Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Sup bebola ikan berbunga karot. Antara masakan yang agak ringkas dan mudah. Anak-anak suka makan, umi dan ayah pun senang hati.
Bila dah tiba masa malas nak masak campur dengan tiada idea, tak tahu nak masak apa jadinya apa saja yang terlintas kat kepala otak ni... itulah yang jadi. Pergi ke pasar mini dekat rumah, cari apa benda yang boleh membantu untuk masakan. Kebetulan terjumpa bebola ikan 'besar punya', ingat nak buat sambal tumis tapi anak-anak pula tak makan pedas. Bulan puasa ni bukan saja selera mak bapak yang nak kena ikut, selera anak-anak lagi la nak kena ikut. Sebagai hadiah kerana berpuasa. Barulah bersemangat anak-anak nak puasa.
Masakan saya kebanyakannya jenis sup... mungkin juga sebab dah semula jadinya macam tu kot. :P
Malas nak bergulai bagai. Kalau nak buat gulai-gulai tunggu encik suami yang masak. Dia memang suka lah. Tapi kali ini saya nak berkongsi resepi yang sangat ringkas dan mudah untuk sesiapa saja.
BAHAN-BAHAN:-
1 paket bebola ikan (anggaran 20 biji), boleh ditukar dengan bebola ayam atau ketam terpulang kepada selera masing-masing
1 batang lobak merah (karot)
1/2 pokok brokoli (tak tau nak panggil apa)
5 ulas bawang merah - hiris nipis
2 ulas bawang putih - ketuk
1 mangkuk air (ikut citarasa)
Sedikit lada sulah
Sedikit garam
CARA MEMBUATNYA:-
1. Bebola ikan dibersihkan, bilas dengan air lalu.
2. Brokoli dipotong kecil. Lobak merah di hiris nipis. Saya buat bentuk bunga seperti di dalam gambar untuk memberi semangat kepada anak-anak dan supaya mereka tertarik. Memang berhasil, siap dapat pujian lagi.
3. Tumis bawang merah dah bawang putih sehingga naik bau. Masukkan air dan kacau.
4. Masukkan berbola ikan, lobak, brokoli dan air. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan garam dan lada sulah.
5. Hidangkan.
Nota:
Selain dimakan bersama nasi panas, sup ini juga sedap dimakan begitu saja dan campurkan dengan sedikit sos cili keropok untuk rasa pedas dan sedikit masam manis.
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
Memaparkan catatan dengan label Sup Bebola Ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sup Bebola Ikan. Papar semua catatan
Langgan:
Catatan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA