Pengikut Setia

30 Jun 2014

Hadiah Novel | Simfoni Cinta karya Hilal Asyraf

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hadiah Novel |  Simfoni Cinta karya Hilal Asyraf


Agak terlewat sedikit buat entri ini.  Semuanya kerana khilaf manusia sendiri tiada sebab lain lagi :D

Kumpulan Cerpen karya Novelis Islam no. 1 di Malaysia, Hilal Asyraf berjudul Simfoni Cinta.

Novel ini belum habis dibaca... baru masuk bab 2.  Itupun jenuhlah akak berperang dengan mata nie.  Bila buka jer buku...mulalah terbedik-bedik...Sehingga bab yang yang dibaca... memang bagus buku ini... sama seperti yang dimaksudkan oleh penulisnya. 

Terima kasih Edo Hayra dan Syira Lokman.

 


 

Posisi sepanjang Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Posisi sepanjang bulan Ramadhan

sumber:  group whatsapp
Bermulanya tarikh melihat anak bulan Ramadhan, secara automatik kita sepatutnya sudah mula mencongak di mana kedudukan kita.  Kedudukan sepanjang perlawanan liga Ramadhan.  

Gambar di atas, diperolehi dari rakan dalam group whatsapp.  Tidak semua gambar dalam group itu tidak berguna atau diabaikan.  Banyak yang sangat berguna dan sering saya gunakan semula.  Sebagai memanjangkan kebaikan untuk semua kerana tidak semua orang berpeluang mendapat gambar yang berguna sepanjang penggunaan whatsapp.  Betul tak? Kiasan jer 

Okey, kita mulakan bicara posisi sepanjang Ramadhan ini.
Sungguh banyak posisi untuk diambil bagi meraih kemenangan dalam liga Ramadhan ini.  Antaranya

1.  Tidak mengumpat.
2.  Tidak Marah.
3.  Tidak menonting rancangan hiburan.
4.  Kurang mendengar muzik
5.  Jaga pandangan
6.  Banyak Zikir & Istighfar
7.  Eratkan Silaturrahim
8.  Solat Tarawikh
9.  Khatam al-Quran
10.  Solat berjamaah.

Bagaimana?
Sudah pasti salah satu dari posisi di atas kita miliki.  Dan yang terbaik sekiranya kita mampu memiliki semua posisi serangan itu agar kita mampu meraih kemenangan di penghujung Ramadhan.  


Sudah pasti tidak lengkap Puasa di bulan Ramadhan tanpa niat.

Semoga Ramadhan kali ini yang terbaik buat kita.  
Bimbang juga andainya Ramadhan ini yang terakhir.
Allahhu Akbar!


Akhir kata, saya sekeluarga menyusun jari sepuluh mohon ampun dan maaf andainya ada tersilap dan terkasar bahasa.

Ramadhan kareem!


29 Jun 2014

[Puisi] Hadirku di sini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hadirku di sini...
Tidak terjadi sendiri
Bukan kerana paksaan
Tetapi atas kesungguhan
Kerana keinginan hendak berjaya
Meningkat nilai peribadi
Untuk kebanggaan keluarga

Hadirku di sini...
Hendak belajar
Mencari pengalaman
Memacu kejayaan
Untuk maju bersama
Menggapai impian

#nota: puisi bukan puisi Ramadhan namun hadirnya tanpa diduga.

posted from Bloggeroid

27 Jun 2014

Perisytiharan 1 Ramadhan 1435

Assalamualaikum dan selamat sejahtera






Ramadhan karim!!!


Sebentar tadi telah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu bahawa 1 Ramadhan 1435 jatuh pada 29 Jun 2014. Ini bermakna rakyat Malaysia akany mula berpuasa Ramadhan pada hari Ahad, seperti yang tertera pada kalendar tahun 2014.

