Bubur nasi macam bubur lambuk
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
30 September 2021
29 September 2021
29 SEPTEMBER | HARI JANTUNG SEDUNIA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
29 SEPTEMBER | HARI JANTUNG SEDUNIA
Penyakit jantung dianggap sebagai 'pembunuh senyap' tidak mengira latar belakang mangsanya. Jantung adalah organ penting untuk badan yang mana ia berfungsi untuk mengepam darah yang membawa oksigen dan nutrien kepada semua organ dan anggota badan.
Sempena hari jantung sedunia, bersamalah kita menjaga kesihatan jantung dengan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.
* Amalkan suku suku separuh
* Hidup tanpa tembakau dan alkohol
* Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak
* Jalani saringan kesihatan dan ketahui isiko kesihatan
* Amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam
* Kawal stress dengan bijak
* Kekalkan berat badan unggul
update:
Sama-sama kita amalkan gaya hidup sihat.
28 September 2021
Giveaway by Shida Radzuan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Bestnya, rakan blogger Shida Radzuan organize Giveaway lagi. Kesempatan yang yang tidak harus dilepaskan. Ada beberapa kali dah akak terlepas join giveway Shida Radzuan, sebab masa tu tak berapa aktif dengan blog. Kali ini tak boleh lepaskan lagi.
Ada apa dengan Giveaway By Shida Radzuan pada kali ini?
Giveaway by Shida Radzuan
Nak tau... klik banner di atas. atau klik pada caption.
Banyak yang saya suka dengan blog Shida. Antaranya:
1. Paparan blog yang ringkas. Tak banyak warna dan corak.
2. Cepat loading. Tak perlu tunggu lama, klik jer pada link blog shida di Best Blog 2021... dengan pantas terus keluar paparan blog Shida.
3. Content yang menarik, ada info dan maklumat. Entri santai pun menarik dan terselit juga info.
Demikian serba ringkas dari akak. Korang jom join... klik link pada banner di atas.
Giveaway by Shida Radzuan
Ada apa dengan Giveaway By Shida Radzuan pada kali ini?
Giveaway by Shida Radzuan
Nak tau... klik banner di atas. atau klik pada caption.
Apa yang saya suka dengan blog Shida?
Banyak yang saya suka dengan blog Shida. Antaranya:
1. Paparan blog yang ringkas. Tak banyak warna dan corak.
2. Cepat loading. Tak perlu tunggu lama, klik jer pada link blog shida di Best Blog 2021... dengan pantas terus keluar paparan blog Shida.
3. Content yang menarik, ada info dan maklumat. Entri santai pun menarik dan terselit juga info.
Demikian serba ringkas dari akak. Korang jom join... klik link pada banner di atas.
Nasi Lemak Kari Daging Kuah Rendang
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Nasi lemak hari ni pelik sikit. Selalunya letak rendang daging atau rendang ayam. Tapi isi rendang dah habis, jadinya jadilah kari daging kuah rendang. Suami akak ni macam faham jer kan. Akak kurang sikit kalau nasi bungkus letak kuah. Kari daging tu ambil daging saja dan tambah kuah rendang yang masih berbaki. Untuk tengahari, makan bihun goreng. Juga dari gerai yang sama. Lawan pula dengan vico panas.
Nasi Lemak Kari Daging Kuah Rendang
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bernafas lagi pada hari ini.
Seperti biasa dan selalunya, bila hari bekerja jarang masak pagi kat rumah. Kalau masak pun air panas jer untuk buatkan air milo atau teh untuk sarapan anak-anak. Kadang-kadang sempat juga goreng nasi atau bakar roti itu pun untuk anak-anak di rumah. Mak nak kerja ... beli jer sarapan di gerai tepi jalan.
Hari ni, hasrat hati nak beli pulut rendah di kedai depan ayam ori, tapi tak dapatlah orang ramai dok menunggu. Cari di gerai lain... lambat sikit sampai. Suami yang turun beli, akak memang malas nak turun kereta.. tunggu order sampai jer hehehe
Nasi lemak kari daging |
Nasi lemak hari ni pelik sikit. Selalunya letak rendang daging atau rendang ayam. Tapi isi rendang dah habis, jadinya jadilah kari daging kuah rendang. Suami akak ni macam faham jer kan. Akak kurang sikit kalau nasi bungkus letak kuah. Kari daging tu ambil daging saja dan tambah kuah rendang yang masih berbaki. Untuk tengahari, makan bihun goreng. Juga dari gerai yang sama. Lawan pula dengan vico panas.
Alhamdulillah. Selesai sarapan dan makan tengahari. Rezeki yang berbeza namun tetap ada.
27 September 2021
Meraikan Perpisahan Sahabat Yang Baru Dikenali
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Nak meraikan besar-besaran tak dapat, bersederhana pun tidak. Hanya sekadar yang ada. Hari ini diberikan kesempatan berjumpa dengan sahabat yang tidak berapa hari lagi akan berhenti kerana mengikut suami. Isteri mithali. Kami di pejabat pasti kesunyian dengan ketiadaanmu tetapi memori bersama tetap tersemat di sanubari.
Meraikan Perpisahan Sahabat Yang Baru Dikenali
Baca tajuk macam pelik. Ya, sahabat yang baru dikenali dan rapat baru saja beberapa bulan, belum sampai setahun. Dalam tempoh beberapa bulan yang kenal ni, hanya jumpa beberapa hari saja dalam seminggu disebabkan penggiliran tugas sepanjang PKPP. Nak kata tak sedih tak juga, tapi rasa tak puas lagi mengenali sahabat dengan lebih dekat.
Jala Jelita Viral |
Nak meraikan besar-besaran tak dapat, bersederhana pun tidak. Hanya sekadar yang ada. Hari ini diberikan kesempatan berjumpa dengan sahabat yang tidak berapa hari lagi akan berhenti kerana mengikut suami. Isteri mithali. Kami di pejabat pasti kesunyian dengan ketiadaanmu tetapi memori bersama tetap tersemat di sanubari.
Semoga sahabat kami yang amat disayangi ini berbahagia dengan pilihan yang dibuat dan dimudahkan urusan serta dikurniakan kekuatan dalam mengharungi hidup bersama keluarga.
Semoga kia bersua lagi. Good Luck Shiera.
22 September 2021
Hidup ini penuh kata laluan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Hidup ini penuh kata laluan
Setiap hari terpaksa hadap kata laluan
Terlupa kata laluan hidup jadi tak keruan
Setiap aplikasi perlu kata laluan
Nak transfer payment perlu kata laluan
Hari ini terlupa lagi kata laluan lagi.
Entah kenapa sistem clock-in buat onar pulak hari ini, kena login semula.
Dah lah akak ni malas nak ingat kata laluan... berulang kali cuba kata laluan masih tak dapat. Makanya terpaksa reset kata laluan sebab terlupa kata laluan.
Ni.. dah tukar kata laluan baru harapnya boleh ingat lah ehh.
Bab lupa kata laluan ni tak kan habis.... dah tulis tapi lupa letak kat mana. Sudahnya kena reset juga.
Korang mesti ada juga kan pengalaman lupa kata laluan.
13 September 2021
Isnin, pagi yang indah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Isnin, pagi yang indah
Pagi yang indah.
Semoga ia adalah permulaan hari yang baik.
Mendapat keberkatan dariNya.
Dipermudahkan segala urusan.
Diberi perlindungan olehNya.
Diberikan keampunan dari segala dosa,
Dan dikurniakan kebahagiaan di Dunia dan Akhirat.
Muhasabah diri.
Terima kasih.
12 September 2021
Berkongsi Prestasi Carian Ogos Untuk Blog Zarida Ishak (August performance on Google Search)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Top performing pages (Halaman berprestasi tinggi). Agak menarik, solat sunat istikharah mendapat klik yang tertinggi. Bertepatan dengan kehidupan harian, dalam mencari keputusan yang terbaik adalah melalui istikharah. Koleksi ucapan hari Jumaat mendapat klik kedua tertinggi mungkin disebabkan banyak gambar dan jalan ceritanya yang tersendiri. Pun begitu posting zikir hari Sabtu tidaklah mempunyai jalan cerita yang panjang namun masih menyumbang kepada prestasi halaman yang ke3 terbaik.
Demikian serba sedikit catatan berhubungn prestasi blog Zarida Ishak pada bulan Ogos 2021. Akak masih lagi mencari jalan untuk meningkatkan rank dan prestasi blog ini. Perlu banyak ilmu dan pengisian entri yang bermanfaat dan bernilai.
Berkongsi Prestasi Carian Ogos Untuk Blog Zarida Ishak (August performance on Google Search)
Sudah masuk ke bulan September 2021. Sebelum ni setiap bulan terima laporan Prestasi Carian Blog (performance on Google Search) tapi tak tergerak pula nak buat posting. Sebabnya rasa tak berapa penting nak post prestasi yang tak berapa cantik. Hanya sekarang baru terfikir kalau kita tak post macam mana kita nak ingat prestasi blog ... so ini laporan prestasi yang pertama bagi blog Zarida Ishak.
Prestasi Carian Ogos (August performance on Google Search). Dapatan carian sepanjang bulan Ogos pastinya tidak berapa memuaskan kerana tiada posting baru yang diwujudkan di blog ini. Langsung tiada penulisan di blog walapun telah beberapa kali mencuba. Disebabkan tiadanya entri terbaru menyebabkan blog ini tidak berapa nak muncul dalam enjin carian google. Baik... kita perkemaskan entri dan posting pada bulan berikutnya.
Content Achievement (Pencapaian kandungan). Nampaknya maksud badan ikhtisas masih mendapat perhatian, begitu juga dengan posting berkaitan jus delima Gulsan dan zikir pada hari Sabtu. Maksud badan ikhtisas telahpun diketahui. Begitu pun, jus delima Gulsan telah lama tidak diamalkan kerana pernah terputus bekalan tidak berapa lama dulu lalu digantikan dengan supplement lain. Zikir hari Sabtu In Shaa Allah sentiasa diamalkan pada setiap hari Sabtu.
