Pengikut Setia

22 Mei 2021

Kita rasa kita ini susah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Kita rasa kita ini susah






Bila kita rasa kita ini susah, diuji dengan ujian yang berat, 

Sentiasalah beringat ada orang yg lebih
susah dan tidak bernasib baik drpd kita.

@nasihat_buathati

Terima kasih.  Kita rasa kita ini susah

20 Mei 2021

NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip


Sesi sokongan kepada rakan blogger.

Kali ni kita bagi sokongan kepada rakan blogger Siti, yang berhajat sangat buat giveaway istimewa.

Apa yang istimewa?

Jom tengok yang istimewanya dengan giveaway ini.


NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip
NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip


Klik banner di atas untuk sama-sama bagi sokongan.  

Kita pilih kategori 2.
korang pilih kategori mana?

Jangan lupa klik banner di atas dan ikut arahan yang diberikan... mudah jer




Cara Betul Membandingkan Diri Kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Cara Betul Membandingkan Diri Kita


Hidup kita memang tidak lari dari segala proses; proses belajar, mengenali diri, menguatkan semangat dan segala-gala yang berkaitan dengannya.  Bila kata proses, kita rasanya selalu membandingkan diri kita dengan orang lain... kenapa dia boleh aku tak boleh, kenapa dia tak buat aku yang kena buat, kenapa dan kenapa dan kenapa...





Membandingkan dengan orang lain


Pakar-pakar psikologi tidak menggalakkan kita membandingkan diri sendiri dengan orang-orang lain, terutama dengan orang-orang yang berada di atas.

1. Jangan bandingkan siapa diri kita dengan orang-orang lain yang kita tengok lebih baik nasibnya. 

2. Jangan bandingkan benda-benda yang kita miliki dengan milik orang lain. 

3. Jangan bandingkan hasil daya usaha kita dengan hasil daya usaha orang lain. 



Kesan membandingkan diri dengan dengan orang lain


Apabila kita membanding-bandingkan diri kita dengan orang-orang lain, kesannya boleh negatif ke atas diri sendiri:

1. Kita boleh rasa kecewa pada kemampuan diri sendiri.

2. Kita boleh rasa kecewa pada orang-orang yang rapat dalam hidup kita, seperti kawan-kawan, ibu bapa, adik-beradik, kaum keluarga, pasangan, dan anak-anak.

3. Kita boleh rasa rendah diri, malu dengan keadaan sendiri, self-esteem jatuh, rasa percaya diri jatuh.

4. Kita boleh lemah semangat, hilang harapan, ghairah hidup padam.

5. Kita boleh murung.


Cara betul bandingkan diri


Cara yang betul adalah kita bandingkan diri kita yang dahulu dengan diri kita yang sekarang.

Lakukan begini:

1. Bandingkan dulu kita di mana, sekarang kita di mana.

Contohnya; Dahulu kita menjahit dengan 1 mesin jahit sahaja. Sekarang kita sudah dapat membeli 3 jenis mesin jahit. Hasil jahitan kita lebih profesional.

2. Bandingkan dulu apa kejayaan kita, sekarang apa kejayaan kita.

Contohnya, dahulu kita cuma lulus SPM, tidak layak pun masuk tingkatan 6, sekarang kita sudah mempunyai diploma perakaunan.

3. Bandingkan dulu apa halangan yang berjaya dilalui, sekarang apa halangan yang kita sudah berjaya dilalui.

Contohnya, dulu permohonan pinjaman membeli kereta pun pun tak lulus, sekarang kita sudah dapat membeli kereta dan van untuk bisnes. 


Penutup


Apabila kita bandingkan diri kita dahulu dengan diri kita sekarang, baru kita nampak sebenarnya kita sudah maju, sudah berjaya. 

Baru semangat kita makin menyala-nyala hendak terus maju.


#salinsemula




19 Mei 2021

Happy Birthday Giveaway by Abam Kie

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Happy Birthday Giveaway by Abam Kie



Happy birthday Abe Kie. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur dalam keberkatan.

Wah sama pula bulan kelahiran kita yer.  Sama-sama lahir bulan Mei, beza tahun dan tarikh ajer kan?  Birthday Abe Kie ke berapa nie?  Korang nak tahu kenalah baca entri ni sampai habis.  Jangan risau entri ni pun tak panjang mana... seciput jer dah sampai ke ending.  

Jom tengok banner Happy Birthday Giveaway by Abam Kie



Klik banner di atas untuk join giveaway Abe Kie.  Nanti korang tahulah berapa umur Abe Kie.  Sebenarnya kita nak bagi tahu juga nie... kebetulan sama pula umur kita dengan Abe Kie. hehehe

Okey.  Jom sama-sama raikan birthday Abe Kie.  Mana tahu ada rezeki boleh dapat hadiah topup.




Wordless Wednesday | Tremella sejenis kulat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


 

Wordless Wednesday | Tremella sejenis kulat



Tremella sejenis kulat

Tremella merupakan sejenis kulit berbentuk kelopak ataupun sikat yang berwarna putih. Dan selepas dikeringkan, ia akan bertukar warna kuning.


Terima kasih.  Wordless Wednesday | Tremella sejenis kulat


13 Mei 2021

Hari Raya Aidil Fitri | Sambutan sederhana cara kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari Raya Aidil Fitri |  Sambutan sederhana cara kita


Tahun 2021, kali kedua sambutan Hari Raya terasa hambar walaupun sederhana untuk meraikan kemenangan dan kerana anak-anak.  Kita yang sudah dewasa sudah lama terasanya hambar hari raya ini semenjak pemergian kedua ayah dan bonda beberapa tahun lepas.


    
Selamat Idul Fitri 1442


Hakikat Hari Raya


Sebahagian salafusolleh menyebutkan;

Hari raya bukanlah bagi orang yang memakai pakaian baru
Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang bertambah ketaatannya.

Hari raya bukanlah bagi orang yang indah pakaian dan kenderaannya
Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang telah diampuni kesalahan dan dosanya.

Hari raya bukanlah bagi orang yang memiliki wang ringgit
Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang mendapatkan rahmat Allah

Hari raya bukanlah bagi orang yang banyak makan dan minum
Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang benar amalnya dan berterusan.

Hari raya bukanlah bagi orang yang boleh pergi ke mana sahaja tempat yang dia suka
Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang bertambah keimanannya.

Imam Hasan Al-Basri rahimahullah berkata;
Setiap hari yang padanya tidak dilakukan derhaka kepada Allah maka ia adalah hari raya.

Eid Mubarak… Selamat Hari Raya

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Semoga Allah menerima amalan dari kami dan dari kalian.

Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian

Sekian adanya.  Hari Raya Aidil Fitri |  Sambutan sederhana cara kita

12 Mei 2021

Wordless Wednesday | Hari Terakhir Ramadan 1442

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday |  Hari Terakhir Ramadan 1442





Ya Allah
Berkahilah kami di bulan Ramadan ini,
Ampunilah dosa-dosa kami,
dosa kedua ibubapa kami,
dan umat Muslim semuanya,
dan pertemukanlah kami
pada Ramadan yang akan datang.

Aamiin ya Rabb




10 Mei 2021

1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021



Meraikan sahabat blogger yang bakal menyambut birthday dan pertama kali juga menganjurkan Giveaway, SuriaAmanda.


1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021
1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021

Menarik giveway SA, ada bloglist, cabutan bertuah hadiah MISTERI.

Bersempena dengan birthday SA juga, akak terlebih dahulu nak ucapkan Selamat Panjang umur dalam keberkatan, dikurniakan kebahagian dan kesejahteraan bersama keluarga tersayang dan selamat maju jaya dalam kerjaya.

Jom, rakan blogger sekelian klik banner di atas untuk terus ke link giveaway.  Kita support June's Birthday Girl.




08 Mei 2021

Malam 27 likur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Malam 27 likur



Malam ini malam 27 Ramadhan! Ya malam ini! Ramadhan kian menghampiri penghujungnya.  

Hanya tinggal beberapa malam untuk kita manfaatkan sepenuhnya.  Dalam kalangan ulama terdapat yang cenderung menetapkan malam ini iaitu malam ke 27 merupakan malam al-Qadr yang disebut dalam al-quran yang lebih baik daripada 1000 bulan.


Malam 27 likur


Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibn Umar RA yang bermaksud:

“Sesiapa yang mencari malam al-Qadar, hendaklah dia mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam al-Qadar pada malam yang ke-27.”

Mengikut Abu Ka’ab katanya:

“Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul qadar jatuh dalam bulan Ramadan, manakala Lailatul qadar pula jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”.

Daripada riwayat Muawiyah yang bermaksud:

“Bahawa Nabi ﷺ telah bersabda bahawa Lailatul qadar berlaku pada malam ke-27.”

Di samping itu, ramai juga yang berpendapat ia berubah dari tahun ke tahun pada malam-malam ganjil sepuluh Ramadan terakhir.

Apapun, malam 27 ini dianggap istimewa disebabkan riwayat-riwayat yang berkaitan.

Maka, pada hari ini marilah kita simpan tenaga dan berazam bersungguh-sungguh untuk beribadah pada malam nanti.

Beriktikaf, bersolat, berdoa, beristighfar, membaca al-Quran dan berzikir.

Janganlah kita sia-sia peluang besar yang Allah beri ini.

Jangan kita bazirkan masa kita dengan melakukan urusan yang menjadikan kita tidak berpeluang beribadah pada malam nanti.

Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah jua.

Biarlah kita korbankan sedikit waktu tidur, demi menggapai ganjaran & keampunanNya.

Ramadhan kali ini rezeki untuk kita. Yang akan datang belum tentu jumpa.

Jangan lupa banyakkan doa:

"Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni."

(Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf. Engkau mencintai orang yang meminta maaf, oleh itu maafkanlah aku)

Jom qiyam malam ni.

sumber:  quotephotovideo



Terima kasih.  Malam 27 likur

07 Mei 2021

Doa akhir Ramadan

Assalamualaikum dan Salam Ramadan



Doa Akhir Ramadan


Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke syurga untuk kami.

Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.

Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.  Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

Ya Mujibbasailin.  Limpahilah kami dengan sifat2 kebaikan dan terpuji.
Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.

Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.

Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. 

Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni X3

*Aamiinn3x ya rabbal'aalamiin!!!..🤲‼️👍*




Terima kasih.  Doa akhir Ramadan

05 Mei 2021

Wordless Wednesday | Beautiful Ramadan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday | Beautiful Ramadan




Beautiful Ramadan


23 Ramadan 1442


Thanks.  Wordless Wednesday | Beautiful Ramadan




04 Mei 2021

Ada isi tapi kosong?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ada isi tapi kosong?


Ya, itulah yang dimaksudkan dengan blog ini.  Ada isi tapi kosong, jika ada isi pun terasa seperti kosong.  Mendapatkan idea pada masa yang sesuai bergantung kepada semangat juang yang tinggi.  Masa tiada blog nak buat blog.. berkobar-kobar.  Bila dah ada blog... pengisiannya kosong.  Betul?




Kadang-kadang terasa seperti entri syok sendiri.  Masih mencari arah dan keserasian walaupun sudah hampir 15 tahun berbloging.    Ada ketika blog ini hampir satu tahun kosong tanpa sebarang pengisian.  Semuanya kerana mood dah kedaung dek kerana silap percaturan dalam memilih template.

Dahulu blog ini pernah mencapai PR 2.  Tidak mudah sebenarnya nak dapatkan PR2, perlu banyak menulis dan menghasilkan penulisan yang baik selain dari rajin meninggalkan jejak dan komen pada blog organik.... masih juga keliru.

Namun setelah lama tidak kemaskini posting dan kemungkinan juga kerana pertukaran nama blog, makanya dari PR2 kini telah menjadi KOSONG.  Setelah itu jiwa menulis terus sentap.... ceshhh malu sendiri.

Masih mencari arah dan semangat yang hilang... sedikit demi sedikit.

Terima kasih.

03 Mei 2021

Bila keinginan terlalu banyak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Bila keinginan terlalu banyak


Keinginan kita terlalu banyak.  Ada yang sekadar terlintas di fikiran tidak terucap bila difikirkan semula kesannya dan kesanggupan kita berhadapan dengan keinginan yang macam-macam.,,, dan ada juga yang terucap kerana kita yakin kita mampu capai. Namun tak semua yang kita inginkan mampu kita capai tanpa izinNya.




Allah memerintahkan para hamba-Nya untuk bertaubat, kerana taubat wajib dilakukan setiap saat. 

Allah ta’ala berfirman,

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٣١

“Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An Nuur ayat 31).

Jangan pula taubat tersebut hanya dilakukan di bulan Ramadhan sementara di luar Ramadhan kemaksiatan kembali digalakkan.

Ingat! Ramadhan merupakan momentum ketaatan sekaligus madrasah untuk membiasakan diri beramal soleh sehingga jiwa terdidik untuk melaksanakan ketaatan-ketaatan di sebelas bulan lainnya.

