Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Ron95. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ron95. Papar semua catatan

03 September 2013

Kesan kenaikan harga minyak petrol Ron95 dan Diesel

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini, 3 September 2013 tepat jam 12.00 malam atau lebih tepat pada jam 00:01 harga minyak petrol Ron95 dinaikkan sebanyak 20sen dari harga sedia ada iaitu RM1.90 seliter kepada RM2.10 seliter.  Harga diesel turut menerima kenaikan harga sebanyak 20sen seliter.

Sungguh satu kejutan yang amat luar biasa kerana sebelum ini kenaikan harga tidak begitu tinggi.  Tak tahu nak tulis macam mana sebab sudah tentu isu kenaikan harga sekarang ini sudah dimonopoli oleh ramai otai-otai blogger.

Sewaktu keluar atas urusan keluarga malam tadi (macam isi borang keluar waktu pejabat pulak), sempat juga meninjau stesyen minyak... melimpah ruah kenderaan hingga ke bahu jalan.

Cerita ini diteruskan begini...


Jalan raya pada awalnya kelihatan tenang dan trafik juga lancar.



Sehinggalah tiba ke satu tempat... kelihatan deretan kereta menunggu sesuatu di pinggir jalan


Sehingga di sini baru perasan rupanya pam minyak dah penuh sesak.


Kereta masuk ke stesyen minyak dari setiap pintu masuk... 


Walau apa pun yang berlaku perjalanan harus diteruskan ditemani lampu neon yang bergemerlapan.  Tiba-tiba terfikir apa perlunya deretan lampu warna-warni itu.  Seandainya sekadar hiasan untuk memberi warna kepada malam... hentikan saja... bukankan itu satu lagi pembaziran... atau akan tunggu sehingga naik lagi satu kadar?

Dah puas membaca (kalau baca terima kasih) dan melihat cerita dari gambar yang kabur itu, kita lihat pula kesan kenaikan harga minyak kepada masyarakat.  Kesan-kesan yang dinyatakan di sini adalah selain dari kesan biasa yang kita akan baca atau lihat.

1.  Isu utama dalam blog
Nak bagi tahu lah ... kan blogger ni wartawan tidak bertauliah.  Walau apa saja berita dan isu semasa semuanya nak dikongsikan bersama pembaca.  Tidak kurang juga isu itu dicoretkan sebagai catatan perjalanan atau diari seorang blogger.

2.  Topik perbualan hangat di Facebook dan Twitter
Kalau tak percaya buka facebook sekarang dan twitter... rata-rata isu kenaikan harga minyak menjadi topik utama.  Tak percaya... silakan percaya :P

3.  Petrol dan Diesel akan segera habis
Malam tadi, kemungkinan juga di sesetengah tempat akan adanya stesyen minyak yang kehabisan stok Diesel dan Petrol.  Ada ker?  Kalau tak habis pun dikatakan habis sebab nak simpan untuk detik 12 malam.

4.  Menjadi sebahagian daripada tajuk assignment, esei atau soalan peperiksaan
Kepada kalian yang sedang belajar terutama Diploma Pentadbiran Awam, topik ini akan menjadi sebahagian daripada tajuk assignment atau soalan peperiksaan akhir bagi Isu-Isu Semasa.  Cepat cari bahan dan banyakkan membaca apa sebenarnya yang berlaku di sebalik kenaikan harga barang dan kesan-kesannya kepada kerajaan serta rakyat Malaysia.  Korang jangan tak tau ini boleh jadi contoh soalan gak nie...

5.  Meneruskan hidup seperti biasa
Walau setinggi mana sekali pun harga minyak dinaikkan kehidupan mesti diteruskan dengan cara dan kaedah tersendiri bagi mengikut perkembangan semasa.  Mungkin juga ada sebahagian daripada bajet terpaksa dicantas atau dikurangkan.  Teruskan hidup dengan akhlak mulia disamping penerapan nilai-nilai murni.  Tak perlu lakukan perkara yang tidak berfaedah...

Kesimpulan
Kenaikan harga minyak pada dasarnya adalah untuk membantu kerajaan dalam menjayakan usaha pembangunan untuk rakyat.  Adalah menjadi harapan rakyat agar usaha itu sampai kepada kumpulan sasar di peringkat akar umi dan tidak tersangkut pada mana-mana peringkat yang tidak sepatutnya.  Rakyat telah berkorban untuk menerima potongan subsidi... maka rakyat juga patut mendapat imbuhan yang setimpal di atas pengorbanan itu.


Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-56.


Sekian adanya... Selamat kepada semua rakyat Malaysia


Carian