Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Kebersihan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kebersihan. Papar semua catatan

12 Februari 2014

Rabu Tanpa Kata : Kesedaran Bahaya Denggi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kes Denggi Meningkat!!!

  1. Pastikan kawasan setor, longgokan sampah dan longkang dibersihkan dan bebas dari tempat pembiakan nyamuk aedes.
  2. Sila pastikan kerja pembersihan dilaksanakan dengan sempurna.
  3. "Fogging" secara berkala.
  4. Pastikan kawasan rumah dan tempat kerja bebas daripada tempat pembiakan nyamuk aedes.


kurangkan bercakap, lebihkan tindakan


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com




10 Januari 2014

Ubat kutu vs ubat kudis buta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ubat kutu atau ubat kudis buta, mungkin sama atau tidak.

Bila dah ada anak perempuan macam ni lah.  Masa kecil tak pandai keluar rumah.  Main pun depan rumah ataupun keluar dengan mak bapak jer.

02 Ogos 2013

Pesanan ringkas sebelum bercuti pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Ala-ala van penerangan la pulak kan... nak bagi pesanan segala bagai.  Perhatian sekali lagi... pesanan ini ditujukan kepada semua pembaca blog ini (termasuk penulisnya :D)

Pesanan mesra lagi berhemah ini sebagai ingatan kepada kita semua mengenai apa yang hendak dilakukan sebelum meninggalkan pejabat untuk bercuti panjang dan juga sebelum meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung berhari raya.

Pesanan berbunyi (kena baca kuat-kuat baru boleh dengan bunyi suara sendiri):

  1. Matikan semua suis lampu, kipas, penghawa dingin dan lain-lain peralatan elektrik seperti seterika, cerek elektrik, periuk nasi elektrik, oven elektrik dan lain-lain yang seangkatan dengannya.  Cabut juga plug dari soket.
  2. Matikan juga suis AVR serta komputer termasuk mesin pencetak dan scanner di pejabat dan dirumah (yang mana berkenaan).
  3. Pastikan semua pintu dan tingkap rumah/pejabat ditutup dan dikunci dengan selamat.
  4. Pastikan tiada lubang/ruang yang membolehkan binatang liar memasuki rumah atau pejabat.  Haiwan liar seperti ular dan monyet.
  5. Jika ada tempat air bertakung, hendaklah dibuang dan dibersihkan dengan segera bagi mengelak nyamuk aedes membiak.  Contohnya pelapik pasu bunga.  Pastikan juga tiada bekas yang mengandugi air bertakung di Pantri.  Maklumlah nak cepat dah basuh pinggan mangkuk dan gelas cawan tu... terbalikkan jangan dibiarkan terdedah.
  6. Pastikan rumah atau pejabat ditinggalkan dalam keadaan bersih dan bebas dari sisa makanan bagi mengelakkan kehadiran serangga/binatang perosak seperti tikus, cencorot dan lipas.
  7. Tutup semua punca bekalan air (jika boleh) dan pastikan semua kepala paip ditutup sempurna bagi mengelak pembaziran.  Sekiranya terdapat air menitis dari paip air setelah ditutup ketat dan tak sempat nak panggil tukang untuk 'repair' maka letakkan bekas seperti besen dan letakkan span atau kain didalamnya.  Ini adalah untuk memastikan air tidak bertakung dan mengelakkan pembiakan nyamuk.


Pandu cermat jiwa selamat.

Biar lambat seminit asal jangan tidak sampai langsung.

Sekian adanya ... semoga perkongsian dan pesanan ini dapat dijadikan panduan bersama.  Selamat bercuti.

^-^

'

18 Julai 2013

Pagi yang panas atau hati yang panas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Matahari pagi mula menampakkan sinarnya disebalik kabus pagi yang mula berserakan.

Pagi yang dingin dihangatkan dengan pemandangan di halaman yang tercemar.

Panasnya hati tidak bisa disejukkan oleh dinginnya pagi yang kesamaran.

Bagaimana hati tidak panas bila melihatkan sampah sarap berselerakan di depan halaman.

Menanti peluang dan cara untuk melupuskan sampah sarap itu yang kian hari kian memanaskan suasana dan mencemarkan pemandangan indahnya alam.

Semoga kesabaran ini terus bertakhta di dalam diri.

Sekian. 

SUKA DUKA PENTAS DUNIA

09 Disember 2012

Senangnya buang sampah

As salam,



Sejak dari kecil hidup kita sentiasa dikelilingi dengan sampah.  Tidak kiralah sampah dalam rumah atau sampah luar rumah seperti di dalam longkang atau atas jalan raya.  Kita juga diajar dari kecil supaya tidak membuang sampah merata-rata terutama di atas jalan.

Kemungkinan menimbulkan kesulitan kepada pengguna jalan raya yang lain juga tinggi... dan kita pernah melihat iklan berkaitan di kaca tv... pernah lihat kan?  Kalau tak pernah, nampaknya pihak media elektronik (TV) perlulah selalu mengeluarkan iklan berkenaan... sebagai pesanan dan ingatan kepada masyarakat Malaysia.

Kita juga biasa berjumpa atau terjumpa kebakaran kecil di tepi jalan sama ada kebakaran semak atau sampah yang dibakar dengan sengaja.

Kesihan kepada pembakar sampah itu kerana dia tidak tahu bahawa membakar sampah secara terbuka adalah satu kesalahan yang tidak kurang besarnya dan kesannya kepada pengguna jalan raya.

Semoga kita sebagai pemandu jalan raya yang berhemah sentiasa berhati-hati semasa memandu di jalan raya terutama bila bertembung dengan kepulan asap yang hampir menutup laluan jalan.

 
Biasa juga kita terjumpa sampah sarap yang memenuhi longkang (dalam gambar ini tiada sampah - hiasan saja) di kawasan perumahan atau di kawasan rumah kedai atau juga di tepi-tepi jalan.  Siapa yang membuang sampah di tempat sebegitu sedangkan kita sendiri tidak pernah membuang sampah di tempat sebegitu.

Kita tahu memang senang buang sampah tetapi kita tidak membuang sampah sewenang-wenangnya.  Kita juga tahu kesannya jika kita membuang sampah merata-rata nanti akan mengotorkan tanah air kita  Malaysia yang tercinta.

Pekerja majlis daerah bukanlah bekerja dengan kita untuk mengutip sampah yang kita buang sebaliknya dia bekerja untuk menyara keluarganya serta mengikut arahan dari majikannya.  Pekerja majlis hanyalah mengutip sampah yang terdapat di dalam tong sampah.

Seandainya terdapat sampah yang bertebaran merata jalan ... alangkah baiknya jika sampah itu boleh terbang sendiri masuk ke tong sampah dan menyumpah orang yang membuangnya merata-rata... tak reti-reti nak guna tong sampah.


Contoh gambar bagi penandaan 5S untuk tempat membuang sampah.
Dah nampak tong sampah tetapi masih perlu diletakkan tanda tempat buang sampah, adakah kita masih belum cukup dewasa?
Gunalah tong sampah dengan cara yang betul.  Senangnya buah sampah tak perlu susah-susah.  Pasti hidup kita penuh dengan kebersihan dan kita tidak mendatangkan kesusahan kepada orang lain mahupun diri kita sendiri.

Kita mampu mengubahnya.

Carian