Ramadhan Karim!!! Semoga kita dikurniakan kesihatan dan kudrat untuk bertemu di Ramadhan ini.



posted from Bloggeroid

Perisytiharan 1 Ramadhan 1435

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Ramadhan karim!!!
Sebentar tadi telah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu bahawa 1 Ramadhan 1435 jatuh pada 29 Jun 2014. Ini bermakna rakyat Malaysia akan mula berpuasa Ramadhan pada hari Ahad, seperti yang tertera pada kalendar tahun 2014.

Ramadhan Karim!!! Semoga kita dikurniakan kesihatan dan kudrat untuk bertemu di Ramadhan ini.

Ramadhan Karim!!!

posted from Bloggeroid

G. A Syoknya Ramadhan Datang Lagi 2014 by Tea & Coffee Lover

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


G. A Syoknya Ramadhan Datang Lagi 2014 by Tea & Coffee Lover

Klik banner di atas untuk turut serta.

Secara kebetulan saya juga peminat teh dan kopi.

Sekarang saya tiada idea nak menulis kerana saya belum minum teh lagi.  

Oleh itu, saya terjumpa GA ini dan terus teruja nak turut serta meraikannya sebagai sokongan kepada rakan blogger.

Walaupun tarikhnya belum bermula tetapi tuan blog nya sudah izinkan untuk buat entri ini.... jadi saya pun buatlah... :P

Terima kasih semua.

(*-*)

Berbakti kepada kedua orang tua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berbakti kepada kedua orang tua



Sesungguhnya diantara sebab terbesar untuk dapat meraih taufik dari Allah Subhanahu wa ta'ala di dunia dan akhirat adalah birrul walidaini (berbakti kepada kedua orang tua). Sebaliknya, diantara sebab terbesar yang menghalangi seseorang untuk mendapatkan taufik dari Allah adalah 'uququl walidaini (durhaka kepada Ayah dan Bunda).  
(Shalih al-Maghamisi hafidzahullah)

Hari Jumaat datang lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jumaat yang berkat


Jumaat yang berkat penghulu segala hari.
Hari ini Jumaat terakhir Syaaban 1435H.
Detik-Detik indah menunggu tibanya Ramadhan beberapa ketika lagi.


Sunnah-sunnah hari Jumaat

Semoga Jumaat ini membawa keberkatan dan kerahmatan sehingga Jumaat akan datang.

Terima kasih.

26 Jun 2014

Janji itu pasti tidak dimungkiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ada apa dengan janji


Gambar hiasan.  Koleksi peribadi

Janji.  Kita selaku manusia biasa sudah pasti ada ketika terpaksa mungkir kepada janji yang kita buat sendiri.  Atas apa jua alasan... kadang-kadang bila janji itu dimungkiri akan menyakitkan dan menyusahkan banyak pihak.  Mungkin tidak kepada diri kita sendiri tetapi tempiasnya pasti ada.

Peritnya berjanji

Bila berkata mengenai janji, saya sendiri akui takut dengan janji.  Janji kepada diri sendiri atau janji kepada orang lain.  Bukan semata-mata kerana kita ini manusia biasa tetapi kerana kelemahan kita apabila berjanji.  Saya sendiri memang lemah apabila terpaksa menerima janji dari orang lain dan takut juga untuk buat janji dengan orang lain.  Ada ketika saya terpaksa meminta orang lain berjanji dengan saya.  Bukan sengaja tetapi itu terpaksa supaya saya tidak terbeban seorang dalam melaksanakan tugas harian.  Setelah 'memaksa' orang lain berjanji dengan saya ... janji itu harus disusuli selalu supaya janji yang 'dipaksa' tadi dilaksanakan dengan sempurna.  Alangkah peritnya bila terpaksa melakukan demikian.  Namun itulah dunia kita... begitu juga dengan saya sendiri kadang-kadang turut dipaksa juga untuk berjanji untuk sesuatu amanah tugas.  Maka janji itu wajib dipelihara dan ditunaikan bila tiba masanya.

Begitulah rutin harian kita bila berhadapan dengan janji.  Bukan kita sahaja yang harus berjanji tetapi sesiapa saja ada peluang dan ruang untuk berjanji dan menunaikan janji.

