Kalau belum ada idea nak buat amal soleh, saya kongsikan 7 amalan simple tapi berpahala tinggi. Cuba amalkan.
Kalau tak mampu buat 3, dapat 1 pun ok sangat dah. Ini senarainya :
- Pulun MENGAJI. Cuba baca 1 juz sehari. Nak lebih baik, baca 3 juz sehari. Cukup 10 hari, dapat khatam 1 Quran. Berjuta pahalanya tu.
- Pulun PUASA. Cuba puasa selang sehari, ikut gaya Nabi Daud. Jangan lupa 9 zulhijjah ‘wajib’ puasa sebab ia menghapuskan dosa kita 2 TAHUN.
- Pulun ISTIGHFAR, sekurangnya 1,000 kali sehari. Ulama kata, istighfar ni kunci pembuka ‘for everything’ : rahmat, rezeki, berkat dll.
- Pulun SOLAT SUNAT. Yang terbaik cuba tahajjud sepanjang 10 hari. Tapi kalau tak mampu, cuba istiqomahkan solat dhuha ke, solat taubat ke dll.
- Pulun SELAWAT. Cuba target 100x sehari. Baca ‘sollallahu ala muhammad, sollallahu alaihi wasallam’ pun ok dah kalau tak mampu baca selawat versi panjang.
- Pulun BERZIKIR. Bacalah zikir yg anda biasa lazimi spt ‘subhanallahi wabihamdihi subhanallahil azim’. Cuma, gandakan jumlahnya. Kalau hari biasa buat 100x, kali ni cuba 300x.
- Pulun BERSEDEKAH. Siapa mampu sedekah banyak, silakan. Tapi bagi yang bajetnya terhad, cukup RM 30 sehari pun ok. Tapi kita infaq setiap hari sepanjang 10 hari ni.
Inilah antara amalan mudah tapi berkah. InsyaAllah jika kita istiqomahkan, ada ’NUR’, cahaya yang Tuhan masukkan dalam hati. Cahaya berupa, rasa nikmat berbuat taat. Mahal sungguh nikmat ni. Siapa dapat, beruntung dunia akhirat.
Ust Asraff Ayob
thank you for sharing...
BalasPadamsama2. semoga bermanfaat
PadamPerkongsian yang menarik. Terima kasih kerana berkongsi.
BalasPadamsemoga sama2 mendapat manfaat.
PadamTerima kasih atas perkongsiannya...
BalasPadam