Petikan:  quotephotovideo




02 Mei 2021

10 Malam akhir RAMADHAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


10 Malam akhir RAMADHAN


Hari ini telah masuk hari ke 20 kita berpuasa Ramadan, makanya 10 malam terakhir sudah bermula.  Kita disarankan untuk banyakkan doa dan hajat kita yang baik-baik.  Minta dengan bersungguh-sungguh pada Allah.

Bangun menangis dekat Allah pada satu pertiga malam, lebih baik sebelum bersahur.  Kita sentiasa diingatkan bahawa Allah akan makbulkan doa hambanya pada malam Lailatul Qadar.  Semoga kita berjumpa malam Lailatul Qadar pada tahun ini dan pada tahun-tahun akan datang.

Jaga hati, jaga iman, jaga akhlak kita.  Peluang datang hanya sekali.  Tahun depan ada umur ke tidak.

Jadi jom kita sama sama hidupkan malam dengan ibadat.  Semoga kita semua dijodohkan dengan malam ini.

Ya Allah bangkitkan kami pada malam Lailatul Qadar. 


10 Malam akhir RAMADHAN


Jom kita perbanyakan doa ini


اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

1. Allahumma
2. Innaka
3. 'Afuwwun
4. Tuhibbul
5. 'Afwa
6. Fa'fu 'Anni

Maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."

Ditakdirkan kita berjumpa dengan malam Lailatul Qadar, inilah antara doa yang tidak harus ditinggalkan.


Terima kasih.  10 Malam akhir RAMADHAN



01 Mei 2021

Perkara yang disukai pada bulan Mei

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perkara yang disukai pada bulan Mei



Mei, bulan ke-5 pada setiap tahun masehi.  Selamat datang Mei 2021.  Sungguh rasa tak percaya seperti baru saja melangkah masuk ke tahun 2021... dah tiba bulan Mei.  Semoga kehadiran bulan Mei pada tahun ini membawa rahmat dan kesejahteraan buat semua.  Banyak sebenarnya yang menarik pada bulan Mei ini bukan sahaja kerana ianya adalah bulan rasmi kelahiran saya 😍


Mei 2021



Pandangan metafizik mengenai kelahiran bulan Mei


Orang yang lahir pada bulan Mei dipercayai mempunyai sifat keras hati dan degil selain dari itu kuat semangat dan bermotivasi tinggi.

Mempunyai pemikiran tajam, mudah marah jika tidak dikawal namun pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian.  Insan mei juga mempunyai perasaan yang sangat mendalam, cantik dari segi mental dan fizikal serta tidak perlu dimotivasikan.

Kelahiran bulan Mei juga mempunyai pendirian yang tetap tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain selain dari mudah dipujuk dan bersikap sistematik (menggunakan otak kiri).

Suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain adalah kelebihan pada insan yang lahir pada bulan Mei.

Sayangnya mereka mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan serta daya khayalannya tinggi

Kehebatannya juga adalah mempunyai pemikiran yang tajam, pandai berdebat. bentuk fizikal yang baik, suka sastera, seni, muzik dan melancong serta tidak berapa suka duduk dirumah dan tidak boleh duduk diam.

Mungkin juga tidak punya ramai anak, namun rajin dan bersemangat tinggi.

Tidak keterlaluan juga, mereka ini agak boros.

#nota:  Catatan di atas hanya sebagai sandaran dan tidak seharusnya dipercayai 100%.  Mana-mana kekurangan yang kebetulan ada boleh juga dijadikan sebagai sempadan untuk berhadapan dengan situasi sebenar.


Hari Pekerja


Mei juga dimulai dengan sambutan Hari Pekerja.  Tahun ini, 1 Mei jatuh pada hari Sabtu....makanya kita bercuti seperti biasa dan tiada cuti gantian pada hari Isnin.

Hari Pekerja 2021


Kerja dengan amanah kerana kita hendak Allah tengok ikhlas dan jujurnya kita dalam mencari rezeki,  bukan sebab kita mahukan penghargaan dari majikan semata.  Kita buat kerana Allah, kita akan lebih rasa tenang dan seronok dalam suasana bekerja, berbanding kita buat kerana manusia hidup kita akan terus tertekan sepanjang hayat sebab penat dan lelahnya dalam mencari rezeki.

Rezeki bukan untuk di cari tetapi rezeki perlu di jemput.


Peristiwa lain pada bulan Mei akan dikongsikan bila tiba masanya.  








Carian