Petikan prestasi seterusnya dilihat banyak berkaitan rapat antara satu sama lain.
Terima kasih.
10 September 2021
Kenapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Kenapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat
Setiap kali tibanya hari Jumaat kita akan sentiasa diingatkan untuk melakukan beberapa perkara Sunat terutama membaca surah al-Kahfi. Rupanya ada banyak sebab dan manfaatnya kepada kita. Jadi tidak salah untuk kita jadikan amalan. Semoga mendapat pahala dan keberkatan di dunia dan di akhirat.
Berikut adalah antara sebab kenapa kita sentiasa diingatkan untuk membaca surah al-Kahfi.
Berikut adalah antara petikan dan perkongsian dari Telegram Nasihat Kehidupan.
- Dari Abu Darda’, dia berkata bahawa : Nabi ï·º bersabda: “Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al Kahfi, maka ia akan terlindungi dari (fitnah) Dajjal” (HR. Muslim no. 809).
- Dari An Nawas bin Sam’an, dia berkata bahawa Rasulullah ï·º bersabda: “Barangsiapa di antara kalian mendapati zamannya Dajjal, bacalah awal-awal surah Al Kahfi” (HR. Muslim no. 2937)
- Dari Abu Darda’, dia berkata bahawa Nabi ï·º bersabda: “Barangsiapa membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al Kahfi, maka ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal.” (HR. Ahmad 6: 446).
Dan di antara waktu yang baik untuk membaca surah Al Kahfi adalah pada hari Jumaat.
- Dalam hadis dari Abu Sa’id Al Khudri disebutkan Rasulullah ï·º bersabda: “Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah” (HR. Ad Darimi 2: 546).
- Juga dari Abu Sa’id Al Khudri, Nabi ï·º bersabda: “Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat” (HR. Al Baihaqi)
Sekian adanya. Semoga bermanfaat. Terima kasih.
07 September 2021
Mutiara kata hari ini
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Mutiara kata hari ini
Satu-satunya perkara yang akan membuat kita tetap senyum walaupun kita sedang bersedih adalah dengan mengetahui Allah sentiasa sayang kita.
Setiap saat berharga setiap saat dikira.
Semoga bermanfaat.
03 September 2021
Inilah Keutamaan Bersedekah Pada Hari Jumaat
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Inilah Keutamaan Bersedekah Pada Hari Jumaat
Ibnu Qayyim mengatakan, "Sedekah pada hari itu dibandingkan dengan sedekah [ada enam hari lainnya laksana sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya".
Hadis dari Ka'ab menjelaskan: "Dan sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya (Mauquf Shahih)
02 September 2021
10 Pesanan Elak Alpa
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
10 Pesanan Elak Alpa
Dalam kehidupan seharian kita banyak perkara yang kita lakukan. Sama ada untuk diri sendiri atau pun untuk orang sekeliling. Namun ada ketika kita alpa dan lupa dalam melaksanakan tanggungjawab kita yang hakiki.
Berikut ada 10 pesanan buat diri yang alpa dari Imam Hassan Al-Banna:
1- Sekiranya terdengar azan, maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
2- Perbanyakkan tilawah al-Quran, selalu membuka kitab-kitab untuk menambah ilmu, pergi ke majlis-majlis Ilmu, perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.
3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul (fushah) kerana Bahasa Arab yang betul adalah lambang (syiar) Islam.
4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang Islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan (At Ta'aruf) dan berkasih-sayang (Al Hubb).
10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
Semoga pesanan ini membawa manfaat buat kita semua. Tidak dapat buat satu jangan tinggal semua.
SEMOGA BERMANFAAT 🥰
01 September 2021
Selamat Datang September
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Selamat Datang September
Telah berlalu 31 hari yang lepas adalah bulan Ogos. Kini tiba pula giliran September, bulan ke sembilan dalam tahun masehi. Sudah hampir ke penghujung tahun rupanya. berbaki lagi 3 bulan bagi mengakhiri tahun 2021, Oktober, November dan Disember. Banyak perkara yang berlaku sepanjang 31 hari lepas. Debaran demi debaran sehingga terjawab segala persoalan. Tidak semua yang berlaku itu pernah kita alami pada hari-hari yang terdahulu pada bulan yang terdahulu.
Semoga kehadiran September kali ini membawa khabar gembira, menghilangkan segala duka. Setiap kebahagiaan yang kita impikan In shaa Allah bakal menjadi kenyataan. Telah banyak sudah berita duka menyelami hayat kita.
Semoga kehidupan kita sepanjang September ini sentiasa dikelilingi kebahagian, dimudahkan segala urusan yang baik dan dikurniakan kesihatan serta kekuatan.
Hari baru, bulan baru, semangat baru.
Semangat baru yang lebih baik dari yang dahulu.
Semangat yang lebih kuat, lebih cekal dan lebih gagah serta gigih.
Terima kasih Ogos, Selamat Datang September.
Langgan:
Catatan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA