Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Korban. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Korban. Papar semua catatan

14 Jun 2024

Tahukah anda bahawa 1 bahagian BOLEH DIKONGSI bersama ahli keluarga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Posting ini adalah perkongsian semula dari rakan Aman Palastine. Dikongsikan di sini untuk ingatan dan pengetahuan juga untuk pelbagaikan maklumat di serata platform yang ada selain dari wasap grup.


Tahukah anda bahawa 1 bahagian BOLEH DIKONGSI bersama ahli keluarga


Di dalam hadith Sahih Muslim, Rasulullah saw ketika mengorbankan seekor kibas, Baginda membaca: “Bismillah(dengan nama Allah), ya Allah terimalah dari Muhammad, keluarga Muhammad dan dari umat Muhammad!” Lalu beliau pun langsung menyembelihnya.” Sahih Muslim


Dalam mazhab Syafie, Harus berkongsi duit untuk membeli satu bahagian korban.


Namun begitu, KORBAN tetap perlu dimiliki oleh SATU PENAMA SAHAJA.



Berkenaan status pahala pula, penama bagi haiwan korban tersebut DIGANJARKAN PAHALA KORBAN adapun bagi pihak yang berkongsi duit diganjarkan pahala sedekah kerana menghadiahkan sejumlah duit untuk memudahkan urusan beli haiwan korban tersebut.


PENTING UNTUK GAZA TERUS MENERIMA BANTUAN MAKANAN SEGERA.
JADI AYUH KITA BANYAKKAN HANTAR DAGING KE GAZA


Perang di Gaza adalah perang terburuk dalam sejarah hidup kita.

Allah SWT sedang menguji kita semua, dimana umat Islam diwaktu saudaranya ditimpa kesusahan! di mana kita dalam bahagian perjuangan ini.

๐ŸŒŸ Ayuh sertai SEDEKAH DAGING untuk saudara kita di Gaza

๐Ÿฅฉ 1 keluarga 1 KORBAN 1 BAHAGIAN KERBAU di GAZA

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :

“Sesungguhnya antara amalan yang paling disukai Allah ialah memasukkan kegembiraan ke dalam hati mukmin, iaitu melepaskan dia dari kesedihan, atau menyelesaikan hutang yang ditanggunginya, atau memberinya makan ketika dia kelaparan.” (Al-Baihaqi)

✅ Kami mengajak tuan/puan untuk sama-sama mengajak ahli keluarga untuk turut sertai dalam apa jua jumlahnya bagi menghantar Sedekah Daging ke Gaza.
Jumlah Sedekah Daging boleh dibuka mengikut kesesuaian tuan/puan sendiri RM250/RM100/RM50/RM10/RM1.

๐ŸŒŸ Mesti seronok bila ibu, ayah, abang , kakak, nenek, Mak long dan Pak Su serah wang untuk berkongsi ibadah korban.
Lagi terharu duit yang terkumpul dapat buat Korban 1 BAHAGIAN KERBAU PALESTIN

Sedekah Daging ini ⛔️ TERHAD HANYA 1 EKOR KERBAU ๐Ÿƒ sahaja untuk 7 buah keluarga!
InsyaAllah kalau ramai penyertaan kami akan BUKAN SLOT KERBAU KEDUA

✅ Pembayaran SEDEKAH DAGING SEKELUARGA boleh dibuat melalui akaun KELAB PERWIRA MALAYSIA di :-

๐Ÿ”น Bank Rakyat : 1102185403
๐Ÿ”น Bank CIMB : 8604540809

✅ Hantar resit transaksi dan maklumat Tuan/Puan ke whatsapp:
wasap.my/60108460076/NakSertaiSedekahDaging1000

✅ Sertakan maklumat berikut:
Nama Keluarga :
No. Tel :
Emel:
Tujuan Sumbangan : KORBAN 1 BAHAGIAN KERBAU PALESTIN

✅ Atau lebih pantas di sini ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ:

https://bit.ly/TabungKorban10Zulhijjah
https://bit.ly/TabungKorban10Zulhijjah


"Kita Perwira Palestin."


