contoh gubahan hantaran |
Bagaimana nak mulakan apabila segalanya kadang-kadang kelihatan seperti terdesak atau tidak sabar. Maka haruslah disimpan rasa itu, berusaha untuk tidak menghebahkannya kepada orang lain walaupun sekadar catatan picisan. Sesekali terasa seperti muak dan cuak pun ada juga bila terbaca kisah-kisah yang entah kita sendiri tidak pasti.
Bagi sesetengah orang mungkin boleh terima. Tetapi sesetengah orang yang lain pula ... eeeeiiii macam saja nak mengada-ngada... simpan lah sikit perasaan itu dik! Tidak perlu diluahkan segalanya. Hidup kita memang lah milik kita tetapi tidak semestinya semua perkara harus disebarkan ke serata alam...
Simpati atau kasihan?
Kehidupan kita adalah milik kita sesekali tidak perlu dicampur aduk dengan kebebasan hidup orang lain yang belum pasti akan bersetuju dengan cara kita. Perasaan orang kita tidak boleh teka dan tidak juga kita boleh duga adakah sebenarnya yang dikatakan okey itu dia suka atau tidak.
Ahhh! tidak kisahlah nak kata apa pun. Yang pastinya yang lepas sudah lepas dan sudah disalahtafsirkan.... andai kata ada yang terasa atau terguris di hati... maaf lah teguran ini bukan untuk menyakitkan hati tetapi sekadar nasihat kecil yang mungkin tidak berguna... jadi ... abaikan saja.
jangan perlekehkan imbuhan daripada sebuah "kesabaran" ;)
BalasPadamsebab itulah... martabat sabar itu tinggi tetapi dek kerana kurangnya harga diri maka secara tidak langsung harga sebuah kesabaran tergadai...
BalasPadam