1 warganegara asing di Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng atas kesalahan imigresen


3. Operasi Sanitasi Awam COVID-19


- Sejak 30 Mac 2020, KPKT telah melakukan 9,250 operasi sanitasi merangkumi 134 zon
- Semalam, sebanyak 15 operasi sanitasi meliputi 14 Zon di 6 buah negeri termasuk Sabah (7), Melaka (3) dan Terengganu (2)

- Operasi Sanitasi ini melibatkan 42 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta 140 anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi-agensi lain. 5 jentera JBPM turut digunakan dalam proses sanitasi.


4. Kuarantin Wajib


- Dari 10 Jun sehingga 15 Julai 2020, seramai 18,778 orang telah pulang ke tanah air melalui KLIA. 18,705 daripadanya telah diperintahkan untuk menjalani home quarantine & 73 orang lagi telah dibawa ke hospital

- Pada 15 Julai 2020, sebanyak 624 rakyat Malaysia telah pulang melalui KLIA & KLIA2 dari Hong Kong, Indonesia, Qatar, Singapura, UAE, Brunei & Thailand.
- Kesemua 624 individu telah diperintah untuk menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka (home quarantine)


5. Pekerja Asing di Malaysia 


- Pekerja warganegara asing yang mempunyai permit & berada di Msia dibenarkan untuk kembali berkerja apabila sektor mereka beroperasi semula
- Kebenaran ini tertakluk kepada syarat mereka perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum kembali berkerja


6. Penghidangan Makanan


- Kerajaan ambil maklum bahawa masih terdapat premis-premis makanan yang menghidangkan makanan secara buffet tanpa pramusaji ataupun penyediaan sarung tangan pakai buang (disposable gloves) bagi mengambilan makanan

- Ini tidak mematuhi SOP yang ditetapkan dan pengusaha premis makanan perlu memastikan adanya pramusaji ataupun sarung tangan pakai buang (disposable gloves) bagi kegunaan pelanggan, sekiranya menghidang makanan secara buffet.


7. Aplikasi MySejahtera


- Sehingga hari ini, seramai 6.2 juta pengguna telah memuat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera. 254,833 premis perniagaan juga telah mendaftar dengan aplikasi MySejahtera

- Walaubagaimanapun, masih terdapat premis perniagaan yg tidak menyediakan QR Code MySejahtera & hanya menyediakan QR Code aplikasi yg dibangunkan pihak lain. Kerajaan menggesa pengusaha perniagaan untuk mendaftar dgn aplikasi MySejahtera bagi memudahkan usaha membendung COVID-19


8. Peruntukan hand sanitizer di sekolah


- Pihak sekolah perlu sediakan kemudahan hand sanitizer dgn peruntukan sekolah & Kementerian Pendidikan juga telah menyalurkan peruntukan ke sekolah bagi membolehkan hand sanitizer & topeng penutup muka disediakan kepada guru & murid-murid.

Sumber:  Majlis Keselamatan Negara 


#kitajagakita
#kitamestimenang

PKPP : Task Force Operasi Pematuhan SOP PKPP

.

Carian