Apa yang ingin saya nyatakan disini adalah kita selaku manusia biasa tidak lari dari berjanji.  Kita juga seringkali berhadapan dengan janji yang tidak dilaksanakan dengan sempurna.  Keadaan ini membuatkan kita tersepit.  Tetapi kita harus menerima hakikat bahawa manusia itu lemah.  Kita juga harus sedar bahawa kelemahan kita itu kadang-kadang mendatangkan kesusahan kepada orang lain.


Tetapi.... kita harus juga sedar dan insaf bahawa setiap apa yang terjadi itu ada hikmahnya dan kita tidak seharusnya menyalahkan orang lain.  Ada kemungkinan ia juga berkaitan dengan kelemahan kita sendiri dalam penyampaian.

Hakikat yang hakiki adalah janji Allah itu pasti tidak boleh disangkal oleh kita hambanya yang lemah lagi daif ini.  Kita dikurniakan akal untuk memikirkan kejadian alam dan kejadian yang berlaku seputar kehidupan kita.

Pengalaman hari ini mengingatkan saya mengenai janji Allah itu.  Pengalaman itu banyak mengajar saya bahawa kesilapan itu walaupun datang dari kita sendiri tetapi tidak semestinya kita akan tewas dan mengaku kalah dengan mudah.  Walaupun ada ketikanya saya berasa seperti mahu lari jauh dan sembunyikan diri. 



Anda mungkin pernah melihat gambar di atas atau petikan kata-kata yang tercatat pada gambar di atas.

Kita kadang-kadang alpa dan lupa.  Tetapi sewajibnya lekas sedar dan insaf bahawa setiap apa yang diciptakan Allah itu bukan dengan sia-sia.

Hari ini... dan mungkin juga pernah berlaku sebelum ini, saya terpaksa buat suatu kerja yanhg sebenarnya adalah kerja orang lain.  Atas alasan yang tidak dapat dinyatakan maka saya terpaksa menanggung semua kerja itu.  Nampak tidak berat tetapi terasa berat pada pemikiran dan hati.  "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". 

Pertolongan Allah itu pasti seandainya kita yakin dan pasti dengan janjinya.  Alhamdulillah berkat ungkapan Laa Haula wa laa quwwata illa bil-laahil 'aliyyil-'azhiim'.  Bermaksud:  Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung, saya mampu menyiapkan tugasan itu pada masanya... walaupun agak lewat dan mungkin juga terdapat sedikit kekurangan.  Tetapi itu memadailah dengan masa yang ditetapkan. 

Subhanallah.  Pertolongan itu tiba dalam bentuk yang tidak saya sangka.  Tugasan yang pada awalnya disangka amat berat dan sukar menjadi mudah dan ringan.

Perasaan kecewa kerana tidak dapat mengikuti satu program ilmiah terubat dengan selesainya tugasan untuk hari ini.  Semoga saya dapat mengikut program itu pada masa lain dengan izinNya.



Ramadhan kian mendekat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Selamat kembali Ramadhan


Ramadhan kian mendekat
Berbaki beberapa hari saja
Siang malam silih berganti
Menunggu rembulan juga mentari
Silih ganti menjelma pasti

Semoga Ramadhan ini membawa berkat seluruh alam seluruh jasad

Selamat kembali Ramadhan
Pergimu dirindui
Hadirmu amatlah dinanti
Semoga pahala bersilih ganti
Menghiasi laman hati sanubari

Ramadhan yang dirindui
Hadirmu kian menghampiri
Menjenguk di muka pintu hati
Segala hajat kian dirai
Hadirmu Ramadhan diberkati
Membawa rahmat tiada galang ganti

Ramadhan kian mendekat
Hadirmu bakal dirai
Yang diingati lagi dirindui
Hadirlah bersama rahmat seribu bulan
Semoga penuh sarat bekalan 
Seribu bulan bukan sebarang

Puisi rindu buat Ramadhan
Menunggu sabar di pintu hati
Mengharap belas juga simpai
Tibanya Ramadhan pasti dirai 
posted from Bloggeroid

Bila mengingatkan kematian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ingat 3 hari

Gambar hiasan, mungkin ada sedikit kaitan.

Umar bin Abdul Aziz biasa berkumpul bersama orang-orang fakir setiap malamnya. Mereka duduk bersama-sama saling mengingatkan tentang kematian, hari kiamat dan kehidupan akhirat.  Mereka pun menangis di majelis tersebut seolah-olah jenazah ada di hadapan mereka saat itu.  ('Atha)


25 Jun 2014

Rabu Tanpa Kata | Bingkisan hati sempena Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bingkisan Hati Seindah Ramadhan

sumber gambar:  group whatsapp



Rabu Tanpa Kata | Teaser hadiah bersama PhotoGrid

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Teaser hadiah bersama PhotoGrid

Antara hadiah cabutan bertuah???!!!

Ketuk-Ketuk Aidifitri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Ketuk-Ketuk Aidilfitri(KKA) merupakan satu program pertama di Malaysia yang diasaskan oleh Puan Siti Aisyah Bt Zulkifli Ramond yang merupakan seorang pengarah pemasaran dalam syarikat Farich Holdings Sdn. Bhd. Program ini merupakan hak milik dan diuruskan oleh Farich Holding Sdn. Bhd secara sepenuhnya. Program ini direka untuk memberi peluang niaga kepada setiap individu yang berminat menjadi usahawan terutama usahawan muslim.

KKA mengumpulkan pengeluar-pengeluar 'premium cookies' iaitu pengeluar biskut dan kek lapis terbaik dari seluruh Malaysia yang menggunakan bahan-bahan berkualiti dalam menghasilkan biskut mereka. Biskut-biskut dari seluruh malaysia ini dikumpul di HQ(Farich Holdings Sdn Bhd) untuk dijenamakan dibawah program KKA sebelum diedarkan kepada stokis-stokis di setiap negeri sebelum dijual kepada pelanggan. 

Produk KKA ini adalah 100% keluaran muslim dan mempunyai 20 produk iaitu 18 jenis biskut dan 2 jenis kek lapis kukus yang berkualiti dan beraneka rasa. Setiap jenis dihasilkan dengan bahan-bahan yang berkualiti yang berjenama seperti 'Butter Anchor'. Setiap kotak biskut mempunyai 36 keping hingga 60 keping biskut bergantung kepada jenis. 

Senarai jenis dan harga  biskut dan kek lapis boleh dilihat pada katalog dibawah;





Anda boleh dapatkan biskut raya "Premium Cookies Ketuk-Ketuk Aidilfitri' daripada stokis dan agen berhampiran anda.


**tempahan produk-produk KKA akan ditutup selepas minggu pertama puasa 2014**

**update terbaru senarai agen sila ke D'nialiciousBlog**




Rabu Tanpa Kata | Hadiah Misteri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Hadiah Misteri !!!

Rantai kunci dan keronsang 'felt'.  Terima kasih!!!
Misteri kerana tidak diketahui 5w1h 
Adakah anda ???

Ketuk-Ketuk Aidilfitri Giveaways by D'nialicious Cakehouse

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Ketuk-Ketuk Aidilfitri Giveaways by D'nialicious Cakehouse


http://dnialicious.blogspot.com/2014/06/ketuk-ketuk-aidilfitri-giveaways-by.html

Dnialicious Cake House melancarkan Ketuk-Ketuk Aidilfitri Giveaways yang akan berlangsung dari 
24 JUN 2014 hingga 7 JULAI 2014. 
Giveaway ni adalah lain dari yang lain kerana para pemenang dipilih mengikut negeri yer^^. 
2 pemenang dari setiap negeri akan dipilih secara random

Klik banner di atas untuk turut serta merebut kueh yang hebat ini. :P

Berikut adalah contoh hadiah yang bakal dimiliki oleh pemenang bertuah.

    

Special price untuk warga Terengganu Kita!

=> Agak-agak la kan... kalau peserta tu berasal dari Terengganu tetapi menetap di negeri lain ... boss ambil kira tak? Sesaja tanya... mana tahu 


1st prize : 2 kotak biskut dan 1 kek lapis( worth RM 70++!)
2nd prize : 1 kotak biskut dan 1 kek lapis(worth RM 40++!)



Negeri-negeri lain jangan risau!!

2 orang dari setiap negeri akan mendapat sekotak biskut raya dari stokis ketuk-ketuk aidilfitri yang bernilai sehingga RM30 setiap seorang.


psst:// kalau penyertaan memberangsangkan boss kata nak bg grand prize kepada pemenang bertuah.. sorang je tau 1 malaysia.. wowwww~ =) suka tau!!!


Selamat maju jaya kepada semua :D



Rabu Tanpa Kata | Sindrom Selfie

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



The Selfie Syndrome
#selfie


Rabu Tanpa Kata | Kehadiran insan di sekeliling kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sumber gambar:  Group Whatsapp

Terima kasih sahabat (*-*)

Antara catatan berkaitan Jihad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Corak hiasan

Saya pernah mendengar Abu Abdullah (Imam Ahmad) ketika disebutkan kepadanya tentang jihad melawan musuh Allah, beliau menangis dan berkata: Tidak ada amal kebaikan yang dapat menandingi keutamaan jihad di jalan Allah.   (Al-Fudhail bin Ziyad)


24 Jun 2014

Lempeng Oat cicah sambal tumis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Lempeng cicah sambal tumis


Lempeng atau penkek kampung cicah sambal tumis memang sedap dimakan tidak kira masa.  Lempeng untuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang atau makan malam... juga sedap.  Kandungannya memang sesuai sangat dengan selera 'anak tekak' orang Melayu menyebabkan ianya boleh di makan pada bila-bila masa.  Janji buat dengan penuh kasih sayang rasanya pasti lebih memikat selera ahli keluarga... kan?? :D

Lempeng oat di dalam piring coca-cola. :P

Lempeng boleh juga dijadikan menu untuk berbuka puasa atau bersahur.  Tetapi rasanya jarang sangatlah lempeng dijadikan menu untuk berbuka puasa memandangkan banyak lagi menu luar biasa yang boleh diperolehi di mana-mana bazar Ramadhan.


Lempeng, sambal tumis ikan bilis berkentang (comot nya) dan teh o panas. Sedap!!!

Ketika di kampung dulu atau ketika kecil dulu, lazimnya adunan utama lempeng adalah kelapa muda.  Tetapi sekarang kan dah duduk di pekan, mana nak dapatkan kelapa muda.  Yang ada air kelapa muda banyak lah itupun isinya tak berapa ada.

Kita sekarang dah moden jadi tidak salah kita modenkan sikit resepi lempeng.  Bak kata orang tua-tua "tiada rotan akar pun jadi".  Jadi sekarang ... daripada kepada muda kita tukar kepada 'quaker oat'.

Ada sesiapa nak resepi lempeng quaker oat?



Aktiviti bersama anak-anak di padang permainan semasa cuti sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Aktiviti bersama anak-anak merupakan satu agenda keluarga yang membahagiakan walaupun disulami dengan jeritan dan tangisan, kejar-mengejar dan jatuh bangun.  Tangis dan tawa adalah penyedap rasa dalam perhubungan kekeluargaan.  Wah... ala-ala pakar motivasi keluarga pula. :P


Apa nama benda ni entah.  Gambar ini adalah antara sebahagian kecil yang sempat dirakam.  Ada lagi tetapi tidak berapa cantik jadi tidak perlu nak tunjuk sangat kan skill jurugambar yang tidak menjadi.  Buat semak mata memandang saja :P

Secara kebetulan satu pagi yang dingin, ayah tidak bekerja dan umi juga jarang bekerja di hujung minggu.  Ambil kesempatan yang ada untuk membawa anak-anak ke padang di kawasan berhampiran rumah.  Aktiviti ini pada awalnya memang tidak tertulis di mana-mana poster tetapi dapat tahu melalui perbualan di sebuah warung.


