Buah hati pengarang jantung.
Empat permata di hati umi
Revolusi anak-anak. Buat tajuk bunyinya macam keras dan ganas. Ini adalah kerana menurut Kamus Pelajar dan Kamus Dewan Edisi keempat, Revolusi membawa maksud perubahan (terutamanya dalam sistem pemerintahan atau dalam sistem sosial) yg dilakukan dengan kekerasan.
YB cuma nak pinjam maksud perubahan dalam sistem sosial iaitu berkaitan perhubungan anak-anak dengan dunia sekeliling. Tidak mahu mengambil makna kekerasan kerana ia kelihatan seperti perubahan anak-anak yang tidak seimbang kerana melalui kekerasan.
Entahlah.
Zaman anak-anak ketika kecil memang penuh dengan suka dan duka. Suka dengan kerenah yang berbagai-bagai dan duka dengan kesihatan dan ketidakstabilan emosi. Tulis macam ni ... pakar psikologi kanak-kanak dan bayi jangan pula buat petisyen. Ini adalah sekadar gambaran peribadi seorang umi.
Ketika entri ini ditulis anak-anak sudah pun lena diulit mimpi. Jika di zaman bayi memang tiada peluang atau kurang sangat peluang nak mengarang panjang lebar terutama lewat malam begini. Maklumlah pola tidur mereka tidak stabil menjadikan gangguan kepada pola tidur seorang umi. Pola tidur anak-anak berbeza antara satu sama lain dan berbeza juga mengikut peredaran bulan dan matahari.
Anak-anak, ketika kecil begini memang teruja dengan gelagat dan tingkah laku mereka. Walaupun kadang-kadang mengundang sedikit kemarahan tetapi tidak lama... kerana itulah mereka dan dunia mereka tidak kenal erti jemu mencuba sesuatu.
Larangan bukanlah satu kaedah yang penting buat mereka. Hanya nasihat yang masuk ke dalam minda dan hati mereka.
Sesungguhnya apa saja yang berlaku adalah ujian kesabaran buat seorang umi. Adakah dia akan tewas atau menang berganda. Tewasnya seorang umi hanya pada Allah tempat mengadu dan memohon belas simpati... agar dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah serta baik budi pekerti.
Kemenangan berganda merupakan satu kenangan manis yang sukar dikutip dari mana-mana kebun alam nyata. Hanya bertakhta di hatinya.
Revolusi anak-anak membawa seribu perubahan dalam kehidupan berkeluarga.
suka duka pentas dunia
$$$
Alhamdulillah....dah besar dah budak2 nih. semoga membesar dengan sihat cergas berjaya
BalasPadam