Pengikut Setia

31 Mac 2013

Positif disebalik kebetulan

As salam,


Secara kebetulan dan aye akui mungkin agar sukar bagi sesetengah orang untuk mencari positif disebalik apa yang terjadi.  Walaupun aye sendiri positif dan yakin apa yang dilalui ini adalah ujian dariNya untuk menguji kesabaran dan kekuatan akal untuk bertindak serta lain-lain hikmah yang tersembunyi.



Mengapa sukar mencari positif?  Kerana bermula dengan 2 minggu lepas, setiap hari Isnin secara kebetulan pula pelbagai ujian yang menimpa dan menyebabkan aye tidak dapat memulakan kerja minggu berkenaan pada hari Isnin.  

Bermula dengan Isnin, 18 Mac sejurus pulang dari mengambil emak di Terengganu anak-anak demam sudahlah beberapa hari sebelumnya aye telah cuti mengejut juga kerana kesihatan anak-anak.  

Diikuti dengan Isnin, 25 Mac sekali lagi aye terpaksa mengambil cuti mengejut juga kerana kesihatan anak-anak.  Memang sedikit terasa musykil kerana pada hari Sabtu dan Ahad walaupun keadaan kesihatan mereka kelihatan stabil tetapi masih boleh bertahan.  

Dan pada hari Isnin pertama bulan April 2013, aye sekali lagi terpaksa mengambil cuti juga kerana kesihatan anak.  Kali ini mungkin terpaksa mengambil cuti lebih sedikit kerana Inas Insyirah 'diserang' demam campak atau pelentung atau seangkatan dengannya.

Tentu agak sukar untuk menceritakan perkara ini kepada pihak yang berkenaan.  Fikir positif, semoga mereka memahaminya.  

Rawatan dibuat di Klinik Asri Kg Gajah pada petang hari Ahad, 31 Mac.  Ini adalah kerana tidak kelihatan klinik di sini yang dibuka.  Hanya satu klinik bakal buka petang sangat itupun belum tentu.  Klinik 1Malaysia, ramai sangat penghuninya.  Lagipun dari Seri Iskandar ke Kg Gajah hanyalah lebih kurang 25 minit sahaja.

Keadaan tapak kaki dan pergelangan tangan Inas pada awal pagi, tidak berapa kelihatan bintik merahnya.  Hanya menjelang tengahari bintik-bintik merah semakin menyerlah sehingga kelihatan di dalam mulut seperti lidah dan menyebabkan rengekan Inas semakin menjadi-jadi.  

Kecergasan Inas di Klinik Azhar sehingga tiada yang menyangka bahawa dia sedang mengidap demam campak.  Memang tidak duduk diam, berlari gembira di dalam klinik maklumlah tiada orang.

Tetapi bila balik ke rumah.   Bila malam menjelma, setelah diberi ubat dan disapu krim/lotion yang dibekalkan oleh Klinik Asri dia diam seketika.  Namun bila tidur, tidurnya tidak lena asyik meracau merintih kesakitan... hati ibu mana yang tidak luluh bila melihat keadaan anaknya sebegitu, namun hanya doa mengiringi setelah usaha dilakukan. 



1 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian