Pengikut Setia

21 Julai 2013

Erti Sebenar kasih sayang dan kejayaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berkongsi lagi cerita dan kisah kehidupan yang mungkin ada pernah terjadi dalam hidup kita atau sekeliling kita.



ERTI SEBENAR KASIH SAYANG

Renungan Buat Kita Semua:

Seseorang kanak-kanak yang secara lazimnya dibesarkan dalam suasana yang sentiasa dikawal dan dipenuhi apa jua permintaannya akan terpupuk dengan ‘mentaliti kelayakan’ (entitlement mentality) dalam hidupnya dan akan sentiasa meletakkan kepentingan peribadi sebagai keutamaan dalam apa jua yang dilakukannya.  Insan seumpama ini selalunya tidak akan nampak usaha dan sumbangan kedua orang tuanya dalam membesarkannya.  Apabila dia mula melangkah ke alam pekerjaan, dia membawa anggapan bahawa setiap orang mesti mendengar kata-katanya, dan apabila kerjayanya meningkat ke tahap yang lebih tinggi, misalnya menjadi seorang pengurus, dia tidak akan mengerti apa-apa penderitaan yang dilalui oleh pekerjanya, sebaliknya akan sentiasa menyalahkan orang lain.

Orang-orang seperti ini mungkin mempunyai kelayakan akademik yang baik dan dapat mengecapi kejayaan untuk seketika, tetapi akhirnya tidak dapat menikmati erti pencapaian dan kejayaan yang sebenar.  Mereka suka merungut dan dipenuhi rasa kebencian terhadap orang lain dan berterusan mengejar kebendaan bagi menambah apa yang sudah diperolehi.

Jika kita tergolong dalam kelompok ibu bapa yang suka mengawal anak-anak, marilah kita berfikir sejenak, adakah kita berbuat demikian sebagai manifestasi kasih sayang kita yang sebenar-benarnya terhadap mereka atau adakah kita sebenarnya memusnahkan masa depan mereka?

Kita boleh menyediakan anak-anak dengan rumah besar yang tersergam indah, menjamu makanan yang lazat-lazat, menghantar mereka belajar main piano mahupun membelikan untuk mereka set televisyen yang besar, tetapi apabila kita melakukan kerja rumah seperti memotong rumput, ajaklah mereka bersama melakukannya bagi merasai sendiri pengalaman ini.  Selepas makan pula, ajar mereka basuh pinggan mangkuk bersama adik-beradik yang lain.  Ini tidak bermakna kita tidak mampu mengupah pembantu rumah, tetapi kita sebenarnya mahu menzahirkan rasa kasih sayang kepada mereka dengan cara yang betul.  Kita mahu mereka faham hakikat bahawa betapa kaya ibu bapa mereka sekalipun, suatu hari mereka akan menjadi tua, rambut beruban serta kekurangan kudrat – perlukan bantuan orang lain, bukan selama-lamanya mampu melakukan kerja-kerja sepertimana sewaktu zaman muda mereka dahulu.

Perkara pokok yang sangat penting kita beri tumpuan ialah supaya anak kita belajar untuk menghargai usaha dan sumbangan orang lain dalam kehidupan mereka, menghayati kesusahan yang mereka itu lalui dan menghargai usaha-usaha kerja berpasukan bagi mencapai apa yang diimpikan.  Kita mahu anak-anak faham bahawa kejayaan tidak datang begitu sahaja tanpa usaha dan tawakkal yang seikhlasnya.






Sekian adanya.  Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca kisah tertulis di atas.

20 Julai 2013

Ada Beri Dapat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini telah masuk Ramadhan ke-11. Masuk fasa ke-2 dalam bulan Ramadhan.

"Kita sudah berada di fasa ke dua Ramadan iaitu sepuluh hari ke dua Ramadan yang merupakan fasa pengampunan maka marilah kita memohon sebanyak mungkin pengampunan dari ALLAH SWT untuk diri kita, ibubapa, keluarga dan seluruh umat Islam yg hidup dan yg telah meninggal." Denaihati Ilhamku

Nak segarkan kembali dan untuk peringatan kepada diri sendiri mengenai kata-kata ini yang didengar dari Prof. Dr. Muhaya iaitu 'Ada Beri Dapat'.  Konsep ini mungkin sudah biasa kita dengar atau dapat di mana-mana tetapi kadang-kadang kita alpa dan tidak sedar bahawa ia sebenarnya sedang berlaku di sekitar kehidupan kita.


Ada Beri Dapat

Apa yang kita ada berikan kepada orang dan kita akan dapat semula.

Semua orang pastinya mahukan yang terbaik dan elok-elok.  Untuk itu berikan yang terbaik kepada orang.  Tidak semestinya kita akan dapat dari orang sama yang kita beri tetapi kita sendiri tidak sedar. 

Bagaimana kita nak beri kebaikan?  Ha... untuk itu lah kita perlu wujudkan kebaikan dalam diri kita supaya kita dapat berikan kepada orang lain dan kita akan dapat banyak kebaikan.

Contoh yang paling senang seperti yang telah dikatakan oleh Prof. Dr. Muhaya dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pagi tadi adalah senyuman.  Tidak susah hendak mengukir senyuman.  Berikan senyuman kepada orang lain dan insyaAllah kita akan rasa bahagia.

Seandainya kita mendapat keburukan dari orang lain kemungkinan adalah kerana kita pernah 'memberi' keburukan kepada orang lain.  Nau'zubillah.

Ada senyuman Beri Senyuman Dapat Senyuman.  Hindari dari memberikan sesuatu yang negatif kepada orang lain.

Sekian.  Suka Duka Pentas Dunia.

Ramadan Karim!

(*-*)

Segmen Kad Raya by DiyanaHani

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sebagai sokongan kepada rakan blogger yang menganjurkan segmen mudah dan ringkas.  :D






 

 Segmen Kad Raya by DiyanaHani berlangsung selama seminggu iaitu bermula pada 20/7/2013 sehingga 27/7/2013.Segmen ini  diadakan untuk memberi penghargaan kepada penyokong-penyokong blog ini bersempena dengan hari raya aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi. 


KLIK BANNER DAH JOIN 



Carian