Semoga bermanfaat.


29 Ogos 2017

SERUAN DAN RAYUAN KEMPEN IBADAH KORBAN DAN AKIKAH 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


*SERUAN DAN RAYUAN KEMPEN IBADAH KORBAN DAN AKIKAH 2017*



Raya korban makin menghampiri
Syiar Islam yang mesti diingati
Mereka di sana menanti-nanti
Sumbangan kita pada hari ini

Buat mereka yang telah menyertai
Alangkah baiknya sebarkan rayuan ini
Biar pahala kita berganti-ganti
Sebagai bekalan di kemudian hari

☘☘☘☘☘☘☘☘☘

Berbaki beberapa hari lagi menjelang Aidil Adha, sasaran korban masih jauh.

Namun, peluang dan ruang masih terbuka luas buat para dermawan dan pencinta perjuangan suci ini.

Andainya boleh dikongsi secebis nikmat yang dipinjamkan selama ini bersama saudara kita di sana..

Pengorbanan kita, harapan mereka

๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ

Aman Palestin telah menyasarkan sebanyak RM2.7 juta yang akan digunakan untuk membeli haiwan korban di samping bantuan persiapan untuk meraikan hari raya korban pada tahun ini.

Projek Ibadah Korban dan Akikah ini dianggarkan akan memberi manfaat kepada lebih 250,000 orang di Gaza, Tebing Barat, Masjidil Aqsa, Lubnan dan Syria. Tidak lupa juga kepada rakyat Palestin dan Syria yang telahpun berada di tanah air kita, Malaysia.

*Justeru, pihak kami menyeru dan merayu kepada semua untuk bersama-sama menyumbang dengan menyertai pakej berikut:*

*Ibadah Korban di Palestin dan Syria*
1 Bahagian Lembu | RM1,900
1 Ekor Kambing | RM1,900
Sedekah Korban | RM350

*Ibadah Korban di Malaysia (untuk rakyat Palestin dan Syria di Malaysia)*
1 bahagian Lembu | RM800
1 Ekor Kambing | RM1,000

๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ

*CARANYA? TIGA LANGKAH MUDAH๐Ÿ‘‡๐Ÿป*


1️⃣ *Hulurkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin Berhad*

Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Muamalat: 12070005133717
RHB Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922

2️⃣ *Sms/whatsapp/emel slip transaksi* ke

Us Farhan 013-3513040
Us Farhan 013-3513040
Pejabat 03-55105867
farhan@amanpalestin.net

3️⃣ *Sertakan (untuk rekod dan rujukan kami)*

Nama :
Alamat :
No. kad pengenalan :
No. telefon :
Emel :
Tujuan : (Cth ; 1 Bahagian Lembu)

๐Ÿ’ *Tolong tularkan (viralkan) mesej ini kepada semua kenalan sama ada group whatssap, telegram, FB dan sebagainya.* Bukan untuk saya tetapi untuk saudara seIslam kita di Palestin, Syria, Lubnan dan sekitarnya. Wakil kita yang berjuang mempertahankan kedaulatan Bumi Al-Aqsa dan Bumi Syam yang diberkati.

#denganjiwa
#dengandarahkami
#jommenyumbang
#pengorbanankitaharapanmereka
posted from Bloggeroid

28 Ogos 2017

Upah Penyembelih, Pelapah dan Petugas Korban

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Upah Penyembelih, Pelapah dan Petugas Korban


Hari Raya Korban bakal berkunjung lagi.  Ramai orang telah bersedia dengan lembu dan kambing untuk korban.  Sama ada sedang mencari yang paling baik atau sudah mendapatkan baka yang terbaik untuk dikorban.  Korban yang terbaik semoga mendapat berkat dan pahala berpanjangan.  

