Pageviews

09 Julai 2020

Tukar Prop Untuk Nampak Cantik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tukar prop untuk nampak cantik



Minggu lepas yang dah berapa kali lepas terfikir nak tukar prop untuk letak bahan masakan.  Nak tukar prop sebab nak bagi nampak cantik dan berseri bila post dalam instagram atau blog.  Macam kelakar juga lah tapi tiada siapa pun kesah apa yang Sis buat.  Sebab semasa Sis di dapur tiada siapa boleh ganggu dan usik.  Masa di dapur adalah 'me time'. 😍

Selama ini pun tiada siapa di rumah yang pernah tegur prop Sis.   Tak pasti kenapa mereka tak berani tegur atau sebab malas nak tegur.  Tegur tidak puji pun tidak. Sedih?  Tidak lah... banyak masa kat dapur bercakap sendiri (dalam hati) dengan pinggan mangkuk dan periuk belanga.  Sesekali bila masa kdengan Encik Suami barulah Sis bercakap.


Prop masakan
Prop masakan

Ini Prop Masakan yang sis maksudkan.  Selalu guna pinggan bulat Tupperware warna merah kali ni tukar kepada pinggan bujur melamine... kalau tak silap hadiah kahwin 25 tahun lepas. Lama juga tak digunakan, daripada tersimpan dalam gerobok tanpa diusik baik kita jadikan prop masakan.




Dan, inilah hasilnya.  Senang nak longgok bahan yang banyak-banyak tu dalam satu tempat.  Tak perlu guna banyak bekas.  Sesuai untuk bahan kering saja, Sis terlupa nak letak santan kotak.

Nak tahu bahan ni untuk masak apa?  
Sis sedang susun cerita dan masa yang sesuai.
Tunggu ya

Sehingga itu terima kasih atas kesudian singgah dan tinggalkan jejak di sini, Tukar Prop Untuk Nampak Cantik.

.


5 ulasan:

  1. betul tu.. x perlu banyak bahan..

    BalasPadam
  2. saya pulak kalau masak, berbesen2 guna hehe

    BalasPadam
  3. Salam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Linda
    Saya ingin bertukar link dengan rakan-rakan blogger semua
    Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
    Maaf jika ada salah susunan, orang baru…heheheh..Baru nak belajar buat segmen dan cari rakan-rakan
    JOM TUKAR BLOGLIST

    BalasPadam
  4. Saya selalu guna apa je yang saya nampak. Ada la guna pinggan la, besen la, tupperware la, pendek kata apa saja

    BalasPadam
  5. cantik prop pinggan melamine. Okaylah letak barang kering. kalau letak kuah gulai mahu bertukar warna putih tu nanti :)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.