Alahai... jenuh juga memujuk si jantung hati umi.  Tak nak bergambar pulak.  
Silap banyak lah, sebabnya umi memang suka tangkap gambar curi-curi ni.
Kan ... dah dapat.   Perasan rambutnya macam Aaron Aziz.  :P


Anak beranak.  Seorang sedang mencari rumput malu, seorang lagi tolong cari, ayah menjaga anak-anak dan si anak lelaki pula sedang meninjau peluang nak bermain di tepi longkang...

Dah jumpa rumput malu tetapi sikit sangat.  Nak cari lain rumput pun dah kering.

Mencari lagi... tak jumpa dan malas nak layan kerenah adik gebu. Kan???



Tak nak berenggang dengan ayah.  Takut bunyi enjin pesawat :P


Abang dah jumpa port yang sesuai untuk main lompat-lompat dengan kawan-kawan.
Mujur juga longkang kering.  Dah banyak hari hujan tak turun neh.

Dalam banyak-banyak gambar di atas.  Seorang lagi tidak kelihatan iaitu baby Abid.  Abid takut sangat dengar bunyi enjin.  Menjerit-jerit... bawa masuk dalam kereta baru diam.  Boleh pula dengan riang-rianya dia  relaks dalam kereta. 

Dan... gambar umi pun memang tak ada.  Maaf lah susah sikit nak bergambar, umi memang tak biasa lah nak interframe.... tolong tangkap gambar untuk anak-anak boleh lah..

Aktiviti seharian dengan anak-anak memang tidak menjemukan.  Walaupun letih tetapi hati puas kerana dapat melihat perkembangan dan kemajuan dalam pembesaran mereka.

Sekian.


Anda mencari ketenangan?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hadirnya ketenangan


Saya hendak berkongsi apa yang saya dapat dari group whatsapp.  
Mungkin juga anda semua pernah melihatnya di mana-mana.  
Saya panjangkan semula catatan ini untuk tatapan semua pembaca.
Memanjangkan kebaikan tidak salah kan?

sumber gambar:  group whatsapp


Ketenangan itu akan hadir bila kamu dekat dengan Allah
dan
keresahan itu akan hadir jika diri kamu jauh dari Allah


Sekian.  Semoga kita sentiasa dalam ketenangan.

23 Jun 2014

Segmen I Love Nuffnang by Dunia sebenar Shida

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berblogging satu aktiviti yang menggembirakan, lebih gembira lagi bila mana blogging berupaya membantu meningkat daya kreativiti dalam dunia multimedia dan meningkatkan tahap pemikiran serta daya penulisan.

Pastinya setiap dari kita tidak sangka bahawa kita akan sampai sejauh ini dalam dunia blogging.  Memang tidak sangka sama sekali, melalui blogging kita dapat berkenalan dengan ramai orang terutamanya blogger. 
Walaupun perkenalan di dunia maya tetapi ianya erat seolah-olah rakan blogger itu berada di depan mata kita.  Kita akan saling memberi sokongan dan bantuan kepada rakan blogger.  Tidak semestinya bantuan itu dalam bentuk material atau duit ringgit tetapi lebih kepada sokongan moral kepada rakan blogger supaya lebih maju ke hadapan dalam dunia blogging.




Pengalaman mendapat bayaran pertama dari Nuffnang

Melalui dunia blogging juga kita dapat sedikit sebanyak pengetahuan untuk menambah tabungan.  Walaupun tidak banyak atau sekadar suka-suka tetapi ianya cukup memberi erti.  Bagi saya sendiri tidak ingat dari blog mana saya mendapat maklumat secara tepat mengenai Nuffnang, portal pengiklanan.  Secara kasarnya saya mula mengenali Nuffnang mulai Mac 2009 atau awal lagi.  Dari awal penglibatan dengan Nuffnang banyak juga pengetahuan dan jatuh bangun dalam mendapatkan sedikit earning melalui kempen CPUV atau kempen CPC.  Mendapat kempen CPUV merupakan satu kegembiraan kepada blogger picisan seperti saya. 