Dalam masa persediaan kita itu, ingin SZ kongsikan wacana yang dikeluarkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor.  Dikongsikan semula untuk manfaat dan peringatan kita bersama.




ุนَู†ْ ุนَู„ِูŠٍّ ู‚َุงู„َ ุฃَู…َุฑَู†ِูŠ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุฃَู†ْ ุฃَู‚ُูˆู…َ ุนَู„َู‰ ุจُุฏْู†ِู‡ِ ูˆَุฃَู†ْ ุฃَุชَุตَุฏَّู‚َ ุจِู„َุญْู…ِู‡َุง ูˆَุฌُู„ُูˆุฏِู‡َุง ูˆَุฃَุฌِู„َّุชِู‡َุง ูˆَุฃَู†ْ ู„َุง ุฃُุนْุทِูŠَ ุงู„ْุฌَุฒَّุงุฑَ ู…ِู†ْู‡َุง ู‚َุงู„َ ู†َุญْู†ُ ู†ُุนْุทِูŠู‡ِ ู…ِู†ْ ุนِู†ْุฏِู†َุง

Dari Ali RA ia berkata; "Aku disuruh Rasulullah SAW mengurus penyembelihan haiwan korban, menyedekahkan daging dan kulitnya, serta mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. Tetapi aku dilarang oleh baginda mengambil upah untuk tukang potong dari haiwan korban itu. Maka untuk upahnya kami ambilkan dari wang kami sendiri." (HR Muslim No: 2320) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:


1.  ๐Ÿ‚Daging serta apa-apa sahaja daripada binatang korban hendaklah disedekahkan kepada yang berhak seperti fakir miskin serta jiran tetangga.

2.  ๐Ÿ‚Memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau petugas sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah termasuk juga dalam hukum jual beli, iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja yang dilarang.

3.  ๐Ÿ‚Imam an-Nawawi ketika mengulas hadis itu menyatakan dalam Syarah Sahih Muslim: “Hadis ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan korban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu juzuk darinya. Ini adalah tidak dibolehkan” (9/435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut).

4.  ๐Ÿ‚Telah sepakat al-Imam al-Syafii dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafii bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan `umrah dan sembelihan korban dijual oleh peserta korban. Sama ada ia korban nazar atau sunat. Hal ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih. (8/419-420. Beirut: Dar al-Fikr)

5.  ๐Ÿ‚Hadis ini bukan melarang memberikan upah kepada para penyembelih, pelapah atau petugas. Larangan hanya jika upah itu diambil dari bahagian korban. Upah itu boleh berbentuk wang atau selainnya yang tidak dari bahagian korban. Kerja dan tenaga seseorang itu patut dibayar upah.

6.  ๐Ÿ‚Saidina Ali menyebut: Maka untuk upahnya (penyembelih dan pelapah), kami ambil dari wang kami sendiri.

7.  ๐Ÿ‚Jika diberi kepada penyembelih atau petugas dari apa yang dikorban disebabkan kemiskinannya atau sebagai hadiah kerana dia jiran dan sebagainya, maka ini tidak mengapa. (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.)

Peringatan


๐Ÿ”ชJusteru itu, diingatkan kepada para petugas korban, JANGAN sekali-kali mengambil sendiri bahagian dari sembelihan korban sebagai habuan seperti kaki, kepala, ekor dan lain-lain melainkan yang dihadiahkan oleh orang yang berkorban atau yang diterima seperti agihan kepada penerima lain yang layak.๐Ÿ”ช

Oleh itu marilah kita bersikap AMANAH dan RAHMAH sebagai petugas, penyembelih juga pelapah dalam melaksanakan ibadah korban.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
 
28hb Ogos  2017 | 06hb Zulhijjah 1438H | Isnin

Terima kasih kerana membaca entri ini Upah Penyembelih, Pelapah dan Petugas Korban
szi๐Ÿ’š

Carian