Ketika aku lupa
Kita ini insan biasa tidak lari dari sikap dan sifat pelupa. Kadang-kadang sengaja buat-buat lupa hingga terbawa-bawa kepada terus lupa. Kadang-kadang kita sengaja tidak mahu ingat kerana tidak mahu hari terluka lagi. Kita perlu jaga hati kita agar tidak terluka.
Tetapi kita harus segera sedar jangan sampai selamanya asyik terlupa.
Ketika aku lupa |
Ya Allah
Jika saat ini aku lupa dan leka dengan nikmat duniawi
Engkau tegurlah aku (dengan teguran yang paling indah) agar aku tidak hanyut dibawa arus yang menyesatkan
Ya Allah
jika hari ini aku jatuh
Engkau bantulah aku (dengan sebaik-baik bantuan) agar dapat aku berdiri semula
Ya Allah
jika hambaMu ini penuh dengan dosa
Engkau sucikanlah dan ampunilah segala dosa-dosaku
Ya Allah
berilah aku hidayahMu dan jadikan aku hambaMu yang bertaqwa
sentiasa redha dan bersyukur atas segala nikmat yang Engkau berikan.
Semoga keindahan dan rahmatMu sentiasa mengiringi setiap langkah hidupku.
Hai...Jalan-jalan sini.. good sharing...
BalasPadamwww.efaothman.com
Sifat lupa bagi manusia memang biasa tapi buat-buat lupa sentiasa memang besar masalahnya ...
BalasPadam