Setiap orang dari kita mempunyai hak atau tanggungjawab. Bila nak bercakap mengenai hak seringkali disalahtafsir sebagai kebebasan diri sendiri untuk membuat pilihan sehingga terlupa akan hak orang lain ke atas diri kita.
Maaf andai kata catatan kali ini mungkin sedikit menyentuh peribadi atau tingkahlaku pembaca secara langsung atau tidak. Secara dasarnya isu ini pasti menyentuh semua orang sama ada secara langsung atau tidak. Tetapi percayalah isu ini dibangkitkan bukan untuk menimbulkan kemarahan tetapi lebih kepada ingatan kepada diri @yangbaik sendiri agar sentiasa mengingati akan hak orang lain dan tidak sekadar mementingkan diri sendiri.
Banyak hak orang lain dan salah satunya dalam penggunaan harta awam contohnya SURAU. Ketika di dalam surau sudah pasti kita akan memikirkan bahawa kita ada hak untuk bercakap tetapi dalam masa yang sama tanpa disedari orang lain juga ada hak untuk mempunyai suasana aman tanpa 'kebisingan' untuk memberikan kekusyukan dalam beribadah terutama solat.
Bukan sekadar solat sahaja, malahan dalam penggunaan kemudahan yang ada di dalam SURAU seperti penyidai, sejadah dan telekung.
Bila mana kita menggunakan kemudahan yang ada, sudah pasti dalam masa yang sama orang lain juga hendak menggunakan kemudahan berkenaan. Baiklah bila dah ada orang lain terlebih dahulu menggunakan kemudahan berkenaan maka sudah pasti kita perlu mengikut giliran andaikata kemudahan itu tidak mencukupi. Tidak perlu kita menutup kemudahan yang ada hanya untuk kepentingan diri sendiri.
Biar sedikit dahulu perkongsian rasa hati yang terbuku ... rasanya makin banyak ditulis rasa macam makin panas pulak.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.