Shopping di bulan Puasa
Tidak pasti sebenarnya nak letak tajuk apa walaupun dah berangan-angan macam-macam tajuk untuk menarik SEO dan sebagainya. Memang bukan saya lah kalau tajuk dan entri ini tidak langsung menarik perhatian encik SEO :P.
Shopping adalah perkataan yang sesuai bagi menggantikan membeli-belah. Sebabnya Shopping hanya satu perkataan dan cepat ditaip serta sudah sinonim dengan masyarakat Malaysia terutama blogger picisan. kalau saya salah sila betulkan. Dan... perkataan membeli-belah pula adalah perkataan Melayu yang memang sinonim juga dengan rakyat Malaysia bagi yang menulis esei atau karangan berbentuk ilmiah.
Jadi oleh kerana niche blog ini bukanlah berbentuk ilmiah semata-mata maka saya lebih suka menggunakan perkataan shopping kerana ia terasa seperti dekat dengan naluri kita wanita yang suka 'window shopping' dan 'shopping sakan' terutama ketika perut sedang kelaparan.
Shopping di bulan puasa memang menjadi cabaran terutama apabila menjelang petang sebelum masuknya waktu berbuka puasa. Kerana ketika itu perut yang lapar mampu mempengaruhi ingatan. Senarai yang disediakan mampu tercabar terutama jika tidak ditulis dengan tepat.
Sebagai contoh, tujuan asal ke pusat membeli belah adalah untuk membeli satu barang sahaja sambil menjamu mata (window shopping le tu...). Tetapi bila dah berhadapan dengan ujian dari perut maka ingatan dan mata yang lemah tadi terus mencampur adukkan barangan lain yang tidak termasuk dalam senarai... dan tangan pula memainkan peranan untuk memenuhkan bakul.... hehehe apa benda senarai kalau sekadar satu barang kan? jadi kenalah tambah barang lain lagi yang sesuai paling tidak dua atau tiga barang lagi... barulah boleh dipanggil senarai.
Bukan sekadar Cili Api
Cili api seperti tertera pada gambar di atas adalah tujuan asal shopping tetapi barangan lain yang menjadi bahan sampingan juga tidak dinafikan kepentingannya. Walaupun tujuan asal hanyalah kerana cili api, tetapi disebabkan barangan lain yang 'terlupa' dimasukkan dalam senarai turut perlu dibeli untuk melengkapkan mana-mana yang tidak lengkap.
Ni... la rupa barangan tambahan dan sampingan yang sangat-sangat diperlukan. Mari saya senaraikan, tambahan barangan berkenaan selain dari cili api berserta sebab dan kegunaannya.
1. Ketupat Palas Nona.
Sebab: Ternampak lemang semasa lalu di PARAM tetapi harganya macam mahal sangat. Oleh kerana saya dan anak-anak memang suka makan pulut walaupun sebelum Hari Raya, maka ketupat palas berkenaan memang kena beli untuk buat stok untuk berbuka puasa. Tiada rendang tidak menjadi soal kerana ketupat palas ini makan begitu pun sedap juga atau boleh juga dicicah dengan susu pekat atau sekaya atau sambal tumis ikan bilis.
2. Minyak masak
Sebab: beli botol kecil saja dulu sebab stok di rumah dah habis lagi nak tunggu cukup bulan baru beli botol yang besar sikit. Walau apa pun bulan puasa ni kurang sangat masak goreng-goreng... untuk menumis cukup lah tu.
3. Jus Epal Feel Fresh
Sebab: Itulah adalah pilihan Alif katanya air sarsi di rumah dah nak habis. Lagipun bulan puasa ni teringin pula minum air ada rasa masam-masam sikit baru rasa segar badan. Pandai ler...
4. Salted Peanut.
Sebab: Itu pilihan alif dan ayahnya. Tidak tahu atas alasan apa tetapi itu yang diambil oleh mereka berdua dan tiada alasan. Jangan terkejut walaupun pilihan mereka berdua tetapi menjadi rebutan selepas waktu berbuka puasa.... best juga kan bila makan berebut-rebut nie :P
5. Limau nipis.
Sebab: Nak buat sambal belacan perlu ada limau nipis barulah powerrrr. Banyak yang boleh dibuat dengan limau nipis, antaranya untuk ubat tradisional bagi batuk yang kering .... bukan batuk kering tau. Batuk ni... menyakitkan kerongkong.
Limau nipis dan kicap |
6. Peria
Sebab: Bila dah berumur rasanya perlu kembali kepada makanan yang rasa pahit-pahit sikit. Kerana sekarang saya sering mengalami sakit kepala di bahagian belakang. Encik suami kata itu nak jadi darah tinggi. Stress dengan tekanan kerja, banyak sangat fikir dan mungkin juga tak cukup rehat. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga peria ni sedap juga dimasak tumis bersama udang. Nak buat ulam mentah cicah sambal belacan pun sedap juga neh.
7. Biskut Julie
Sebab: Boleh juga dikatakan sebab terpengaruh dengan CPUV Nuffnang pertama bulan Julai yang masuk pada 7/7/2014 iaitu Julie's x LINE New Packaging. Sebelum ni dah ternampak biskut Julie's tetapi tin lain tidak pula teringin nak beli. Disebabkan nak tahu tawaran apa yang diberikan oleh LINE maka terbeli lah juga... nak tahu apa rasanya. Cuma silap sikit sebab dalam iklan promote tin tu warna pink tetapi tin ini warna merah mungkin sempena perayaan Krismass yang lepas kot sebab tu jugalah rasanya macam lemau walaun dalam paket berasingan. Hmm... tiada dari kalangan kami yang menggunakan perkhidmatan LINE maka barcode itupun terabai.
tin biskut ini saya punya... Peace!!! |
Kesimpulannya
Pertama, walaupun kita terpengaruh dengan mata dan tangan pastikan juga barangan yang diambil itu ada nilai tambah dan amat berguna bukan sekadar ikut kehendak saja. Dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa stabil berjimat cermat adalah jalan terbaik buat masa ini. Kenaikan harga barang memang kita tidak boleh elak walaupun ia bukanlah kehendak kita.
Kedua, ketika membuat pembayaran di kaunter bayaran sila pastikan bilangan barangan yang dibeli adalah sama dengan bilangan yang tertera di dalam resit. Manalah tahu dalam dok sibuk membeli belah... teruja dengan jeritan anak-anak terlupa nak tengok resit. Jika nak dibandingkan harga mungkin kita tidaklah cekap sangat dalam matematik tetapi sekadar mengira jumlah barang yang dibeli tidaklah susah sangatkan.
Jemput drop URL Blog @ Mister Linky's saya.
BalasPadamhttp://drshikinzainal.blogspot.com
Setuju sangat..pergi dengan satu tujuan..kembali dengan seribu tangkapan..itulah shopping ;)
BalasPadam