Bayaran pertama dari kempen Nuffnang saya perolehi pada bulan Mei 2010.  Ketika itu jumlah yang diperolehi tidak banyak, cukup sekadar untuk mencukupkan jumlah yang melayakkan.  Ketika itu aktiviti blogging hanyalah dilakukan bila rajin dan bila rasa perlu.  Setelah mendapat cek yang pertama usaha seterusnya adalah mencari jalan dan kaedah bagaimana untuk meningkatkan imej dan watak dalam blog bagi menarik minat pengiklan.

Sehingga sekarang, saya baru mendapat 2 kali bayaran dan 1 kali bayaran masih dalam proses oleh pihak Nuffnang.  Secara purata kadar bayaran untuk blog picisan ini tidak banyak sehingga mencecah ribuan ringgit Malaysia.  Usaha untuk meningkatkan imej blog tetap dipelajari dan akan terus dicari.


Majlis dan Contes Anjuran Nuffnang


Nuffnang memang aktif menganjurkan pelbagai acara kepada ahli dan pengikutnya.  Sayangnya saya belum pernah lagi menghadiri mana-mana majlis anjuran Nuffnang atas alasan utama jauh dan masa yang kurang sesuai.  Jika berpeluang dan kena dengan masa dan majlis yang sesuai, saya mungkin akan hadir juga.  Nantikan kemunculan saya :D

Selain dari itu Nuffnang juga turut menganjurkan contest dengan kerjasama syarikat pengeluar lain seperti contest yang terbaru adalah DiGi – Lalang Sampai Menang Contest!

I Love Nuffnang


Walaupun saya tidak mengenai Nuffnang dan anggota kerjanya dengan lebih dekat tetapi saya merasakan bahawa kami seperti saling mengenali.  Pernah juga terjadi kesilapan teknikal dari pihak Nuffnang, tetapi dengan segera ia diselesaikan.  Seperti salah satu daripada kejadian INI.

Sesekali Nuffnang kelihatan seperti kedekut kerana hampir tidak memberikan peluang untuk kempen CPUV.  Tetapi itu semua ada dasar tertentu.  Bagi memberikan keyakinan kepada Nuffnang, kita perlu bekerja dengan lebih gigih seperti sentiasa mengemaskini profil dan kemaskini survey.

Segmen I Love Nuffnang ini dianjurkan oleh blogger Dunia Sebenar Shida mulai 22 Jun 2014 hingga 28 Jun 2014. 


Klik banner di atas untuk turut serta dalam segmen ini.

Terima kasih atas sokongan semua.

Sebelum sampai penyesalan yang tiada bertepi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


sumber gambar:  group whatsapp


Wajib bagi setiap muslim untuk senantiasa memohon perlindungan kepada Allah dari adzab kubur dan mempersiapkan diri untuk menjalani kehidupan di alam kubur dengan cara memperbanyak amal shalih sebelum ia memasukinya, karena yang demikian itu akan mudah baginya selama ia masih hidup di dunia. 

Apabila seseorang telah memasuki alam kubur, ia pasti akan sangat berharap untuk dapat menambah amal shalihnya walaupun hanya sedikit. Akan tetapi, ia tidak akan mungkin dapat melakukannya. 

Pada saat itu, yang ada hanyalah penyesalan yang tiada bertepi.
(Al-Faqih Abu al-Laits)

Pagi yang selamat dan lebih baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Selamat pagi semua.
2 hari tidak bersiaran di laman blog.
Masa ditumpukan kepada keluarga dan anak-anak untuk hujung minggu yang penuh dengan fantasi dan realiti.


Keindahan pagi ini semoga berkekalan hendaknya.



Selamat bertugas dengan penuh dedikasi.
Semoga kita dikurniakan kesabaran dalam mengharungi cabaran dunia pekerjaan.


Terima kasih.


20 Jun 2014

Disaat kesusahan datang melanda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Di saat kesusahan melanda


Hidup kita memang tidak lepas dari ujian.  Ujian dan cabaran silih berganti.
Untuk lebih menguatkan semangat kita ketika berhadapan dengan sesuatu ujian kita disarankan berdoa.

Rasulullah S.A.W bersabda:  "Barangsiapa dilanda kesusahan dalam sesuatu masalah hendaklah dia mengucapkan Laa Haula wa laa quwwata illa bil-laahil 'aliyyil-'azhiim'.  Bermaksud:  Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung 
(HR Baihaqi dan Ar Rabi'i)

Semoga bermanfaat buat semua.

Disaat kesusahan datang melanda:  Ingatlah Allah, banyakkan istighfar semoga hati kita menjadi tenang dan lebih tabah dalam menghadapi saat kesukaran.

Sekian.


Giveaway [3]: 1st Anniversary Yana & Dean

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





1 Jun 2013 ~ 1 Jun 2014 
Dengan ini Yana Pink Blossom melancarkan Giveaway [3] : 1st Anniversary Yana & Dean. Giveaway ni dianjurkan sempena menyambut genap setahun usia perkahwinan Yana & Dean. 



[ Klik Banner Untuk Join ]


SENARAI HADIAH :-

5 buah Al-Quran + DVD (Tafsir + Tajwid) x 5 pemenang (Random.org)
Cash RM20 x 1 pemenang (Top Referral)

Cash RM20 x 1 pemenang (Ucapan Paling Kreatif & Menarik)


PRINTS SCREEN

1. Zespri Kiwi Fruit





UCAPAN UNTUK YANA & DEAN :-

Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan buat Yana & Dean.  Semoga rumahtangga kalian berdua berkekalan bahagia hingga ke syurga.  Semoga dimurahkan rezeki yang halal lagi baik dan diberkati dunia hingga akhirat.  Cahaya mata penyeri hidup pasti tiba bila sampai masanya.  Inshaa Allah.  



*Nota : Semoga bloggerista semua sudi support GA ni dan mendoakan yang terbaik buat kami Yana & Dean. Semoga dengan doa-doa daripada kalian, impian Yana & Dean akan tercapai. Insyaallah.




Ranking Alexa pada 20.6.2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ranking Alexa pada 20.6.2014

Rank:  332,365
Links in:  241
Sumber:  rujuk SINI





Jatuh bangun dalam dunia blogging sudah menjadi resam.  Kita memang biasa berusaha untuk mendapat tempat yang terbaik dalam apa juga yang kita lakukan termasuk dalam meningkatkan tahap PR blog.  Namun atas alasan tertentu usaha kita terbantut bukan kerana kesilapan orang lain tetapi lebih kepada diri sendiri kerana gagal untuk menjadi penulis blog yang disegani atau diminati ramai.

Global Rank :  323,011 (jatuh sebanyak 5,141 dari 3 bulan lepas) :(
Rank in Malaysia:  2,636 (jatuh lagi)
Rank bulan lepas rujuk di SINI

Bukan untuk menjejaki masa silam, tetapi rank alexa untuk blog yangbaik nampaknya telah jatuh menjunam seolah berada pada 2 atau 3 tahun lepas.  Agak kesal juga kerana pada awal bulan Mei 2014, Global Rank adalah 298,000.  

Nampaknya untuk menaikkan lagi Global Rank atau Rank di Malaysia menjadi semakin sukar dan memerlukan usaha lebih gigih lagi.  Antaranya dengan menghasilkan karya yang lebih baik dan berkualiti serta diminati.  

Wah... hari ni jadi pakar motivasi untuk diri sendiri pula.  

Cabaran dunia blogging:  
Bila dah dapat rank yang terbaik kenalah pertahankan atau berusaha untuk menjadi lebih baik.

Sekian.




Carian