Pengikut Setia

31 Mac 2014

Doa dan mencari kebaikan | Pergantungan kepada Allah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dalam keadaan manapun berdoa adalah satu senjata dan memberi kekuatan kepada kita. Dalam kelemahan doa memberi kita kekuatan.  Dalam kekuatan doa pula memberikan kita peringatan dan kesedaran untuk tidak melupakan dari mana datangnya kekuatan itu.


sumber gambar


Cahaya amatlah diperlukan ketika kita dalam kegelapan malam.  Itu adalah normal dalam kehidupan di dunia ini.

Sentiasa berbuat baik juga mampu memberi kekuatan kepada kita.  Kerana melalui kebaikan itu kita dapat mengenali kekuatan kita yang sebenar.  Berusaha untuk melakukan kebaikan semoga bertambah sinar dalam hati untuk terus berbakti di jalan Allah.
Kebaikan menghidupkan cahaya dalam hati dan kekuatan dalam beramal. Sedangkan keburukan menyebabkan kegelapan dalam hati dan kelemahan dalam beramal.  (al-Mu'tamir bin Sulaiman at-Taimi)

Untuk menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat... hindari keburukan supaya hati kita tidak gelap lantaran itu menyebabkan kita sukar melakukan amalan kepada Allah.

Contoh perkara buruk?  Menipu.  Itulah antara contoh paling mudah yang dapat diberikan. Apa sahaja perkara yang tidak baik dan tidak diterima masyakarat dan agama itulah yang buruk.


suka duka pentas dunia

#doauntukMH370




$$$

4 ulasan:

  1. Doalah senjata paling besar buat orang Islam. Semoga kita semua diberi kekuatan iman dan takwa utk menjadi lebih baik dan jauh dari keburukan hati...amiin

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum terima kasih berkongsi doa yang berguna ni. singgah menabung ford sini~~~

    BalasPadam
  3. Kembali kepada Allah dapat memberikan ketenangan dalam jiwa kita. Adakalanya berhadapan perkara yang sukar diselesaikan, membuatkan diri kita terasa amat kerdil.

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian